13 July 2011

Baju Raya for Naim

Oleh kerana semalam mengidam sangat nak makan Mc D (alah Mc D je pun! ahaksss) maka malamnya berangkatlah kitorang 3 beranak ke Queensbay. Lepas makan, pegi survey air purifier kat Senheng & Jusco. Wahh boleh tahan juga harga kalau yang elok-elok tu.

Dah masuk Jusco tu beli sandal sekali kat Naim, maklumlah dia dah mula nak menapak kena kasik pakai sandal la kat luar rumah.


Then dapat sekali selai sleeveless tambah untuk raya. Raya pun dah tak lama lagi ni, beli sikit-sikit yang mana bekenan. Baju budak-budak mahalnya mak oiii mengalahkan harga baju orang dewasa. Sepasang baju & seluar RM100 dah tentu dah. Uishhh

Tapi tak tau lah sempat jadi baju raya ke tidak. Takut ibu Naim je yang tak menyempat. Tak senang tengok baju baru, asyik nak kasik pakai ja. Haha