25 February 2012

Cucu Sapa?

Dialog Naim di petang Sabtu.


Tok : Naim cucu sapa?

Naim : Ah!! *Pak Dollah ler tu. 

Tok : Cucu sapa lagi?

Naim : Pak Mi! hahaha (Wan kan ada 2, Pak Azemi pulok)


Cepat betul dia tangkap apa orang ajar. Padahal maktok baru ajar pagi tadi je pun.


Baru ni dia asyik dok sebut b.a.b.i aja.


Rasanya tak ada yang mengajar menatang tu kat umah.

Rupa-rupanya nak sebut BABY, tapi tak boleh nak sebut.

Maka jadiklah b.a.b.i. hahaha

So lepas ni kenalah lagi berhati-hati dengan setiap perkataan yang keluar. Adios!

Pos Malaysia & S26

Just share.
Operation hour Pos Malaysia kat Tesco Gelugor, Penang =)


Kesimpulannya, hari-hari dorang bukak time public holiday saja coti.
Memudahkan urusan penghantaran parcel nanti. I loike!! heheh

Hari ni susu S26 Progress Gold murah kat Tesco Extra!
1.6kg tin = RM62.90 sajo.
Cepat-cepat jangan ketinggalan tapi tak sure pulak hari ni saja atau esok sekali.
Kalo hari ni pun, sempat lagi ni.
Tesco tutup pukul 1 pagi.
Go go go!! heheh

24 February 2012

Saya Suka! Saya Suka!

Tengok tajuk teringat kat Mei Mei dalam Upin Ipin.
Trademark dia kan, Saya suka! Saya suka!
Maklumlah sekarang rajin layan Upin Ipin dengan Naim.
Naim suka tengok Upin.
Kalo tengok tu ternganga-nganga mulut punya kusyuk.

Saya sukaaaaaaa sebab dah tak kena block untuk add friend.
So, mari menambah friendlist di FB- FAREEDA FADELINA dengan cara yang betul dan berhemah. heheh
Sudah jumpa skill baru cemana nak elak kena block untuk add friend.
1st, jangan add laju-laju.
Take time. Dalam sejam 10-15 orang cukup.
Nanti-nanti tambah lagi.
Jangan tamak macam sayeeee.
Skali add semaksimum mungkin, haaaa amik ko. haha

BTW, sudah dapat date baru untuk amik stok kat Bangi!

9 MAC 2012! Save da date okeh.
Jangan lupa!!

Insyaallah I'll try to get stok yang cun-cun dan chumel for all.
Wahaha tak sabaunye.
Seriously, sangat excited =)

19 February 2012

Cissss

Cisssss punya fb. hahaha
Udah kena block daripada add new friends for 4 days!
Puncanya, ada sorang dua bakal friend yang baru nak di'add' tu cuma terima kawan-kawan yang dia kenal saja.
So bila me add friends tu, agaknya bila cukup 3 orang yang letakkan syarat cenggitu fb dapat detect kita tak kenal person yang kita nak add tu.
Maka terblock suda.
Wehhh facebook, i tak bersalah tahu?

Nak jadi reseller cum dealer Fareeda, ahaks! of cozlah kena bukak fb baru khas untuk tudung ja.
Supaya tarak fenin-fenin campur-campur friendlist, pic dan sebagainya.
So, walaupun fenin, fenat, fayah dan renyah, kena gagahkan jua.
Untuk kesenangan di kemudian hari. ewahhh haha

Uols dah add saya ke belum?
Jangan missed ok.

Sape yang belum pernah beli Fareeda, do believe me!
Sila cuba sekali.
Lepas tu mesti hati terpikat, terikat Fareeda memang da bomb.
Nak pakai tudung lain pun dah rasa tak best :P
Series ni, tak tipu.
Tak caya? Meh la cuba.
Sangat berbaloi dengan harga.

