04 January 2013

Checklist Ibu & Baby

Saya sudah start coti panjangggggg gitu ;)
Start new year baru ni 3 hari amik leave tahunan.
7 Jan ni dah start tolak coti bersalinlah.
Maklumlah cuti beralin kan dah up 90 hari, so beranilah amik awal sikit.
Kalo tak tu kena keja jugaklah sampai due :P

Apply coti bersalin awal dibolehkan maksima 14 hari dari due date.
Untuk gomenlah, untuk private mungkin tertakluk kepada company masing-masing ;)

Heaven betoi dok umah nih walaupun masih dalam debaran bila baby nak keluar.
Tapiiii kena gak pegi opis kejap next week, SKT belum settle daaaa.
Apa punya beratlah nak buat skt kali nih.
Serius maleh :P

Well.
Entry kali ni nak hapdet pasal keperluan untuk berpantang dan keperluan baby yang saya rasa perlu saja.
Act banyak dah ada, guna Naim punya dulu.
So yang mana teringat tu saya coretkan kat sini.
Mungkin boleh dijadikan panduan =)


Checklist Ibu :-

Ubat beranak
- Done (Tropical Herbs - Amway) *dapat free bengkung sekali.
- Tambah jugak minyak Herbanika drpd NR.

Amway dah dapat lama dah pun order thru my fren :P
Memandangkan due date kitorang dekat-dekat ja, so selalu jugak bertukar pendapat bab pregnancy nih.
Dulu time anak 1st pun due date dalam bulan yang sama jugak. heheh

Spital
Insyaallah kali ni kat Lam Wah Ee.
Estimate adalah lebih kurang rm5k utk single room & operation.
If ada rezeki bersalin normal kos adalah half cenggitu.

Breast Pump
Yang dulu beli Medela Swing (single pump) tapi dah jual :P
Kali ni beli kat my fren, Kak Ida.
Hari tu dia beli Spectra 3 tapi dia pakai sekali dua ja pun bcoz dia lebih selesa perah guna tangan sajo.
Orang ada pengalaman, anak dah 4 so tak ada masalahlah since rekod susu badan dia memang meriah dari anak 1st lagi.
So dia mau tolak half price sajo. I? I loike aje :P

Nursing Bra
Dah ada 3 yang dulu punya,beli tambah selai dua saja.
Nursing bra adalah sangat berguna semasa bf baby okeh.
Kalo pakai bra biasa adalah kurang selesa.
Nak kena bukak cakuk semua.
Kalo takat selak naik or turun memang tak selesa.
Tak rasa relax & tak cukup support.

Feeding Accesories
Akan dipikirkan bila baby dah keluar nanti.
If kuantiti susu badan meriah (Insyaallah) untuk kali ni of coz akan beli segala bf accesories yang diperlukan.
If not, beli botol tambah sajalah :P
Setakat ni botol baby dah beli 2 bijik Avent yang kecik.
Kena beli Avent jugak sebab pam susu punya neck adalah besau.

Feeding Pillow
Macam nak kena belilah.
Sakit belakang ooo kalo tak ada support.


Checklist Baby :-

Baju, Mitten, Booties - Done
Dah lebih pada cukup. haha
Beli tambah mostly baju pink dah lebih pada 20 pasang kot.
Tak masuk baju bajan Naim yang direcycle balik.

Blanket & Towel - Done

Baby Bath, Wet Tissue & Diapers -Done
Baby bath pakai sama dengan abg Naim ja, Sebamed.
Wet tissue - Anakku.
Diapers pun dah beli 2 pek.
1 Mamy Poko 1 Huggies.

Kelambu Tudung Saji - Done.
Abg Naim dah rasmi dulu. heheh

Bouncher
Dulu tak beli pun.
Kali ni tak taulah lagi.
Rasa nak beli baru surveylah kot.
Lagipun bila baby start meniarap dia takmau baring elok-elok dah nanti.
Macam rugi pulak pakai kejap ja.
Tapi kalo amik yang pelbagaiguna mcm Fisher Price tu boleh pakai sampai besar.
Boleh adjust kasik duduk.
* akan dipikirkan nanti.

