04 March 2012

Fb oh fb

As salam semua, salam Sunday to all =)

Act, nak komen sikit pasal tag mentag dalam FB nih ha.

Fb personal saya mmg dah lama block @ kena mintak permission untuk saya approvekan taging semua.
Rimas coz my personal fb bukan untuk promosi jualan.
Selalunya saya approve jugak, tapi take time sikitlah nak tunggu approvalnye :P

Friendlist pun terdiri daripada orang yang memang saya kenal atau pun saya rasa nak kenal.
Tapi yang rasa nak kenal tu jarang sikitlah nak ada, maleh :P
Sometimes rasa macam ada spy pulak yang nak tau perkembangan idup saya.

Ada, bukan tak ada.
Biasalah kan kadang-kadang orang interested nak tau apa perkembangan terkini kita, tapi nak add pakai fb sebenar, malu.
Ataupun takut saya tak sudi.
Yessss i am!! So tak payahlah nak menyusah-nyusahkan diri add saya tambahan pulak pakai id fb yang baru-baru sehari jagung didaftar.
Tapi bagi yang nak tau sangat-sangat tu, silalah percaya tak ada apa yang best pun uols nak amik tau.
Life kite macam biasa je.
Bangun, makan, keja, beli tudung, haha tido, ulang balik.
Tak ada perkembangan apa-apa pun kecuali badan je mengembang. kahkahkah

Ada bekas-bekas boipren yang rasa nak tau my current life ke?
Wahh bekas-bekas tu, nampak cam ramai je eh.
FYI, mana-mana bekas bf yang ada dalam my fb friendlist tu maknanya dorang tu termasuk dalam list saya boleh jadikkan kawan, means, no more heart feelings.
So, to their spouse dun weri okeh =)

Yang still ada dalam frenlist tu maknanya bila clash tu tak ada kesan serius to me. Thats it.
Thats y masih boleh jadik kawan, sekali-sekala bertanya khabar sebab dah tak ada rasa suka atau menyampah ya amat. haha
Bukanlah kata nak ada heart feeling ke apa, tapi bila dah clash, *ewah ayat! bukan semua boleh dijadikan kawan. Kan kan?
Dari kawan nak jadi couple memang senang, tapi dari couple nak bertukar jadik kawan, kebarangkalian adalah sangat kurang.

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada.
Cukup makan pakai, sebab ada orang yang tak bernasib baik seperti saya.
Ada family yang kedua-duanya belahnya tak banyak songeh, sebab tak semua dapat family dan FIL yang best dan tak banyak karenah macam saya.
Ada husband yang baik, tak pernah kena jentik, sebab tak semuanya bertuah macam saya. *kena bebel ada ler. haha
Ada Naim, si buah hati pengarang jantung, sebab tak semua berpeluang bergelar ibu seperti saya.

So, apa lagi kan.
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, sebab sesetengah orang tak pernah merasa nikmat yang mungkin pada pandangan mata kasar nampak kecik tapi besar maknanya.

Ke ada bekas-bekas gf husband nak tau perkembangan semasa kitorang?
Ada ke? hahaha
Kitorang semua sihat walafiat, alhamdulillah. heheh
dun think i dun know okeh ;)

Wah melalut!
Nak cerita pasal tag mentag ni sebenarnya pointnya.
Bila dah create fb untuk tudung Fareeda tu standardlahkan kalo jadi tempat untuk orang tang mentag nih.
Kalo kawan-kawan, i dun mind sangat nak tag banyak mana pun
Silakan..
Nama pun kengkawan kan.

Kalo orang lain, pun saya tak marah.
Cuma kalo nak tag tu berpada-padalah sikit.
Kalo 1 album ada 30 pic, takkanlah 30 pic tu nak tag kat wall orang yang sama kot?
Tag satu dua suda.
Orang yang ditag tengok pun sejuk sikit ati.
Ini tak, masuk ja semua notification diaaaaa ja.
Naik nyampah pun ada.
So sapa yang rajin tag barang jualan tu, pikir-pikirkanlah sensitiviti orang yang ditag tu.
Bukan berkira, tapi apa-apa pun biarlah berpada okeh!
Tata

02 March 2012

Lagi-lagi Maleh :P

Tulun-tulun!
Awatlah penyakit M ni payah nau nak ilang.
Rasa macam banyak ja cerita nak hapdet tapi malehnya, masyaallah.

MOod sekarang adalah mood tak menyempat!
Nak pegi Fareeda Bangi! Amik my 1st stock.
9 hb Mac nanti.
Mak aiii lambatnya masa berjalan. haha

So sesapa yang interested nak request kaler tudung, silakan.
Boleh komen kat bawah ni, boleh email : leena_nur@yahoo.com.my
Boleh jugak pm kat fb.
Jangan lupa add fb : FAREEDA FADELINA

Lama tak cerita perihal Naim panjang-panjang.
Nanti-nantilah tunggu ubat R datang balik.

