14 February 2012

Menyate Lagik

Ahaks!
Jangan tersedak sudah.
Maklumlah, tak penah-penah rasanya mula entry dengan pic sendiri.
Tetiba, terada, terrrrbubuhlah pic ini.

Seperti biasa, hanya pic yang memenuhi piawaian akan diletakkan di sini.
Elleh buat tak biasa pulak :P


Ceritanya....

Hari Sabtu, ibu Naim dapat ilham mengalter-alter rambut anaknya itu.
Rimas tengok dah panjang cecah telinga.
Malangnya rambut-rambut itu telah pun bertukar menjadi tingkat-tingkat macam mangkuk tingkat.haha


Dan oleh kerana esok tu nak pegi kenuri, maka malam tu jugak abah Naim dipaksa bawak Naim dan ibunya yang chumels ni pegi kedai nak trim balik rerambutsss itu.

Tapi sayang, seribu kali sayang, cissss punya kedai gunting kat Sg Ara tu.
Time sampai kedai memang dorang dah tarik pintu setengah, tanda nak tutup ler tu.
So tak sempat masuk, baru antar spy nak pegi tanya itu anney dah geleng kepala kata tak amik customer suda.
Cis cissssss

Maka stereng keta dilencongkan ke arah Ah Basri Satay.
Ke Satay Ah Basri eh?
Ikut suka.

Pic ni suma action macam Naim nak buat order nampaknya.
Padahal kedai tu self service u.
Order kat kaunter, tunggu makanan sampai ja.



Meh sapa nak survey-survey harga satay.
Jangan terkojuit pulak noooo.

Nampak macam harga mahal, secucuk 1.50 untuk daging ngan ayam. *pic rege mana pegi tah.
Tapi dun weri eh,  portion dia besau punya.
Bukan cinonet-cinonet macam kat pasar malam tu.


New info, sekarang ni kuah satay tak kena add RM2 dah!
Free sajo.
Shukeeeee

So untuk 25 cucuk satay baru ni dorang bagi 2 mangkuk kuah kacang.
Lepas tu siap antar lagi 1 mangkuk tambah uuuu
Like like like!

Marilah menyatay di Ah Basri!
Dijamin sedap, lazat, hingga menjilat jari. Ahaks!




Kenit ni pun pandai makan satay tau.


Akibat tak reti duduk diam, kena denda lap meja!
hahaha


Dan pic penutup oleh abah Naim.

Semangat tu penting :P