23 October 2012

Weekend

Jumaat malam abah Naim buat seperaissss!!
Tetiba malam tu dalam pukul 11 dapat sms bagitau suruh amik kat terminal bas Sg Nibong pukul 6 pagi.
Tergezuttt aii. Tapi suka ja.
Sapa tak suka laki balik oooiiiii! haha
Padahal sebelum tu gitau tak boleh balik la, takut dorang check walaupun tak ada aktiviti pun sabtu ahad tu :P
Kononnyalah. Tetiba balik, i shukeeee je ;)

Sabtu ahad haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya.
Since susu Naim pun dah tinggal 2 kotak yang 600g tu, dah husband ada ni haruslah ajak dia pegi beli sesiap.
Memanglah dah tinggal duit tapi nak harap ibu pegi sorang macam reput ja.
Selalu apa-apa pegi ngan husband, so bila nak pegi sorang ni rasa pelik pulak.

So survey kat Tesco dulu kot-kot ada offer.
hmmm tapi tak ada pun.
Dah pusing area susu tu, promoter pun bagilah sample susu Anmum nih.
Satu untuk ibu satu untuk Naim.
Tapi nanti bagi kat kucing ja la, aii tak lalu la nak minum susu bancuh ni :P



Maka, kasik angkut sekali dua kotak besau.
Murah sikitlah harga daripada Tesco.

Untuk 1.8 kg + 200g Free = RM96.00.

Tapi yang last beli hari tu memang berbaloi lagi.
Sekotak 600g baru rm26 saja.
So kalo 1.8kg baru 78.00.
Masa tu beli 2 kotak besar tu jugak.
Kalo tau amik sesiap 4 kotak.



Dah beli banyak nyonya kedai pun bagi free sachet-sachet kecik nih.
Satu sachet lepaslah sekali bancuh.
Then dapat la free gift towel ngan apa tah lagi.


Dan beli sekali diapers Naim.
Murah jugak 45.00 utk bonus pax yang ada 60 lai tu.
Kat Tesco 41.++ tapi 50 lai sajo. Rugi....rugi

Tapi tambah lagi dua pack sajo sebab takut tak boleh pakai lama, dah ada tanda-tanda paha dah ketat ja saiz xl ni.
Hari tu dah beli xxl tapi longgar pulak.
Tu yang bagi Naim pakai xl dulu, tapi now dah nampak fit pulak.
Sebulan dua lagi kena tukar saizlah kot.


Aktiviti Ahad pun haruslah jalan-jalan.
Tapi tak ke mana sangat pun.
Pegi Queensbay sajalah.
Husband nak kena naik bas pegi Johor semula malam tu.
So tak bolehlah lambat-lambat.

Ke Jusco saja kita.
Carik prezent untuk baby girl, Damia. Anak Azreen opis sebelah ni =)
Act dia jemput pegi kenduri, buat besday hari Sabtu tu.
Tapi maklumlah urat banyak putus kot, boleh pulak terlupa.
Ralat pulak rasanya.
So untuk mengurangkan keralatan itu haruslah carik something walaupun tak pegi ;)

Ye lah time besday Naim haritu dorang besar hati datang umah.
So macam tak patut pulak hakuuuu.
Sori naaaa Azreen, serius terlupa betoi :P
Padahal boleh ja pegi Sabtu tu, kalo ingatlah.


Lepas tu singgah kedai jam kat Tesco Extra nun, carik prezent untuk Meyra pulak.
Nak kenuri bulan 11 nih.
Tak taulah boleh pegi ke tak.
Husband tak ada time tu, beratlah pulak nak pegi.
Semangat tak ada. haha

Ada lagi kenuri sedang beratur dalam jadual, maklumlah cuti sekolah kan.
Insyaallah yang mana berkesempatan akan sedaya-upaya ditunaikan.

Masuk dua hari dah husband tak ada depan mata.
Esok dah nak naik kapal.
Komunikasi lepas ni belum nampak lagi cemana dan cara mana.

Boleh call ke.
Boleh mentenet saja ke.
Ataupun tak ada chance berhubung langsung. huhu
Hopefully ada lah cara.

Okehlah adios.

Mode : Rindu abah Naim sangat-sangat ;)

19 October 2012

Baju Raya Aji Saye! ahaks!

