28 December 2011

Vacay - Day 1

Nak hapdet sikit pasal vacation yang tak dirancang last week.

Macam mana boleh terplan coti last minit eh?

Ceritanya, husband ada koje kat Putrajaya nun.
So, si bini ni nyibuk-nyibuklah nak mengekor sama.
Reason nak ikut?

Wah kena bagi reason kat laki okeh nak pegi sama.

Nak tengok baby maksu saya.
Nasib baik lepas. heheh

Plan dalam kepala otak sebenarnya nak pegi Fareeda kat Bangi nun!
Tapi tak kesampaian.
hukhukhuk

Bukan takat bini ja, dengan anak pon diangkut sekali.
Mana boleh tinggal even sebelum tu mak kata tak payah bawak Naimlah nak pegi sehari ja.

Tinggal kejap-kejap takpalah.
Tinggal sehari suntuk ni beratlah sikit. *plan asal nak pegi sehari ja!
Nehi...haha

So bertolak Isnin tetengah malam.
Pukul 12!
Advance sikit.
Plus sejuk.
Plus jalan lengang.
Plus sedikit seram :P

Naim haruslah tido sepanjang jalan.
Letak ja dia dalam car seat, konfem lena tak hengat.

Pukul 2.30 tu stop kat RnR Tapah.
Husband mengantuk.
Tido dalam keta ja.
Bangun-bangun dah pukul 4.
heheh

Tu lah, nak jalan malam kan :P

Lepas tu perjalanan pun diteruskanlah.

Sampai Hulu Kelang, umah maksu saya pukul 6 pagi.
Elok-elok orang azan Subuh.

Pukul 10 lebih tu husband dok siap-siap nak pegi settle keja dia.

Naim pulak dok tengah naik keta mainan dia time tu.

Jalan punya jalan keta tu.
Undur punya undur tetiba tersangkut kat kain yang bentang kat lantai nun.
Apa lagi, terlentanglah jatuh.

Nangeh toksah kata lah.
Konfem!

Siap muntah-muntah pulak lepas tu

So lelaju bawak pegi klinik kesihatan ibu anak dekat depan lorong umah tu ja.
Sampai ja, nurse je yang ada.
Tak ada dokter situ.
Dorang suruh bawak pegi HKL.

Gila penin mana pulak nak carik jalan ke HKL nih.
Datang pun setahun sekali.
Buta jalan pulak tuh.

Nasib baik ada GPS.
But, bila emergency cenggitu nak touch button pon gigil.

Search spital mana yang ada dekat-dekat situ.
Tetengok ada Pusrawi.
6 km jugaklah dari situ kalo tak silap.

Yang si Naim dah terpejam-pejam mata dah.
Takut gak, apekehal budak nih?
Rupanya kena cahaya matahari!
Tu yang tertutup-tutup mata sakan.
Phewwww

Tetiba nampak KPJ kat tepi.
Apa lagi, terjah situ ajelah.
Terus masuk emergency.

Dah register tu, kena tunggu jap kat bilik sebelah.
Tunggu nurse check dulu.

Dalam dok tunggu tu Naim siap kaco-kaco barang yang ada kat situ.
Good.
Means dia oklah kot.
Dah boleh senyum-senyum.

Nurse masuk amik berat badan & temperature.
Normal ja.
Lega sikit.

So tunggu jumpa dokter.

Time ni rasa dia ok dah.
Tak duduk diam.
Takmo kita pegang.
Nak suruh lepas, dia nak jalan.
Dengan kasut tak pakai.

Bila dokter check, dia kata nampak ok.
Tak ada apa-apa effect kot. Insyaallah.
Cuma monitor ja kalo muntak dalam tempoh 24 jam.

Kena masuk ubat punggung ja sebab takut dia demam sebab terkejut.
Dan amik ubat demam, buat spare.

Total cost RM61 ja.
Terpegun jugak.
Taklah mahal sangat.
Ingatkan 100++

So 3 beranak tu pun pulang dengan senyuman.
Siap singgah McD lagi tapau lunch.

Balik tu Naim sambung main.
Jalan pi mai pi mai.
Tak duduk diam jugak dia :P
Watevalah janji dia ok.

Lepas lunch husband pegi settlekan keja dia.
Ibu dia melepak ngan maksunya sambil jaga baby 3 bulan dengan baby 1 tahun 5 bulan!

Jadi surirumah tanggalah seharian tu.
Sambil gosip-gosip.
Ahaks!

pssssttt nantilah hapdet hari-hari seterusnya =)

Tata titi tutu!