07 February 2012

I Nyampah uuuu

Uishhhhhh seriesly dah naik menyampah tengok macam-macam status kat fb pasal jantan-jantan durjana kat luar sana.

Ada yang yang merungut bf tak setia, tak bertanggungjawab dll.
Walaupun ayatnya tak in direct, sendiri mau pahamlah kan.
Dedulu pun dah belajar ayat tersurat dan tersirat time skolah.

Hello guys! apa yang lelaki-lelaki pikir sebenarnya?

Macam ni lah, saya tak berapa nak kisah kalo lelaki-lelaki yang perangainya masih durjana ini masih bujang, tiada komitmen dan tanggungjawab dalam rumahtangga.

Lantaklah kan, time ni je lah dorang patut test market pun.
Nak carik calon-calon yang nak dibuat isteri.
Tapi nak test market pun janganlah sampai melukakan hati orang lain.
Da very not good uuu.
Harus ada tatacaranya.

Khas untuk yang dah ada anak bini tu, pleaselah agak-agaklah nak tunjuk diri tu hidung belang sekalipun.
Apa, bangga sangat ke kalo rasa ada pompuan, actually yang suka laki orang ni mostly bukan pompuan, tapi betina. *sorry to say, but that is da better word to called. terpikat kat korang?
Jangan perasan ok.
99.9% just looking to your money! 
Walaupun kebanyakan laki hidung belang-belang ni bukan kaya pun
Ataupun ada ke yang desperate sangat nak kawen?
sampai dah tak ada calon lain?

Bila dah berkenan kat pompuan lain, apa alasan?
Bini tak jaga, bini tak itu, tak ini. 
Ini alasan turun temurun 24 keturunan tau?
Dah tu siap mengata bini kat betina yang dia tersangkut.
Ha eloklah tu.
Ape korang tu perfect sangat ke?

Nak bini cantik, slim, ayu, tapi ada nak menyumbang duit ringgit ke arah tu?
Haremmmm! lu pikirlah sendiri.
Balik-balik kot mana pun bini dialah yang serba tak kena.
Dia tu betul je memanjang, bila masa pun.

If  I am in that situation, *if okeh! laki main-main kayu tiga empat ni.
Hello, sorry eh sekali dua bolehlah nak berforgive-forgiven, lelama just FORGET okeh.
Tak kuasa nak maap-maap 44 kali.
Apa ingat pompuan ni patung ke?
Buat je apa yang laki nak buat.

Mula-mula sekali dua saya percaya, most of da woman akan bagi peluang.
Reason? Still sayang laki.
Reason? Sayang kat rumahtangga.
Reason lagi? Kesian kat anak-anak.
Dah masuk doploh kali dok buat perangai sama ja, bini pun naik meluat.
Lama-lama hati pun dah beku.
Hati pompuan sekarang dah tak macam kerak nasik.
Sekali keras terus macam batu.
Kalau nak try pecahkan pun dia akan jatuh berderai-derai.
That time tak payahlah nak pujuk rayu.
Dah tak ada makna lagi.

Biarlah kau dah caramu, aku dengan cara hidupku. *ini lirik lagu.
Full stop!

*teremosi pulok :P

Kenuri Sik

Mak aiii
Datang mood M ni, ya ampunnnn gila malas rasanya mau hapdet blog.
Padahal tenet 24 jam ada depan mata.

Ini aktiviti Ahad 5 Feb kelmarin.
Hantar pengantin kat Sik, Kedah nun.
Kampung Hujung Bandar =) Bagus ingatanku kali ini.
Sampai ingat nama kampung uuuu

Gambar kali ini adalah ala kadar sajo.
Tengah syok-syok amik gambar tetiba......plup!
Bateri abih daaa.
Apa punya turrrr

Kekononnya nak bertolak pukul 8 pagi.
Konon je.
Last-last pukul 9 lebih nak dekat pukul 10 baru jalan.

 
Ni budak banyak akai. Semua serba tak kena dok dalam keta tu

Ni akad nikah n kenuri my cousin.
Dorang buat hari yang sama, nikah dengan kenuri.
Nikah pukul 12, siap-siap terus kenuri.
Senang, sekali jalan.


Naim n Tokwan a.k.a Nyey :P

Lepas akad nikah tu pengantin pegi bersiap kat kedai untuk kenuri pulak.
Rombongan cik kiah 5 kereta melepak kat masjid sajo.

Sambil melepak sambil menganyam ketupat. Sesikit je. hahaha
Maklumlah bila dah berkumpul tu memanglah riuh. Tambah pulak semua sekepala.


Haha pic ni Naim dok tahan panas.
Putera lilin anakku itu.
Tak boleh panas, iya-iya dia tutup mata.


And this is da pengantin.
Kecik molek ja.
Dun ask me about this kenuri bebanyak, I dun know :P
Nama pengantin pun tak tau. buleh?
Hantaran, mas kawen apa semua pun tatau jugak.
Ini tandanya, i'm not kepoh-kepoh person. Butui? hahaha

Kecik comei je pengantin pompuannya



Lepas amik pic nikah ni kamera pun mampus.
Hadoiiii tensiiiion haku.
Dahlah lepas kenuri tu plan nak singgah ladang anggur Tasik Beris tu.
Dah alang-alang sampai sini kan.
Kalo sesaja nak pegi konfem tak sampai punya.