Stroller - Done.
Recycle saja.
Berbaloi betul McLaren Quest kelabu yang beli masa Naim belum keluar dari perut lagi tu.
*masa tu anak 1st, terlebih excited :P

Stroller masih sihat dan kuat ;)
Boleh guna untuk anak ke 2 dan mungkin seterusnya jugak.
Masa beli dulu lebih kurang rm700.
Memang sangat berbaloi dan setanding dengan harganya.
McLaren memang fully recomended tambahan pulak untuk travel.
Mudah sangat nak bawak, bila tutup jadik bentuk payung, dan jimat ruang jugak.
Tak bulky.

Car Seat - Done.
Car seat Sweet Cherry Naim tu jugak termasuk dalam perlaburan yang berbaloi-baloi.
Pun masih sihat dan kelihatan baru jugak.
Sekarang masih guna jugak time naik keta berdua dengan Naim.
Dan time travel jauh-jauh pun still guna if kitorang pegi 3 beranak saja.
Tak sesuai kasik dia dok depan if dekat highway sebab kereta gerak laju, any emergency brake boleh bahayakan nyawa. no no no.
Nasib baiklah Naim macam paham-paham ja kalo nak jalan jauh dia kena dok dalam car seat ;)

Tapi maybe nak kena carik car seat baru untuk Naimlah sebab nanti bila husband keja cemana pulak nak angkut baby dengan abang baby balik Bt Maung kan.
Maunya terjerit-jerit ibu Naim ni suh anak bujang dia dok dendiam nanti.

Sterilizer - Done (Tommie Tippee)
Dah ada jugak, time Naim aritu.
Guna masa dalam pantang ja dulu :P
Lepas tu, rebus lagi cepat. haha
Nanti keluarkan baliklah dari dalam kotak.

Baby Cot - Done
Recycle lagi uolls.
Cuma nanti kena basuh bagi bersih balik ja habuk-habuk tu.
Yang ini Naim guna kejap ja ritu.
Dah 6 bulan tu dia tido tengah, nak amik bau ketiak ibu ngan abah.

Tilam Baby & Bantal (In Progress)
Kekabu dah beli 4 kg untuk buat tilam ngan bantal semua.
Memula ingat nak order ja kat fb sebab tengok cun-cun design dia.
Tapi bila bagitau mak, terlompat dia dengar harga sampai 250 per set, haha
Terus dia offer nak jahitkan walaupun asyik bizi ja.
So kekabu dah ada, (rm14/per kg) kain cotton buat sarung pun dah beli.
Tilam dah siap cuma sarung je yang belum lagi :P

Thermometer - Done (Microlife)
Of cozlah dah ada kan since dah ada Naim.
Penting tau menda alah ni.
Maklumlah baby demam nak kena pantau selalu.
Bukan boleh main-main, takut kalo panas sangat boleh kena 'tarik'.
Brand ni memang tahan lasak betoi, banyak kali dah kena lantun dek Naim tapi still memberi khidmat yang baik lagi ;)
Fully recomended.
Harga lebih kurang rm180 masa beli dulu.
Most of pharmacy jual 2++, kena rajin surveylah kat mana murah.
Abah Naim beli kat farmasi area CIMB Perak Road kalo tak silap.

Hope kali ni baby keluar awal dari due date.
Ibu dia dah tak sabar nak berpantang dah nih.
Insyaallah kali ni nak pantang betul-betul.
Normal or czer still kena bengkung.
Dulu tak berani langsung nak bengkung sebab ramai kata tak boleh sebab czer.
Tapi sebenarnya boleh ja cumanya kena sesuaikan ikut penerimaan badan masing-masing.

Saya nak kejar balik at least berat masa belum mengandungkan Naim dulu.
Berat masa mula kawen.
Act taklah ringan pun dulu tu cumanya taklah sechubby lepas beranak nih.
Yakin boleh!
Saya sangat serius okeh sebab saya suka tengok orang pompuan yang dah beranak pinak banyak-banyak tapi still mantain cantek.
Pompuan mana tak suka cantek kan.
Whoaaaa serius tak sabar nih.

psssttttt : en husband jangan lupa ek siapkan bajet untuk beli baju baru banyak-banyak ;) dan tudung baru jugak ;) hahaha