24 July 2011

Jeng jeng jeng,,, Memperkenalkan...

Introducing our new room member. Haha

Setelah berfikir dengan semasak-masaknya maka saya & husband decided untuk beli Sharp Humidifying Air Purifier KC840E letak kat dalam bilik kitorang yang di umah mak saya kat Gelugor. Macam banyak umah pulak dengar eh.

Kitorang hari Isnin sampai Jumaat duduk kat Gelugor umah family saya. Jumaat malam berangkut balik umah FIL kat Batu Maung. Isnin pagi balik Gelugor semula. Macam tu lah rutin kitorang buat masa sekarang.


Beli ni bukan apa, kat Gelugor tu area berhabuk sikit. Eh banyak! Sebab dekat dengan jalan besar. Belakangnya highway pulak. So habuk tu tak payah ceritalah, lap ngan sapu seminggu dua kali dalam bilik tu memang tak jadi apa. Bernafas still rasa habuk jugak. Harap-harap lepas ni, tidur kitorang lebih aman bahagia gitu. Tak dicemari anasir-anasir yang tak dikehendaki. Ahaks!

:: Kalau kentut kan, lampu hijau tu boleh bertukar jadi oren. Kahkahkah ::

Budak kecik ni rasmi kotak dulu.


Dalam dok angkut menatang purifier ni ke car park, sempat lagi singgah Jusco beli baju Naim, buat tambahan untuk koleksi baju raya tahun ni. New arrival dapat diskaun 15% tau sekarang ni kat Jusco. Sebelum-sebelum ni tak ada. I loike!

:: Sama je design dia, cuma kaler lain ::