18 January 2012

Lets Guardian

Memandangkan hari ni terrrrajin sikit, *sikit je! meh nak kasik hapdate aktiviti semalam.

Wellllll
Semalam adalah hari bercuti riang ria :P
Yes semalam hari Selasa la beb.

Tah nape semalam terasa nak cuti, so cuti ajalah since tak ada benda urgent sangat kat opis.
Kalo ada benda penting of coz pikir 22 kalilah nak cuti tanpa sebab musabab yang urgent. heheh

Plan utama ke TM Point.
TM oh TM.

Carik makan dulu pukul 1 lebih tu.
So terjah nasik ayam Nazir kat Sunshine Square.
Udah kenyang, pusing-pusing dalam Sunshine kejap.
Tapi tak beli apa pun, dok kalut nak pegi TM pulak.
Tak aman nak belek barang bila ada orang dok bising-bising nanti TM tutuplah, tak sempatlah, apa-apa ajelah.
Laki ai lah u :P

So, ke TM terus kita.
Nak amik cordless phone yang dapat free sebab pasang streamyx last week tu.
Tapi malangnya, dorang tak ada stoklah pulok. Kena tunggu dorang sms baru boleh pegi collect.
Lah, takde sapa inform pun.
Dalam slip tulis boleh pegi amik je kat TM bila dah pasang.
Apedaaaa.

Then husband pegi settle keja dia serba sikit dulu.

Lepas tu balik antar Naim kat umah sebab dia tido.
Kitorang pegi date makan ais kacang ngan cendol pulak kat astaka Gelugor nun.

Then saya pegi buat mani+pedicure kat Nail World, E-Gate.
Seriesly tak berbaloi buat treatment kat situ.
Servis sangat hampeh, tak berbaloi dengan harga.
80 hengget, dalam sejam, dalam kekalutan.
Agaknya cina dekat nak raya, so customer dia, masyallah..
Dah terlampau ramai, so kualiti pun outttt.
Tak pegi dahlah kat situ nampaknya.

Selalu saya dok buat pedi+manicure ni kat Bloom, Queensbay.
Tapi semalam penuh, next week baru ada slot kosong.
Tu yang tersasar ke Nail World tu.

Bloom punya servis, bukan nak katalah. Sangat best, berbaloi-baloi.
Normal price baru 60. Kalo ada member card baru 48.00 hengget ja!
Moh sapa nak pegi. Highly recomended!
Tapi kalo nak pegi, jangan main terjah, kena book appointment dulu.
Maklumlah, kedai tu hot, selalu fully booked.
Tambahan pulak time-time perayaan cenggini.

Dah abih buat segala mak nenek kuku tu menyinggah Guardian dulu sementara tunggu husband datang amik.

Mesti staf dorang dah amik sesiap voucher tang depan tu kan? huhu

Beli coklat buat kudapan sementara tunggu laki kat bawah pokok pinang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa :P


Huwaaaa
Sebenarnya tak ada plan nak membeli kat situ pun.
Tapi dah masuk tu, hmmmm masaklah.
Melayang 160 beli menatang-menatang ini sajo :(

Gosok jangan tak gosok. hahaha

Dari dulu lagi dah start guna compact powder ni. Best okeh. Offer baru ni 29++ ja.
Normal is 36++. 
So offer ni murahlah kan.


Dah pegi buat kuku tu kenalah beli krim untuk mantain kan. haha


Suka pakai brand Laurier ni during period coz dia fully cotton.
Tak adalah rasa gatal-gatal sangat, selesa je.
Dan kekadang kat Guardian lagi murah pada Tesco etc.


And shower gel.
Best tau, kulit rasa lembap sentiasa dengan Neutrogena ni.

Hari-hari keja dok dalam aircond, tido pon on aircond jugak. Kulit rasa kering ja lately.
Act, sebelum ni dah biasa guna tapi lepas pada tu tukar-tukar brand lain pulak.
Sekarang pakai ni balik =)


Wah plaster pun beli kat Guardian. haha
Saja beli spare letak dalam beg.

Dan eye drop jugak.
Pakai lens ni kekadang bila dah lama sikit mulalah kering mata, so spare kat opis satu, kat dalam beg satu.

U, i pakai lenslah.
Rabun ayam. :P *sian ayam kan? asal rabun je, ayam!
Tapi pakai yang clear ja, dedulu rajinlah tukar-tukar kaler.
Sekarang kemalasan suda.


Free tisu!
heheh


Abis dah, kerajinan takat di sini saja.
Jumpa lagi di episod yang akan datang kalo umo panjang.

Tata.