04 March 2012

Fb oh fb

As salam semua, salam Sunday to all =)

Act, nak komen sikit pasal tag mentag dalam FB nih ha.

Fb personal saya mmg dah lama block @ kena mintak permission untuk saya approvekan taging semua.
Rimas coz my personal fb bukan untuk promosi jualan.
Selalunya saya approve jugak, tapi take time sikitlah nak tunggu approvalnye :P

Friendlist pun terdiri daripada orang yang memang saya kenal atau pun saya rasa nak kenal.
Tapi yang rasa nak kenal tu jarang sikitlah nak ada, maleh :P
Sometimes rasa macam ada spy pulak yang nak tau perkembangan idup saya.

Ada, bukan tak ada.
Biasalah kan kadang-kadang orang interested nak tau apa perkembangan terkini kita, tapi nak add pakai fb sebenar, malu.
Ataupun takut saya tak sudi.
Yessss i am!! So tak payahlah nak menyusah-nyusahkan diri add saya tambahan pulak pakai id fb yang baru-baru sehari jagung didaftar.
Tapi bagi yang nak tau sangat-sangat tu, silalah percaya tak ada apa yang best pun uols nak amik tau.
Life kite macam biasa je.
Bangun, makan, keja, beli tudung, haha tido, ulang balik.
Tak ada perkembangan apa-apa pun kecuali badan je mengembang. kahkahkah

Ada bekas-bekas boipren yang rasa nak tau my current life ke?
Wahh bekas-bekas tu, nampak cam ramai je eh.
FYI, mana-mana bekas bf yang ada dalam my fb friendlist tu maknanya dorang tu termasuk dalam list saya boleh jadikkan kawan, means, no more heart feelings.
So, to their spouse dun weri okeh =)

Yang still ada dalam frenlist tu maknanya bila clash tu tak ada kesan serius to me. Thats it.
Thats y masih boleh jadik kawan, sekali-sekala bertanya khabar sebab dah tak ada rasa suka atau menyampah ya amat. haha
Bukanlah kata nak ada heart feeling ke apa, tapi bila dah clash, *ewah ayat! bukan semua boleh dijadikan kawan. Kan kan?
Dari kawan nak jadi couple memang senang, tapi dari couple nak bertukar jadik kawan, kebarangkalian adalah sangat kurang.

Saya bersyukur dengan apa yang saya ada.
Cukup makan pakai, sebab ada orang yang tak bernasib baik seperti saya.
Ada family yang kedua-duanya belahnya tak banyak songeh, sebab tak semua dapat family dan FIL yang best dan tak banyak karenah macam saya.
Ada husband yang baik, tak pernah kena jentik, sebab tak semuanya bertuah macam saya. *kena bebel ada ler. haha
Ada Naim, si buah hati pengarang jantung, sebab tak semua berpeluang bergelar ibu seperti saya.

So, apa lagi kan.
Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada, sebab sesetengah orang tak pernah merasa nikmat yang mungkin pada pandangan mata kasar nampak kecik tapi besar maknanya.

Ke ada bekas-bekas gf husband nak tau perkembangan semasa kitorang?
Ada ke? hahaha
Kitorang semua sihat walafiat, alhamdulillah. heheh
dun think i dun know okeh ;)

Wah melalut!
Nak cerita pasal tag mentag ni sebenarnya pointnya.
Bila dah create fb untuk tudung Fareeda tu standardlahkan kalo jadi tempat untuk orang tang mentag nih.
Kalo kawan-kawan, i dun mind sangat nak tag banyak mana pun
Silakan..
Nama pun kengkawan kan.

Kalo orang lain, pun saya tak marah.
Cuma kalo nak tag tu berpada-padalah sikit.
Kalo 1 album ada 30 pic, takkanlah 30 pic tu nak tag kat wall orang yang sama kot?
Tag satu dua suda.
Orang yang ditag tengok pun sejuk sikit ati.
Ini tak, masuk ja semua notification diaaaaa ja.
Naik nyampah pun ada.
So sapa yang rajin tag barang jualan tu, pikir-pikirkanlah sensitiviti orang yang ditag tu.
Bukan berkira, tapi apa-apa pun biarlah berpada okeh!
Tata