Sempat amik pic Naim sekeping dua je dalam kamera cousin.
Pakai kamera orang tak sama ngan kamera sendiri ;)
Itu je lah.
Frust aiii tau walaupun ladang anggur tu taklah best sangat pun.
Biasa-biasa aje.
Oklah, kemalasan suda.

04 February 2012

Skin Care

Just received Placenta Oil Vitamin E Softgel  from http://www.4greenleaf.com/

Vitamin C nilah yang heboh sangat kat FB tu. Sampai ada yang bergaduh gara-gara menatang ni. heheh


Harga? RM118 (100 capsule) + RM5 (Poslaju) = RM 123 sahaja!
Kat fb jual sampai sebijik 2 hengget okeh. 2.50 sebijik pun ada.
Boleh kaya ooooo :P

Nak share dengan kawan-kawan, my latest skin care.

Tadaaaaa!!!


Dah 2 minggu saya pakai Tab ni.
Sabun dengan HD essence.
Ada pil untuk makan jugak tapi saya tak amiklah. Try yang luaran sudah.

Act saya tak ada masalah kulit sangat, cuma open pores ngan black head yang ketara.
Kalo tengok dari dekat tu memang nampak clear pori terbukak kat area tepi-tepi hidung ni..

Sebelum ni pakai cik klinik ni.
Oklah not bad, cuma biasa-biasa je lah kesan dia.
Untuk mantain should be oklah.
Set klinik ni tahan setahun lebihlah saya rasa. Ini pun dah genap setahun beli.
Toner adalah gila malas nak pakai :P
Sebab tu banyak lagi. Dah tu tamak, masa beli nak amik yang besar-besar aje.


Sekarang dah ada berbezaan sikit, pores kat pipi dengan hidung memang rasa mengecik sikit.
Tak tipu tau .
Lagi pun takde maknanya nak menipu, bukannya saya jual produk ni pun :P
Beli kat orang gak. heheh

So, sekarang cuma guna Tab Soap, HD Essence & Vitamin C itu saja.

Shukeeeee =)

Sape nak try Tab tu boleh seach fb : Shasila Tokiran.

~ sharing is caring ~
tata

update sket : vitamin c tu untuk sapu kat muka je tau. jangan pegi telan pulak, naya nanti :P

03 February 2012

Ting Ting

Start dari ujung tahun lepas baby seawal umur 6 bulan dah boleh bukak buku ASB.
Tapi makpak lah yang kena pegi bukakkan.
Kalo budak umo 6 bulan tu nak pegi buat sendiri tak ke terkojuit orang ASNB tu nanti.

So pagi tadi, si ibu Naim ni pun semangatlah ke CIMB nak pegi buat buku ASB anaknya itu.
Tapi hampeh okeh.
Rupa-rupanya dekat bank, pejabat pos dan seangkatan dengannya still tak dibolehkan lagi.
Tapi dengar cerita kat Maybank dah boleh bukak, saya tak berapa pasti yang ini.
Yang pasti kat CIMB tak boleh lagi setakat hari ni.
Untuk bukak buku baru bagi budak umo 12 tahun ke bawah kenalah pegi ke pejabat ASNB terdekat.

So tengah hari lunch hour tadi saya pegi pejabat ASNB kat area Queensbay nun untuk buat buku naim.

Nah sape nak address Penang punya opis (pejabat dia menghadap ke highway, area KWSP tu) :-

Amanah Saham Nasional Berhad
A-12A-1
Lorong Bayan Indah 4
11900 Bayan Lepas 
Pulau Pinang

Telefon: 04-6406522 & 04-6406523 
Faks: 04-6406520


Tadi sebenarnya sebelum pegi tu saya dah siap isi borang permohonan akaun baru dari umah lagi.
Baru je amik borang tu kat pejabat pos Tesco Gelugor minggu lepas.

Rupa-rupanya dorang bagi borang lama, so dah kena isi borang lain pulak tadi.
Kan udah membuang masa. huishhh
Nganga pulak tunggu turn semula. Nasib baik tak kena amik nombor lain.
Hampeh betoi.

Borang baru.

Naim dah ada ASB, anda bila lagi? heheh

Tripple Sharing

Yeayyy!!

Katil Naim dah sampai petang semalam.
So malam tadi tidak lagi bersardin-sardinan 3 orang dia atas katil ibu :P ahaks!

Masa order tu tak teringat pulak nak amik tilam sama level.
Amik jenis reborn *betul ke ejaan eh? saje, rendahlah sikit katil Naim tu walaupun divan dia sama ja tinggi dengan katil ibu.

Katil single pon mahallah sekarang.
Nego punya nego, dapatlah 370 + tilam 210.

Phewww 580 untuk set Naim sajo.


Cewi budak ni dapat katil baru.
Kejap lompat, kejap baring. heheh


Bolehlah naim guling sakan lepas ni.
Kalo tak kena bahagi-bahagi space sorang sikit.
Last-last abah tido bawah. hahaha.

Dan.
Palang gantung tudung sedia ada telah diupgrade kepada 2 layer =)
Beli tambah palang bawahnya saja.
RM25. Barulah tudung-tudungku dapat bernapas sikit.

Dah tambah layer bawah, layer sekaki kiri sekaki kanan tu pun ditutup.
Tinggal 4 kaki je lah lebar. Jimat space.

Sebelum

Hahaha.
Ini namanya proses pemeliharaan tudung sedang berlaku.
Selimut dengan kain batik yang dah tak pakai sajo untuk mengelakkan habuk.

Selepas

Latest stok setelah ditambah, tolak, bahagi adalah 35 saje :( huhu