20 January 2013

Jeng Jeng Jeng 20hb sudaaaa

Sudah masuk 20hb hari ni.
Tapi baby still belum nak keluar lagi.
Syiok duduk dalam perut agaknya.
Dapat makan macam-macam.
Almaklumlah ibu dia makan jenis tak hengat punya :P

Act due kalo ikut period 19hb, tapi ikut scan pun tak lari jauhlah dalam 21-22hb je.
Apakah maknanya? heheh
Maknanya due adalah hari Isnin esok ler kengkawan uiiiii.
Esok last checkup kat KKIA.
Selasa last checkup jugaklah nampaknya kat Lam Wah Ee.
Dr Quah bagi sepanjang next week saja if tak rasa sakit sendiri.

Dapat 24 Jan hari Khamis pun ok jugak.
Sebab bersamaan 12 Rabiulawwal.
Sama kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
(ataupun sebenarnya 9 Rabiulawwal? wallahualam)

Kalo 25 Jan pun best, hari Jumaat.
Sama dengan ibu, sama dengan abang Naim =)
Abah Naim hari Selasa ;)

Tapi yang paling penting ikutlah keadaan baby masa tu cemana.
Ibu ni selalunya tak kisah asalkan semua baik-baik aja.

Sehari dua ni dah tak larat pegi mana-mana dah.
Last keluar hari Khamis, bawak Naim makan Kenny Rogers QB.
Itupun memula memang macam geram ja takmau masuk sebab dia buat perangai.
Dah parking semua, dia kalut nak bawak jugak segala pensil color dengan toys dia dalam kotak kasut.
Ingatkan dah tak ingat. sebab menatang tu semua letak kat seat belakang masa nak keluar rumah.
Alih-alih dah lepas parking semua siap dia boleh teringat pulak.
Memula ibu dia buat tak tau ja.
Tapi dahhh berguling atas jalan pulak
*time tu parking kat area lobi. Tempat orang kaya tu. Sejam m5. Setiap tambahan jam add rm2. hahaha Nak dekat punya pasal.
Taklah, time tu mmg lunch time so tak kuasa nak q tunggu parking bawah tu.

Masa tu try dukung, tapi tak bolehlah.
Rasa nak terkeluar abis isi perut.
Tambahan pulak dia dok menggeliat-geliat.

Terus bawak masuk keta balik.
Jalan ke depan sikit.
Ibu bagitau, tak jadilah bawak Naim makan KR sebab Naim tak dengar cakap.
Terus dia meraung macam paham-paham ja ibu marah. haha
Kesian pulak.
So parkinglah balik.
Nasib baik belum keluar.
Kalo tak, hangus 5hinggit.

Mainan dia?
Usung jugakkkkk.
Tapi transfer masuk plastik :P
Memula muka macam tak puas hati, nak bawak kotak kasut tu jugak.
Akhirnya pujuk-pujuk, dia on ja.
Itupun dia yang nak usung plastik tu.
Tak bagi ibu letak dalam beg.
Macam-macam betullah peel.
Ikut sapa tah :p
Ibu dulu kecik-kecik baik aja ;)
Betul.

Lepas makan bawak Naim naik Jusco tempat toys.
Dan-dan dia serah mainan dia satu plastik yang bawak dari umah tadi tauuuu.
Tuuu dah nampak banyak lagi kat rak :P
Dapatlah lego sebekas.
Kali ni beli lego yang gemuk-gemuk *bkn brand lego pun :P
Barulah tak hilang.
Tapi Naim tak boleh sebut huruf L, so dia panggil Yego. hahaha
Yego pun yegolah.

Anyway, hepi besday to my bff's doter, NUR SARAH HUMAIRA BT BORHAN!!!
Genap setahun dah hari ni.
Sekejapan saja masa berlalu =)
Semoga panjang umur dan diberi keberkatan hidup.
Menjadi penyeri hari-hari mak dan abahnya sebab abang-abang lain dah masuk asrama.
Weekend saja ada =)
Baguslah ada Sarah.
Kalau tak, hari-hari mak tengok pak.
Pak tengok mak. heheheh