Dulu saya rasa cam... eh biar betul beli tudung memahal.
Rugi, itu, ini, itu, ini.
Tapi bila dah try sekali, ha amik ko. Tak berhenti! hahaha

So, jom klik kat badge FB Fareeda saya kat belah kiri ni.
Tak pun KLIK SINI.

Jangan klik je, add sama okeh!
Tata

15 February 2012

I'm a Reseller for Fareedascarf. Soon : Dealer..ahaks!

Yang cantek molek ni is Cik Mawar - Anak tokei Fareeda merangkap model Fareeda jugak. 

Hello all!
Nak umum berita gumbira =)

I'll become a new reseller for Fareedascarf starting 23rd March ini.
And Insyaallah kalo ada rezeki lagi, lepas sebulan buleh jadik dealer pulak.
Mana tau kan. heheh

23rd March baru start amik stok kat Bangi sebab jadual dorang dah penuh. huhu
1st time deal diwajibkan pegi hq kat Bangi dulu.
So ini antara date paling awal since semalam ja baru dapat kol.
Then pagi tadi baru kol butik bagi date nak pegi kononnya next week, tapi dah tak ada slot kosong.
So kenalah amik paling awal 22 Mac.
Dah alang-alang tu saya amik 23 je senang, hari Jumaat esok lusanya cuti =)
Bole lajak-lajak kalo terlajak. ahaks!

Sabau sabau..hahaha
Mak ai lambat bebenar lagi nak terjah Bangi tu.
Maklumlah, over excited suda.
Bukan senang nak dapat peluang macam ni lagi.
So harus digunakan sebaik mungkin ;)

Do support me eh.

Meh la berFareeda beramai-ramai.
Dijamin tak menyesal.
Sekali cuba, pasti nak lagi. =)

14 February 2012

Menyate Lagik

Ahaks!
Jangan tersedak sudah.
Maklumlah, tak penah-penah rasanya mula entry dengan pic sendiri.
Tetiba, terada, terrrrbubuhlah pic ini.

Seperti biasa, hanya pic yang memenuhi piawaian akan diletakkan di sini.
Elleh buat tak biasa pulak :P


Ceritanya....

Hari Sabtu, ibu Naim dapat ilham mengalter-alter rambut anaknya itu.
Rimas tengok dah panjang cecah telinga.
Malangnya rambut-rambut itu telah pun bertukar menjadi tingkat-tingkat macam mangkuk tingkat.haha


Dan oleh kerana esok tu nak pegi kenuri, maka malam tu jugak abah Naim dipaksa bawak Naim dan ibunya yang chumels ni pegi kedai nak trim balik rerambutsss itu.

Tapi sayang, seribu kali sayang, cissss punya kedai gunting kat Sg Ara tu.
Time sampai kedai memang dorang dah tarik pintu setengah, tanda nak tutup ler tu.
So tak sempat masuk, baru antar spy nak pegi tanya itu anney dah geleng kepala kata tak amik customer suda.
Cis cissssss

Maka stereng keta dilencongkan ke arah Ah Basri Satay.
Ke Satay Ah Basri eh?
Ikut suka.

Pic ni suma action macam Naim nak buat order nampaknya.
Padahal kedai tu self service u.
Order kat kaunter, tunggu makanan sampai ja.



Meh sapa nak survey-survey harga satay.
Jangan terkojuit pulak noooo.

Nampak macam harga mahal, secucuk 1.50 untuk daging ngan ayam. *pic rege mana pegi tah.
Tapi dun weri eh,  portion dia besau punya.
Bukan cinonet-cinonet macam kat pasar malam tu.


New info, sekarang ni kuah satay tak kena add RM2 dah!
Free sajo.
Shukeeeee

So untuk 25 cucuk satay baru ni dorang bagi 2 mangkuk kuah kacang.
Lepas tu siap antar lagi 1 mangkuk tambah uuuu
Like like like!

