23 January 2013

Lalala

Semalam checkup LWE pulak.
Boleh tak kalo dokter nak check pintu rahim uolls tak bagi.
kahkahkah

Trauma aii kalo nak kena seluk-seluk nih.
Tambahan pulak dengan tak rasa sakit apa lagi tetiba nak kena seluk. fuhhh
Seluk ngan laki sendiri tak apa.
Lain cerita. hahaha

Tapi ya la, dah tak sakit apa pun cemanalah nak relakan diri diseluk-seluk.
Kalo dah sakit tu lain cerita la, rasa sakit tu dah bercampur baur.
Maka bila diseluk kurang sikit tahap kegigilan nak kena seluk itu.
Banyak betul wording seluk di sini :p

Kalo kat gomen takleh la nak demand cenggini ye dak.
Nasib baik dokter tak marah semalam. haha

So dia bagi sampai Jumaat 25hb saja.
Sakit or not akan kena seluk jugak kecuali tetiba decide nak czer.
Act dia nak check pintu rahim je sama ada lembut or masih keras.
Sebab if tak lembut, dia tak akan induce pun sebab tak akan terbukak jalannya.
Kalo lembut baru boleh nak masuk ubat segala.

Setelah balik umah dengan perasaan bercampur macam-macam rasa.
Dan lepas diskuss sikit-sikit dengan husband kot wasap, maka keputusan pun diambil dengan nekadnya.

Jumaat ni warded, pukul 10 czer terus.
Saya tak semangat nak nomal la uolls sebab peniup semangat tak ada.
Laki tak ada sekali.
Rasa down ja.
Serius. huhu

Dan salah satu sebabnya sebab dokter kata if czer sekarang boleh sampai anak 4 =)
Sebelum ni 3 je kan.
So 4 Insyaallah cukuplah kot kalo nak dikira tempoh kena gap, umur dsbgnya.

Haha iya-iya merancang keluarga kan.
Wateva pun biarlah kualiti setanding kuantiti ye tak.

Ok tata.
Nak kena pegi KKIA amik bacaan jantung baby =)