21 January 2013

Checkup dan Checkup Lagi. heheh

Whoaaaaa
Serius dah tak larat nak usung perut.
Especially bila mula-mula nak start gerak.
Masyaallah sakitnya tulang punggung tak tahu nak khabor.

Today checkup KKIA.
Dokter gelak je tengok jumpa muka nih lagi. haha
Nak buat cemana dia menurun abang Naim jugak.
Lambat mau keluar.

Sekarang sapa bersalin nak kat general hospital if overdue dorang dah tak tunggu 10 hari rupanya.
Time Naim dulu dorang bagi lagi 10 hari dari due date baru refer pegi hospital.
Prosedur baru kot, takat 7 hari je sekarang.
Dan selagi belum masuk spital tu hari-hari kena datang KKIA check jantung baby.
Bagus jugak kan.
Yelah, baby dah matang ni kena pemantauan berterusan.
Takutlah kalo apa-apa jadi.
Selain daripada tu, ibu-ibu pun kena sentiasa pantau pergerakan semasa baby.
If kurang gerak kena cepat-cepat pegi spital.

Act ada pro n con jugak perkhidmatan klinik kerajaan & spital private.
Kalo ikutkan cara checkup, ketelitian masa checkup, saya prefer klinik kerajaan lagi.
Prosedur dorang lebih perfect.
Thats y saya still continue dua-dua checkup waalaupun nak bersalin kat LWE.
Bersalin kat private sebab saya nak situasi yang menenangkan lepas bersalin.
Serius, pengalaman selepas bersalin dulu sangat mentensionkan jiwa :P
Itu yang trauma tu. * haha traumalah sangat!

Kat gh ni kalo kita dah nampak kemungkinan besar boleh bersalin normal, saya rasa ok.
Tapi kalo dah 50/50 ataupun tak nampak masa depan nak boleh normal tu baik cari alternatif lain.
Penat sangat, sebab nak jaga luka operate, mana nak tengok baby lagi.
Itu tara Naim sangat-sangat baik masa kat spital.
Tak dengarlah dia nangeh uweek uweekk tu.
Kalo baby jenis meragam, fuhhhh lagilah tak tau nak kata cemana.

Berdebar untuk checkup esok kat LWE.
Esoklah final cemana dokter nak bagi keputusan.
Takoooot.

Kalo husband ada taklah takut sangat kot. huhu
Semoga dengan ketiadaan laki di sisi time bersalin ni dipermudahkan segala-galanya.
Ameen.