Marilah menyatay di Ah Basri!
Dijamin sedap, lazat, hingga menjilat jari. Ahaks!




Kenit ni pun pandai makan satay tau.


Akibat tak reti duduk diam, kena denda lap meja!
hahaha


Dan pic penutup oleh abah Naim.

Semangat tu penting :P

08 February 2012

Apa Kata Naim?

Flash card baru Naim.
Kebetulan tadi pegi Peekaboo Baby Shop, beli car seat untuk Kak Ida.
Dan breast pump jugak =) For herlah, dia pesan.
Not mine. Belum time lagi :P



Moh tengok apa persepsi Naim pada pic-pic kat bawah ni.

Naim : Dung!
Dia tak kata matahari tau, tapi nampak idung matahari tu dulu. heheh
Lepas idung nampak mata.
Last-last jadik star!


Naim : Tak!
Sekali tengok memang tak macam dinasor pun, macam katak.


Naim : Bird! hahaha
Asal nampak macam nak terbang ja, dia kira bird.


Naim : Nga!
Bunga.
Yes rite.
Bila tanya balik dah jadik star pulak.


Naim : Jam.
Rite!


Naim : Phen!
Elephant. Good.


Naim : Dog! kahkahkah
Memang tak ada rupa lembu pun.
Amik ko, dog terus.
Macam kerbau pendek pun ada sket kan.


Naim : Pel.
Ini dia familiar =)


Naim : Bas!
Asal besar je, semua bas :P


Naim : Cat!
Tu pun awal-awal dia konpius, sebab pic cat ni nampak tersipu-sipu malu.
Cat dia tengok selalu tak penah senyum :P
Asik jeling dia je, standby nak lari. haha


Naim : Tik!
Sometimes jadik bird jugak.


Naim : Bot!


Naim : Dog!


Naim : Tar! star =)


Naim : Cang!
Ini pun selalu ada kat umah, one of his fav fruit!


Naim : Car!


Naim : Tish!
Hurup F tak boleh sebut lagi.


Naim : Bear!
My good boy =)


Pic lelain tu dia masih belum familiar. Masih blurr blurr.
Nanti hapdet lagi kalo dah pandai =) Tata

Gerammmm

Hari ni lagi satu menyampah!

Kan saya bukak preloved fareeda sales kat fb.
Ada sorang ni ha, iya-iya booking satu tudung tu.
Alih-alih hari ni tak jadik pulak.
Reason? Laki tak berkenan uuu.
Oklah fine, kalo dia pakai tudung of coz la laki dia nak tengok kan?
Kang tak cantek plak bini dia pakai tudung tu.
Weyyhh tudung tu macam baru tahu?

Abis yang ko gi carik kaler sama kat dealer tu perhal?
Nak beli baru? Pegi carik kat dealer awal-aal la beb.
Tak nampak ke orang taip PRELOVED kat situ?
Preloved tu maknanya dah pakai. Ada paham?

My preloved semuanya very good condition ok.
Kekadang tu pakai sekali dua je.
Yang pakai sejam pun ada.
Means masih tiptop kualitinya.

I wont sell yang saya sendiri rasa tak puas ati kalo beli dapat macam tu.

Seingat saya, satu je yang saya tak berapa puas ati condition tudung dah jual kat orang.
Selai suraiya tone gred b, saya beli pun dah 2nd hand.
Pakai sekali je, owner mula pakai brapa kali tak surelah pulak.
Jual pun murah, rm35 including postage.
Padanlah ngan harga kan.

Yang lelain tu memang in a very good condition.
Saya jual sebab tak berapa nak pakai, so jual boleh topup beli tudung lain.
Kalo tak jual pun takde masalah.
Tak desperate sangat nak jual.
Ada orang berkenan, jual.
Tak ada pun no hal punya, biar je lah tergantung.
Bebila rasa nak pakai saya pakai.