Lunch time hari Jumaat kan panjang sikit.
So kaki pun panjang.
Kaki panjang tak apa kan, jangan tangan yang panjang :P

Aktiviti tengah hari adalah lawatan ke Kompleks Bukit Jambul.
Asal nak raya ja mesti tuju sana sebab baju-baju tradisional, jubah ready made banyak kat sana.

Sebenarnya orang lain yang nak carik jubah, tapi akhirnya dengan aiiii sekali dapat jubah jugak.
Dark pepel, murah-murah ja..

Kasik bayangan saja sudah. Seprise =)
Yang penting boleh pakai time ada perut dan jugak time perut dah tak ada nanti.
Ewahhh konfem ja perut tak ada lepas beranak kan.
Okehlah boleh jugak pakai time perut jadik kecik sikit daripada sekarang.
hahaha

Baju kurung dah tak muat tang perut rasanya, tu yang boleh terjebak beli dress tu.
Tak syok pulak raya-raya pakai blouse dengan seluar.
Macam tak raya pulak rasanya nanti.
Act Tak penah-penah aii pakai dress tau, baik time ngandung or masa tak ngandung pun :P
Ini 1st time try an error.

Esok lusa misi mencari sandal pulak.
Sandal yang ada dah buruk gila, hari-hari kena latu.
Tapi tak tau cara mana nak pegi nih, kalau berdua ja dengan Naim haruslah tak jadik keja nak kena hambat Naim.
Nantilah dipikir-pikirkan ;)

18 October 2012

Naim Ngan Ibu Dah Rindu Abahlah

Cian Naim.
Pagi-pagi celik ja mata dah tanya "Nak amik abah ka?"
Ibu boleh gelak je la, semalam baru ja antar abah, belum 24 jam pun lagi hari ni Naim dah suruh pegi amik abah balik.
huhu cian Naim, rindu abah, tapi tak reti nak luah agaknya.

Dah tu, bila turun bawah dia teringat nak tengok kartun kot kat laptop.
Tengok-tengok atas meja tinggal netbook ibu ja.
Dia tanya " laptop abah mana?"
Selalu kot mana pun dia nak tengok thru laptop abah sebab screen besar n sound kuat sikit.
Tambahan pulak laptop tu kan dah jadik hak milik mutlak Naim.
Dah tak ada urup dah pun kebanyakannya dikerjakan dia.

Tengah hari ni pulak, sajalah tadi tanya dia lagi mana pi laptop abah.
Dia kata "laptop abah dah naik kapai tebang!" heheh
Cutenya anak ibu ni, ingatan tu kuat betoi ;)

Cakap banyak tau anak teruna aii tu.
Lancar pulak tu, jaranglah nak pelat-pelat.
kalo bercakap tu, sebijik-sebijik perkataan dia keluar.

Baru ni jam dinding dalam bilik kitorang tu bateri dah abis, so saya kasik turunlah, nak ganti bateri.
Tapi dah berhari-hari tak berganti-ganti lagi ni.
Asyik lupa je. heheh
Then Naim tengok dinding kosong, jam dah tak ada.
Dan-dan timbul soalan, "Mana jang? *jam.
Ewahhh macam pandai pulak dia nak nengok jam pukul berapa :P

Tapi yang heran tu mana mai tah kekadang dia sebut perkataan tu versi Tenganu.
Sebut ayam  jadik ayang. haha
Nak kata dulu mengidam nak pegi Tenganu tak kesampaian, idok ler pulak :P

huhuhu
Rindu abah Naimlah.
Bila jauh-jauh ni rindu dia lain macam sikit.
Seriously rindu sangat ;)
Take care naaaa abah Naim!
We lebiu alwayysssss.. mmuahhhhhh!! heheh

17 October 2012

Cedihnyaaaaa

Sob sob...Sedihnya
Abah Naim dah berangkat pegi Johor petang tadi.
Ada offshore punya course sampai next week then terus naik kapal. huhu
Insyaallah jumpa lagi dalam 7 minggu.

Phewwww
Lamanya, sabar sajalah menunggu.