Rindunya zaman Naim kecik cinonet macam ni

Ini kenit kaaaaan.
BAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak peel macam selalu.
Aktif uuuu. Memanjat ja keja dia sekarang.
Pantang nampak benda-benda yang berpotensi, mesti nak panjat!

Kerusi of coslah medium pertama yang dia carik untuk panjat.
Sofa pun adik beradik kerusilah jugak, asyik dipanjat-panjat.
Yang tak menahan, air kotak Milo pun dia nak panjat uuu
Kemek-kemek air kotak maktok untuk jual kat kedai tu.

Tokwan minum enzim CNI, dia pun nak jugak.
Enzim tu kena bancuh dlm bekas bertutup, campur air putih sikit. Lepas tu kena goncang.

Dia pun nak jugak.
Bukan takat nak jugak, tapi nak jugak-jugak.
Tak boleh tak bagi.
Menangeh tak hengat nanti.

Bila tanya nak apa?
Nak bat! *ubat
Memang tak tahan tengok dia, nak bekas sama macam tokwan guna jugak.
Suruh letak air sikit.
Lepas tu dia suruh tutup.
Then dia goncang-goncang baru minum. hahaha
Macam iya-iya ja konon-konon dia minum ubat padahal air kosong je pun :P

Tadi petang bawak Naim pegi klinik, check benjol kecik kat dahi dia.
Tetiba ja benjol tu muncul padahal yang latest dia jatuh katil dah 3 weeks.
Masa terjun tu terus atas lantai simen, meraung sakanlah anak teruna tu.

Dokter kata maybe muscle yang bengkak cos bengkak tu boleh digerak-gerakkan.
Kalo tulang tak boleh gerak ler kan.
Tunggu dalam seminggu ni tengok cemana.
Kalo tak surut jugak kena refer balik.

Tapi insyaallah, rasanya tak ada apa-apalah kot.
Dia tak ada respond sakit pun kalo tekan kat benjol tu.

Meh nak kasik penutup dengan pic budak bulu idung panjang nih ;)


Daaaaa!

25 February 2012

Cucu Sapa?

Dialog Naim di petang Sabtu.


Tok : Naim cucu sapa?

Naim : Ah!! *Pak Dollah ler tu. 

Tok : Cucu sapa lagi?

Naim : Pak Mi! hahaha (Wan kan ada 2, Pak Azemi pulok)


Cepat betul dia tangkap apa orang ajar. Padahal maktok baru ajar pagi tadi je pun.


Baru ni dia asyik dok sebut b.a.b.i aja.


Rasanya tak ada yang mengajar menatang tu kat umah.

Rupa-rupanya nak sebut BABY, tapi tak boleh nak sebut.

Maka jadiklah b.a.b.i. hahaha

So lepas ni kenalah lagi berhati-hati dengan setiap perkataan yang keluar. Adios!

Pos Malaysia & S26

Just share.
Operation hour Pos Malaysia kat Tesco Gelugor, Penang =)


Kesimpulannya, hari-hari dorang bukak time public holiday saja coti.
Memudahkan urusan penghantaran parcel nanti. I loike!! heheh

Hari ni susu S26 Progress Gold murah kat Tesco Extra!
1.6kg tin = RM62.90 sajo.
Cepat-cepat jangan ketinggalan tapi tak sure pulak hari ni saja atau esok sekali.
Kalo hari ni pun, sempat lagi ni.
Tesco tutup pukul 1 pagi.
Go go go!! heheh

24 February 2012

Saya Suka! Saya Suka!

Tengok tajuk teringat kat Mei Mei dalam Upin Ipin.
Trademark dia kan, Saya suka! Saya suka!
Maklumlah sekarang rajin layan Upin Ipin dengan Naim.
Naim suka tengok Upin.
Kalo tengok tu ternganga-nganga mulut punya kusyuk.

Saya sukaaaaaaa sebab dah tak kena block untuk add friend.
So, mari menambah friendlist di FB- FAREEDA FADELINA dengan cara yang betul dan berhemah. heheh
Sudah jumpa skill baru cemana nak elak kena block untuk add friend.
1st, jangan add laju-laju.
Take time. Dalam sejam 10-15 orang cukup.
Nanti-nanti tambah lagi.
Jangan tamak macam sayeeee.
Skali add semaksimum mungkin, haaaa amik ko. haha

BTW, sudah dapat date baru untuk amik stok kat Bangi!

9 MAC 2012! Save da date okeh.
Jangan lupa!!

Insyaallah I'll try to get stok yang cun-cun dan chumel for all.
Wahaha tak sabaunye.
Seriously, sangat excited =)