Thats y saya tak kisah pun ada yang nak book sampai lebih pada 2 minggu.
Without deposit okeh.
Ramai berkenan sebenarnya, dan boleh bayar ondaspot, tapi saya berpegang pada janji.
Dah janji ngan orang takkan senang-senang nak mungkir kan.
Lainlah kalo uols ada reason yang munasabah dan boleh diterima akal.
Tap jangan pulak dah book lelama, pastu tak jadik.
Tu yang nak hangin nanti.

Itu baru peel jual selai dua kan.
Kalo yang jadik dealer tu, tak terbayang saya cemana dorang handle peel manusia yang macam-macam nih.

Penin!

07 February 2012

I Nyampah uuuu

Uishhhhhh seriesly dah naik menyampah tengok macam-macam status kat fb pasal jantan-jantan durjana kat luar sana.

Ada yang yang merungut bf tak setia, tak bertanggungjawab dll.
Walaupun ayatnya tak in direct, sendiri mau pahamlah kan.
Dedulu pun dah belajar ayat tersurat dan tersirat time skolah.

Hello guys! apa yang lelaki-lelaki pikir sebenarnya?

Macam ni lah, saya tak berapa nak kisah kalo lelaki-lelaki yang perangainya masih durjana ini masih bujang, tiada komitmen dan tanggungjawab dalam rumahtangga.

Lantaklah kan, time ni je lah dorang patut test market pun.
Nak carik calon-calon yang nak dibuat isteri.
Tapi nak test market pun janganlah sampai melukakan hati orang lain.
Da very not good uuu.
Harus ada tatacaranya.

Khas untuk yang dah ada anak bini tu, pleaselah agak-agaklah nak tunjuk diri tu hidung belang sekalipun.
Apa, bangga sangat ke kalo rasa ada pompuan, actually yang suka laki orang ni mostly bukan pompuan, tapi betina. *sorry to say, but that is da better word to called. terpikat kat korang?
Jangan perasan ok.
99.9% just looking to your money! 
Walaupun kebanyakan laki hidung belang-belang ni bukan kaya pun
Ataupun ada ke yang desperate sangat nak kawen?
sampai dah tak ada calon lain?

Bila dah berkenan kat pompuan lain, apa alasan?
Bini tak jaga, bini tak itu, tak ini. 
Ini alasan turun temurun 24 keturunan tau?
Dah tu siap mengata bini kat betina yang dia tersangkut.
Ha eloklah tu.
Ape korang tu perfect sangat ke?

Nak bini cantik, slim, ayu, tapi ada nak menyumbang duit ringgit ke arah tu?
Haremmmm! lu pikirlah sendiri.
Balik-balik kot mana pun bini dialah yang serba tak kena.
Dia tu betul je memanjang, bila masa pun.

If  I am in that situation, *if okeh! laki main-main kayu tiga empat ni.
Hello, sorry eh sekali dua bolehlah nak berforgive-forgiven, lelama just FORGET okeh.
Tak kuasa nak maap-maap 44 kali.
Apa ingat pompuan ni patung ke?
Buat je apa yang laki nak buat.

Mula-mula sekali dua saya percaya, most of da woman akan bagi peluang.
Reason? Still sayang laki.
Reason? Sayang kat rumahtangga.
Reason lagi? Kesian kat anak-anak.
Dah masuk doploh kali dok buat perangai sama ja, bini pun naik meluat.
Lama-lama hati pun dah beku.
Hati pompuan sekarang dah tak macam kerak nasik.
Sekali keras terus macam batu.
Kalau nak try pecahkan pun dia akan jatuh berderai-derai.
That time tak payahlah nak pujuk rayu.
Dah tak ada makna lagi.

Biarlah kau dah caramu, aku dengan cara hidupku. *ini lirik lagu.
Full stop!

*teremosi pulok :P

Kenuri Sik

Mak aiii
Datang mood M ni, ya ampunnnn gila malas rasanya mau hapdet blog.
Padahal tenet 24 jam ada depan mata.