Dulu biasa jugak berdepan keadaan macam ni.
Terpisah, jumpa balik, terpisah lagi atas dasar dan alasan tuntutan kerja.
Tapi masa tu belum kawen, masih berkasih-kasihan sampai bertunang saja.
So keadaannya adalah berbeza sebab masa tu kita belum 24 jam bersama.

Memula ingatkan saya kuat, tapi tak sebenarnya.
Merambu-rambu air mata duyungku.
Naim jugak yang steady, siap gelak-gelak lagi.
Ye lah kan dia bukan paham pun :P

Lepas sesi bubbye-bubbye tu, haruslah ibu yang kena amik alih tempat abah drive balik umah.
Naim jadik co-pilot.
Co-pilot tak duduk diam punya.
Geram aiiiii tau

Memula iya-iya dia pakai seat belt.
Tak sempat lepas kawasan airport dah kalut suruh bukak pulak.
Dah tu kejap lompat, kejap berdiri, kejap duduk kat arm rest tengah-tengah tu.
Kejap lagi dia sibuk nak pegi belakang.
Tekan lampu, tekan itu tekan ini. hadoiiiii

Lepas tu dia lompat ke depan balik, boleh pulak nak tarik-tarik stereng sekali dengan ibu.
Dia ingat ibu dia dok main kot.
Siap nak landing atas paha ibu lagi.
Jenuh jugak la tarik perhatian dia kat benda-benda lain takmau kasik dia kacau stereng.
Melelong jugak sikit tadi sementara nak neutralkan itu budak. huishhhh

Lepas ni kena pegi keja sendiri, pegi checkup sendiri. huhu
Selama ni kalo checkup perut tak pernah husband tak ada.
Sedihnya :(

Kalo pegi keja tu, datang time tak larat bawak keta or malas nak parking jauh-jauh, konfem ada husband tolong hantar, tolong amik.
Sekarang kenalah pandai-pandai sendiri.
Habislah lemak-lemak berkrimku ini.
Udahlah semakin perut besar semakin mengah ja napas.
Naik tangga sikit pun mencungap.

Ada jugak yang bertanya, tak kisah ke husband keja jauh-jauh.
Pompuan mana yang tak kisah tu mesti ada something wrong, sama ada dia tak ada perasaan or something else.

Bagi perempuan normal macam saya, of cozlah kalo tak banyak, sikit tu ada jugak keraguan.
Lelaki tu tetap lelaki uuu, walau sebaik manapun dia.
Majoritinya macam gitu.
Pantang ada peluang.
Berbeza dengan perempuan.
Perempuan lebih setia, tambahan pulak kalo dah kawen.
Laki kalo dah kawen pun dia kira kuota dia ada kosong lagi 3.
Bab tu semua nak ikut sunnah kan.
Bab lain, hmmmmm sendiri mau taulah.
** fakta ni : hasil kajian prof. fadelina. hahaha

Pendapat saya, dah laki nak pegi keja je pun kan, nak cari nafkah untuk keluarga, takkan nak halang kalau dah rezeki dan minatnya dalam bidang cenggitu.
So, go on sajolah.
Insyaallah sebagai isteri saya selalu support apa yang beliau buat walaupun saya tak paham sangat pun.

Tapi dah ada green light tu harapnya suamiku tidak menyalahgunakan kepercayaan yang dibagi. Insyaallah.
Harapnya beliau sentiasa ingat dengan tanggungjawab, bukan setakat keperluan material semata.
Pendek kata, sentiasa sedar status diri.
Dah ada keluarga jangan anggap diri tu bujang puleksssss

Saya tak mintak intan permata, tapi kalo dah nak bagi tu aiii terima sajo. haha

Saya mengharapkan suami yang setia sampai bila-bila.
Sebab bila kita dapat pasangan yang setia,
Insyaallah masalah-masalah berangkai lain akan dapat dielakkan.
Am i rite?
:P

Hadoi tak larat mengadap netbook lelama sekarang.
Kerap sakit belakanglah kalo duduk lama-lama ni, kat opis tu lagilah.
Asyik lenguh ja manjang.

Saya suka menaip sambil meniarap, tapi keadaan tak mengizinkan.
Baby dalam perut dah masuk 26 weeks.
Almost 7 moths suda.
By da time abah balik nanti baby pun dah tunggu time nak keluar kot.
Kalo operate jugaklah.
Operate 38 weeks dah masuk doc kan.

