03 February 2012

Ting Ting

Start dari ujung tahun lepas baby seawal umur 6 bulan dah boleh bukak buku ASB.
Tapi makpak lah yang kena pegi bukakkan.
Kalo budak umo 6 bulan tu nak pegi buat sendiri tak ke terkojuit orang ASNB tu nanti.

So pagi tadi, si ibu Naim ni pun semangatlah ke CIMB nak pegi buat buku ASB anaknya itu.
Tapi hampeh okeh.
Rupa-rupanya dekat bank, pejabat pos dan seangkatan dengannya still tak dibolehkan lagi.
Tapi dengar cerita kat Maybank dah boleh bukak, saya tak berapa pasti yang ini.
Yang pasti kat CIMB tak boleh lagi setakat hari ni.
Untuk bukak buku baru bagi budak umo 12 tahun ke bawah kenalah pegi ke pejabat ASNB terdekat.

So tengah hari lunch hour tadi saya pegi pejabat ASNB kat area Queensbay nun untuk buat buku naim.

Nah sape nak address Penang punya opis (pejabat dia menghadap ke highway, area KWSP tu) :-

Amanah Saham Nasional Berhad
A-12A-1
Lorong Bayan Indah 4
11900 Bayan Lepas 
Pulau Pinang

Telefon: 04-6406522 & 04-6406523 
Faks: 04-6406520


Tadi sebenarnya sebelum pegi tu saya dah siap isi borang permohonan akaun baru dari umah lagi.
Baru je amik borang tu kat pejabat pos Tesco Gelugor minggu lepas.

Rupa-rupanya dorang bagi borang lama, so dah kena isi borang lain pulak tadi.
Kan udah membuang masa. huishhh
Nganga pulak tunggu turn semula. Nasib baik tak kena amik nombor lain.
Hampeh betoi.

Borang baru.

Naim dah ada ASB, anda bila lagi? heheh