29 January 2012

Penats, Fareedas dan Begs..Ape punye tajuk daaa

Hadoi, penat. Lenguh semua ada.
Satu hari mengemas semalam, dari luar sampai dalam.
Dari tengah hari start, sampai pukul 9 baru settle.
Tu pun tak sempat mop lantai. Tak larat suda. haha

Mananya tak abis lambat, buat keja setengah jam, tenet sejam.
Buat lagi stengah jam, tenet 2 jam pulak.
Buat keja lagi-lagi setengah jam, haaaaaa lu pikirlah sendiri! :P
Itu pun nasib Naim ada kat Batu Maung, kalo ada sana jugak tak taulah pukul brapa nak abis.

Selalunya malas nak belek-belek kat luar umah.
Kali ni dapat hidayah lebih sikit, teroverlah ngemas kat luar sekali.
Abis pokok mak ai uuuuu.
Dari rupa pokok bunga kertas, terus bertukar jadi bonsai dikejakan.
Rimas sangat tengok merambu-rambu ranting dia.
Yang mana ada daun banyak tu abis togel tinggal batang ngan pasu sajo.

Dan rupa-rupanya banyak benda yang Naim lempar kot tingkap tepi tu.
Dah mengemas tu baru jumpa benda-benda yang dia buang kot tingkap.
Macam-macam ada.

Hobi latest dia suka main sorok-sorok barang.
Kasut pun dia sorok belakang meja.
Patutlah dok carik tak jumpa-jumpa.

Sambil-sambil kemas tu kena belek tenet gak.
Cari stok baru buat tambah yang mana dah diletgo kat fb bebaru ni. heheh
Baru ni saya jual beberapa lai Fareeda yang tak berapa nak pakai.
Act, bukan sebab tudung tu tak best tapi sebab sesetengah kaler tu tak banyak yang boleh match dengan baju yang saya ada. Ataupun kaler yang lebih kurang sama ada lebih pada selai.
Masa beli tak terpikior. Biasalah kan :P

Sekarang sudah berjinak-jinak dengan Rozanna pulok.
Lagipun Dania dah tak keluar dah sekarang.

So daripada hasil jualan menjual Fareedas kat bawah ni dapatlah cover beli dua tiga lai rozanna 3 layer.
Tapi belum sampai lagi, baru order semalam.


Act purple ni dah open sale masa 9 Jan hari tu
Ada sorang akak ni iya-iya nak book tapi tunggu gaji 16hb baru nak bayar.
I'm ok ja. 16hb tu saya follow up, memang konfem naklah nampak gayanya tapi mintak tunggu duit orang bank in kat dia masuk.

18hb follow up lagi, suruh tunggu lagi. I'm still ok jugak lagi.
Tapi 25hb tu I cannot waitlah u.
Pm dia thru fb, bagitau payment kena settle dalam 24hours.
Tak kuasa nak tunggu lagi.
Non ada reply ape pon.
So good bye je ler.

Anything cubalah inform, ngokngek punya orang.
Menyusahkan haku tunggu lama-lama.
So settle, dah jual pun kat orang lain.


Act saje nak letak pic jugak, kenangan ni.
Semua dah jual kan, so tinggal pic je lah.




Oren ni 1st batch try Fareeda. Masa ni musim selendang tone.
Beli untuk raya ni.
Iya-iya beli tudung last-last, haremmmm baju yang tak siap.
Sakit jiwaku.


Yang bawah ni pulak beli 2nd hand.
Sekali je pakai, then dapat selai stok Rainbow kaler pink+purple ni gak untuk match ngan 1 baju tu.
Makanya yang ni dah tak pakai, so letgo ja kat sape yang berkenan.


And this is my 1st 3 layers Fareeda. Cheetah! aummmmmm

Tapi saya prefer plain color untuk tambah koleksi.
Baju keja of coz kebanyakannya bercorak-corak, so tudung kena plain.
Kalo baju corak, tudung pun penuh corak? hmmm penin :P


Heheheh
And...hahaha
Beg ni beli kat QB petang Jumaat aritu.
Tapi tak tayang kat laki lagi, sorok dalam lemari :D kahkahkah


Design cenggini more to casual wearkan.
Bukan untuk pakai pegi opis pun.
Lagipun saya pegi keja tak bawak beg, bawak envelope je. hahaha

Masa nk beli beg ni saya request stok baru. Tak nak yang display punya.
Of cozlah nak yang baru uuuuu
Tapi amoi tu kata yillek.
Stok masuk 2 buah je untuk tetiap design. Dia katalah.

Then saya cakap kalo tak ada yang baru tak jadiklah nak amik.
Dan-dan dia check kabinet simpan stok tu. eh eh dan-dan ada pulak stok ko kan?
Padahal tadi dah check takde??
haha kan dah kantoi. Amik gaklah sebab dah berkenan =) Plus ada disc 20% =)