Kalo normal pertengahan bulan Januari.
Hopefully husband ada time bersalin nanti.
And hope sangat baby keluar secara normal, tapi kuarlah awal sket naaa baby.
Time abah ada lagi cun ;) heheh

13 October 2012

Cop Mohor

Jeng jeng jeng.

Blog den sudah maju :P hakhak
Cer tengok kat pic bawah ni, ada cop mohor ladybug uuuu
Tapi taklah buat sendiri, order sajo.
Nak buat cemana, tak reti.
Ni nak guna cop mohor masa memula pun tergagap-gagap.
Tapi lama-lama nanti expert la kan.


Well, ini pic baju baby =)
Dah dikeluarkan pun dari tong simpanan. heheh
Haruslah recycle baju Naim masa baby dulu.
Save!

Tapi idok ler save sangat pun.
Ada nampak itu pinky-pinky color?
haha ibu Naim sedang gila beli baju pink sekarang memandangkan sudah tahu jantina baby..
Sebelum ni diharamkan beli baju pink untuk Naim.
Pink lite-lite pun tak diluluskan okeh.

Azam awal, kengkonon nak beli selai dua saja buat tambahan habuan nak bawak pegi hospital.
Tapi nak buat cemana, takdir penentu segala! kahkahkah
Rasanya setakat hari ni dah beli belas-belas lai jugak, baru baju sajo.
Amik pun yang besar-besar sikit.
Umur 3-6 bulan.
Boleh pakai lama sikit.
Nak amik yang 6 bulan ke atas macam tak gamak la pulak.
Tak gamak uuuu. 
Takkan nak tengok ja baju-baju tu sampai umur baby 6 bulan kan. haha

Booties n mitten ada jugak saya beli tambahan dalam 7-8 set kot.
Kalo campur dengan yang Naim punya dulu, hmmm pakai seminggu tak basuh pun tak abis kot.
Naim punya dulu mostly blue n white color.
Kali ni ibu dia beli pink n merah sokmo.
Putih pun ada gak sikit.
Waaaa gila pinklah.

Napkin dan barut tak beli dahlah.
Elok-elok lagi yang dok ada.
Lagipun napkin pakai untuk bedung ja. 
Cukuplah 12 lai yang Naim punya tu.

Blanket pun beli selai ja, pink kaler seharusnya!
Dan towel jugak, baru beli 2 lai.
Macam nak kena tambah lagilah.
Coz masa baby dulu kalo ikut macam Naim tetiap hari tukar towel, bila dah besar sikit ni tukar towel dua hari sekali.
So 2 lai adalah tidak mencukupi.
Nanti kita tambah lagi ye baby.
Beli yang plain cap anakku or pureen saja.
Murah sikit, 2 lai 19.90 kalo tak silap.
Lagipun baby tak sesuai beli yang ada sulam-sulamlah.
Coz sulam tu macam keras sikit.
Nanti tercalar pulak.

Act minggu ni sudah almost 26 weeks lebih kurang.
Maknanya dah 6 bulan 1/2.
Tak lama dahlah baby nak keluar.
Sekarang sakan dia tendang perut ibu.
Kadang-kadang tertendang pundi kencing jugak! haha boleh ke?
Entah ler, tapi ada time tu bila sekali dia kick rasa dan-dan nak terkencing. haha

Kadang-kadang, ehhh selalu jugak rasanya.... baby kena kick, kena stunt dengan abang Naim.
isshhhh tak tau nak kasik tau cemana kat abang Naim nih.
Lagi ibu kata sakit baby kena kick, lagi dia nak kick perut ibu ni. 
Ape daaaa :P

Tapi Insyaallah abang Naim akan jadik abang yang penyayang kot nanti.
Coz bila tengok reaksi dia bila tengok realbaby tu macam suka ja.
Tak adalah nak ketuk ke apa ke.
Apapun kita tunggu je la cemana nanti :P

Okeh, sehingga berjumpa lagi nanti.
Banyak rasanya nak hapdet pasal pregnancy kali ni.
Masa pregnant dulu belum ada blog lagi.
Ehhh masa tu dah create dah, tapi tak hapdet pun.
Sampai password pun lupa.

Okeh jumpa lagi! 
Good nite.
Tata titi tutu :P