31 January 2012

Pity Him

Pity Naim. huhu

Semalam kan cucuk setahun setengah tu. Lepas cucuk tu ok lagi.
Malam tu tetengok dah merah macam semut gigit, tp taklah bengkak macam pagi ni.
Risau betul ibu dia ni ha.


Paha dia memang chubby tapi taklah bulat kembung macm pic kat bawah ni.
Besar sebijik telur ayam gred A tu.

Tengah hari tadi call balik kat nurse klinik kesihatan tu.
Dia bagitau untuk cucuk tiga serangkai memang banyak kes jadik bengkak cenggini.
Normal. Dia katalah.
Dia suruh tunggu dua minggu untuk bengkak tu surut sepenuhnya.
Kalo dua minggu tak surut baru kena refer balik.

For sure I wont wait until 2 weeks uuu.
Penantian satu penyeksaan tau.

Tengoklah dalam 2-3 hari ni cemana, kalo tak nampak tanda-tanda nak surut kena refer klinik or dokterlah jawabnya.



Tapi kan, ini budak...
Rilex juga ada. haha

Makan, minum, main adalah seperti biasa.
Tak ada yang berubah.

Alhamdulillah setakat ni tak nampak tanda-tanda dia nak demam.
Harap sangat dia tak demam.

Dahlah paha bengkak, kang kalo demam pulak akan menimbulkan pelbagai andaian dalam kepalaku ini :P
Takmo takmo.
Tetiap kali anak sakit demam konfem susah ati tahap maksima, tapi orang tak nampak.
Mommies kat luar sana mesti paham apa yang saya rasa kan.
Sebagai ibu, bapak, kalo boleh nak anak sihat sentiasa.


Sekarang si kenit ni dah tido.
Awal betul. 9 lebih tadi lagi dah lena.

Sebab tak tido siang punya pasal.
Kalo tak, pukul 12 pun jangan harap dia lena.
Kitorang tido baru dia tido sama.

Doa-doakan Naim cepat baik eh kengkawan =)

Ok good nite! Tata =)