Ini aktiviti Ahad 5 Feb kelmarin.
Hantar pengantin kat Sik, Kedah nun.
Kampung Hujung Bandar =) Bagus ingatanku kali ini.
Sampai ingat nama kampung uuuu

Gambar kali ini adalah ala kadar sajo.
Tengah syok-syok amik gambar tetiba......plup!
Bateri abih daaa.
Apa punya turrrr

Kekononnya nak bertolak pukul 8 pagi.
Konon je.
Last-last pukul 9 lebih nak dekat pukul 10 baru jalan.

 
Ni budak banyak akai. Semua serba tak kena dok dalam keta tu

Ni akad nikah n kenuri my cousin.
Dorang buat hari yang sama, nikah dengan kenuri.
Nikah pukul 12, siap-siap terus kenuri.
Senang, sekali jalan.


Naim n Tokwan a.k.a Nyey :P

Lepas akad nikah tu pengantin pegi bersiap kat kedai untuk kenuri pulak.
Rombongan cik kiah 5 kereta melepak kat masjid sajo.

Sambil melepak sambil menganyam ketupat. Sesikit je. hahaha
Maklumlah bila dah berkumpul tu memanglah riuh. Tambah pulak semua sekepala.


Haha pic ni Naim dok tahan panas.
Putera lilin anakku itu.
Tak boleh panas, iya-iya dia tutup mata.


And this is da pengantin.
Kecik molek ja.
Dun ask me about this kenuri bebanyak, I dun know :P
Nama pengantin pun tak tau. buleh?
Hantaran, mas kawen apa semua pun tatau jugak.
Ini tandanya, i'm not kepoh-kepoh person. Butui? hahaha

Kecik comei je pengantin pompuannya



Lepas amik pic nikah ni kamera pun mampus.
Hadoiiii tensiiiion haku.
Dahlah lepas kenuri tu plan nak singgah ladang anggur Tasik Beris tu.
Dah alang-alang sampai sini kan.
Kalo sesaja nak pegi konfem tak sampai punya.

Sempat amik pic Naim sekeping dua je dalam kamera cousin.
Pakai kamera orang tak sama ngan kamera sendiri ;)
Itu je lah.
Frust aiii tau walaupun ladang anggur tu taklah best sangat pun.
Biasa-biasa aje.
Oklah, kemalasan suda.

04 February 2012

Skin Care

Just received Placenta Oil Vitamin E Softgel  from http://www.4greenleaf.com/

Vitamin C nilah yang heboh sangat kat FB tu. Sampai ada yang bergaduh gara-gara menatang ni. heheh


Harga? RM118 (100 capsule) + RM5 (Poslaju) = RM 123 sahaja!
Kat fb jual sampai sebijik 2 hengget okeh. 2.50 sebijik pun ada.
Boleh kaya ooooo :P

Nak share dengan kawan-kawan, my latest skin care.

Tadaaaaa!!!


Dah 2 minggu saya pakai Tab ni.
Sabun dengan HD essence.
Ada pil untuk makan jugak tapi saya tak amiklah. Try yang luaran sudah.

Act saya tak ada masalah kulit sangat, cuma open pores ngan black head yang ketara.
Kalo tengok dari dekat tu memang nampak clear pori terbukak kat area tepi-tepi hidung ni..

Sebelum ni pakai cik klinik ni.
Oklah not bad, cuma biasa-biasa je lah kesan dia.
Untuk mantain should be oklah.
Set klinik ni tahan setahun lebihlah saya rasa. Ini pun dah genap setahun beli.
Toner adalah gila malas nak pakai :P
Sebab tu banyak lagi. Dah tu tamak, masa beli nak amik yang besar-besar aje.


