29 December 2011

Vacay - Day 2

Pagi Rabu tu bertolak dari umah maksu saya lebih kurang pukul 10 lebih. Hajat hati nak menyinggah butik Fareeda kat Bangi nun. tak dapat Bangi, kat kl pun takpe.

Tapi hmmm hampeh!
Siap laki bagi pilihan lagi, nak pegi Fareeda ke nak pegi Cameron.

Akhirnya pasrah je lah. *pasrah adalah menyerah. haha

Memula plan nak jalan-jalan kejap ja atas tu then petang-petang sikit turun then balik Penang terus.
Tapi dah sampai sekerat jalan plan pun bertukar.
Rasa macam nak tido atas sana pulak.
Sampai atas baru nak walk in ja carik hotel. 

Since awal lagi, stop dulu kat air terjun tepi jalan ondaway dari Tapah ke Cameron tu.
Lata Iskandar kalo tak silap saya.
Air terjun dia beshhhh.
Sejuk gedik uuuu macam ais.


Bagi Naim celup-celup kaki ja.
Tu pun ada hati dia dok cakap 'nndi  nndi'
Nak mandi :P

Naim dengan air, hmmm kalo biar berendam tu berjam-jam pun dia tahan.
Suka je.


Oleh kerana walk in untuk booking hotel adalah lebih mahal, moh carik tempat yang ada wireless dulu.
Parking betul-betul depan Starbuck Tanah Rata tu semata-mata nak booking hotel.
Booking sambil dok dalam keta ja :P

Pilih punya pilih, kali ni decide duduk EQ pulak.
Sebelum ni dah biasa try Country Lodge & Century Pines.

Century Pines memang best, tapi takkan nak dok situ ja, try kat lain pulak.
Lagipun musim cuti ni Century Pines mahal, jadik 280.
Dulu baru 180 termasuk breakfast.

Booking kot tenet senang + murah sikit.
Kalo walk in kat EQ RM290.
Booking kot tenet baru RM232.
Oklah kan save gak 50++
Rate tu tak masuk breakfast lagi. Kitorang breakfast kat luar ja.
Save.


Atas nun ujan ja memanjang.
Nasib baik tak lebat. Ujan bubuk halus-halus cenggitu.
Kalo lebat tu, hmmm berkampung dalam bilik ja la jawabnya.
Sejuk. Aawwwwuuu :P


Bilik EQ - Superior ja.
Not bad. Saiz standard macam hotel-hotel lain jugak.
Condition ok., rasanya dorang baru renovate kot, cat pun masih baru lagi.

View kat tingkap ja kureng sikit coz sekarang kat bawah bukit tu ada keja construction yang masih dalam progress.
Tapi ok ja, bukan nak duduk tepi tingkap tu 24 jam kan :P

Bilik kitorang 815.

Jom terjah!!

:: Amik pic dulu sebelum bilik bertaburan :




:: Cool kan? Rajin. Time sekolah nanti tak rajin baca buku tak taulah ::

Malam, makan kat astaka Tanah Rata.
Sebelah car park depan Starbuck.

Kedai yang kitorang penah makan dulu tu tutuplah pulak.
Layan ja kedai ujung sekali.

Tapi servis? Masyaallah.
Tetiap 5 minit, 1 dish keluar.
Memula keluar teh.
5 minit lagi keluar air kosong pulak.
Lagi 5 minit dapat nasik 1 pinggan.
Pastu baru sampai tomyam 1 mangkuk.
Lama sikit telur sampai.
Then sayur.
Lagi lama ikan stim sampai.
Laaaaagi lama baru nasik lagi sepinggan keluar.
Mengong betoi.

Lagi lagi lama, barulah nasik ngan sup Naim sampai.
hmmmmmm


Satay situ boleh tahan.
Sedap jugak.
Tapi kena pegi time awal-awal sikit.
Kalo lambat selalu abis, especially daging.


Malam singgah pasar malam Brinchang.
Plan nak beli jem Al-Mashor.
Hari tu beli kat sini.
Murah jugak.
Sebotol 5 hengget.

Tapi stall dulu tu tak dapat dikesanlah pulokk. huhu


Abis pusing seround kat pasar malam tu terus balik bilik.
Kita sambung aktiviti indoor pulak. hahaha

Baliklah kitorang dengan tangan kosong.
Tak ada beli apa pun melainkan glove ijau Naim tu.

Ajaib.
Nak pulak dia pakai.
Sejuk kot.
Topi sampai ke sudah takmo pakai.
Nasib baik dia takmo kalo tak melayang 10 hengget.
Esoknya beli topi kat Kea Farm baru 6 hengget!