Sekarang dah ada berbezaan sikit, pores kat pipi dengan hidung memang rasa mengecik sikit.
Tak tipu tau .
Lagi pun takde maknanya nak menipu, bukannya saya jual produk ni pun :P
Beli kat orang gak. heheh

So, sekarang cuma guna Tab Soap, HD Essence & Vitamin C itu saja.

Shukeeeee =)

Sape nak try Tab tu boleh seach fb : Shasila Tokiran.

~ sharing is caring ~
tata

update sket : vitamin c tu untuk sapu kat muka je tau. jangan pegi telan pulak, naya nanti :P

03 February 2012

Ting Ting

Start dari ujung tahun lepas baby seawal umur 6 bulan dah boleh bukak buku ASB.
Tapi makpak lah yang kena pegi bukakkan.
Kalo budak umo 6 bulan tu nak pegi buat sendiri tak ke terkojuit orang ASNB tu nanti.

So pagi tadi, si ibu Naim ni pun semangatlah ke CIMB nak pegi buat buku ASB anaknya itu.
Tapi hampeh okeh.
Rupa-rupanya dekat bank, pejabat pos dan seangkatan dengannya still tak dibolehkan lagi.
Tapi dengar cerita kat Maybank dah boleh bukak, saya tak berapa pasti yang ini.
Yang pasti kat CIMB tak boleh lagi setakat hari ni.
Untuk bukak buku baru bagi budak umo 12 tahun ke bawah kenalah pegi ke pejabat ASNB terdekat.

So tengah hari lunch hour tadi saya pegi pejabat ASNB kat area Queensbay nun untuk buat buku naim.

Nah sape nak address Penang punya opis (pejabat dia menghadap ke highway, area KWSP tu) :-

Amanah Saham Nasional Berhad
A-12A-1
Lorong Bayan Indah 4
11900 Bayan Lepas 
Pulau Pinang

Telefon: 04-6406522 & 04-6406523 
Faks: 04-6406520


Tadi sebenarnya sebelum pegi tu saya dah siap isi borang permohonan akaun baru dari umah lagi.
Baru je amik borang tu kat pejabat pos Tesco Gelugor minggu lepas.

Rupa-rupanya dorang bagi borang lama, so dah kena isi borang lain pulak tadi.
Kan udah membuang masa. huishhh
Nganga pulak tunggu turn semula. Nasib baik tak kena amik nombor lain.
Hampeh betoi.

Borang baru.

Naim dah ada ASB, anda bila lagi? heheh

Tripple Sharing

Yeayyy!!

Katil Naim dah sampai petang semalam.
So malam tadi tidak lagi bersardin-sardinan 3 orang dia atas katil ibu :P ahaks!

Masa order tu tak teringat pulak nak amik tilam sama level.
Amik jenis reborn *betul ke ejaan eh? saje, rendahlah sikit katil Naim tu walaupun divan dia sama ja tinggi dengan katil ibu.

Katil single pon mahallah sekarang.
Nego punya nego, dapatlah 370 + tilam 210.

Phewww 580 untuk set Naim sajo.


Cewi budak ni dapat katil baru.
Kejap lompat, kejap baring. heheh


Bolehlah naim guling sakan lepas ni.
Kalo tak kena bahagi-bahagi space sorang sikit.
Last-last abah tido bawah. hahaha.

Dan.
Palang gantung tudung sedia ada telah diupgrade kepada 2 layer =)
Beli tambah palang bawahnya saja.
RM25. Barulah tudung-tudungku dapat bernapas sikit.

Dah tambah layer bawah, layer sekaki kiri sekaki kanan tu pun ditutup.
Tinggal 4 kaki je lah lebar. Jimat space.

Sebelum

Hahaha.
Ini namanya proses pemeliharaan tudung sedang berlaku.
Selimut dengan kain batik yang dah tak pakai sajo untuk mengelakkan habuk.

Selepas

Latest stok setelah ditambah, tolak, bahagi adalah 35 saje :( huhu