30 October 2013

8++ Weeks

Alhamdulillah kandungan pun sudah masuk 8++ weeks.
Lebih kurang 2 bulan gitulah lebih kurang kiraannya.
Sabtu  2 minggu lepas ada keluar darah ketoi sikit.
Ada kot besar kuku ibu jari tangan.
Then Isnin tu pegi scan 4D kat Klinik Tan Bukit Jambul tu dia kata baby ok ja.
Siap dah nampak jantung dah ;)
Dah nampak bentuk jugak.
Last time scan nampak bulat ja.
Sekarang dah panjang.
17mm kalo tak silap.
Alhamdulillah.

Pregnancy dengan anak yang masih kecik macam Medina memang agak memenatkanlah jugak sebenarnya.
Ya lah Medina baru genap 9 bulan, belum boleh jalan.
Sikit-sikit nak berdukung.
Dan tengah aktif menjulur gitu.
Lasaklah sikit.
Then ibu dia ni nak melayan dia, abang Naim.
Dan melayan tekak yang asyik loya serba tak kena.
Serius penat sangat bila dah malam-malam tu.
Dapat tido tu memang heaven gilalah.
Lunch hour pun mesti nak terlelap jugak.
huhu

Banyak benda nak hapdate tapi tak berkesempatan.
Kalau kat umah nak taip pakai henpon memanglah malas.
Maklumkah touch screen, asyik-asyik typing error.
Panasss ja time nak taip cepat-cepat tu.

Nanti rajin ai hapdet lagi eh.
Tataaaaaaaa :P

19 October 2013

Bihun Tengggg

Ok.
Saja nak letak resepi bihun sup versi mak shaye dlm ni.
Supaya tak lupa :p
Sedap okeh.
More too sup yg orang panggil tengggg tu.


Malas naik taip bahan dah.
Letak resepi ja terus.

1. Tumis bawang merah + sikit bawang putih yg dikisar.

Ewah dikisar uuuu :p
Kasik kuning2 sikit.

2. Tambahkan halia yg diketuk.Agak2 je dah la bahan tu nooo ikut kuantiti sup yang kita nak buat.

3. Masukkan ayam. Boh yang tulang2 or kaki dia dulu. Sebab part ni lebih juicy dan manis.

4. Tambahkan air ikut byk mana yang dijadikan sup.

5. Letakkan gula batu + setengah bijik sengkuang saiz biasa + kiub ayam + garam.

Biarkan lama sikit bagi bahan-bahan tu sebati.

6. Masukkan ayam yang bhgn isi pulak. Bagi empuk.

7. Masuk serbuk lada putih sikit. Agak-agak sesedap rasa.

8. Last sekali goreng asing bawang putih yg dicincang halus then tuang dlm sup yg tengah dididihkan tu.

Fuhhhh siap!
Terangkat tambah pulak kalo makan dgn cabai kicap.
Sluuurrrrp.
Hadoi meleleh air liur!

Bihun pandai-pandai la celur sendiri ;p
Tambah ler rencah mcm daun sup, fish ball, fish cake, taugeh.
Dan jgn lupa racik ler isi ayam dalam sup tadi tu.
Ok daaaa!

08 October 2013

Ini Bukan Cobaan. Ini Betul-Betul Kejadian

Againnnnn!!


Haha yang ni memang seperais gilos.
Tak disangka-sangka.
Tak menyangka.
Tak terpikior yob.
hahaha

Sebab memang tak bajet langsung nih.
Lagipun nak bajet apanya Medina baru 8 bulan.
Plus czer pulak.
Tapi dah rezeki.
Terimalah saja seadanya.
Bukan semua orang dapat peluang gini kan.

Act dah 4 hari lewat baru terperasan period tak datang lagi untuk bulan 9.
Isnin 30/9 tu tak menyempat dah pegi beli pregnancy test weh.
Beli kat Watson Tesco nun.
Terus pi toilet test.
Kabur-kabur.
Beli yang jenis keluar line merah 2 tu ja.
Dah kabur tu hati tak sedap lagi.

Makanya gagah pi Guardian pulak beli jenis Clear Blue Digital.
Balik opis dan-dan test.
Haaaa amik kau.
Terkaku aii.
hahaha

Btw, i'm ok ja.
Best pregnant ni.
Boleh makan apa saja tanpa rasa bersalah :P

Lepas tu macam biasa, tetiap kali pregnant azamnya nak kuruskan badan lepas bersalin. haha
Harapnya azam ke 3 ni menjadilah gamaknya.

Insyaallah due end of May 2014 gitu.
Harap-harap pregnancy kali ni tak banyak songeh macam sebelum nih.
Sebelum ni gelong pagi-pagi.
Tambah-tambah time Naim dulu.
Tapi ni loya-loya dah start rasa dah nih.
huhu

03 October 2013

Daftar Tadika Naim (",)

Setelah dipikir-pikir, ditimbang-timbang makanya kami laki bini sepakatlah nak hantar Naim masuk tadika bermula tahun depan.
Pertamanya sebab dah tak ada bibik nak jaga kat rumah.
Maktok kalut dengan kedai, dengan Medina lagi.

Lagipun kalau ikut tahun, tahun depan umur Naim dah masuk 4.
Kena hantar bagi bergaul.
Berkawan.
So far memang nampak dia desprate sangat nak ada kawan. haha
Pantang betoi kalo ada budak-budak datang rumah, semua dia nak ajak main.
Abih dia suruh budak-budak tu kejar dia.

Start kelas sepatutnya bulan 1/2014.
Tapi sebab nak dia biasakan diri makanya kena start bulan 12 ni.
Tak sabar pulak nak tengok Naim pegi sekolah.
Harap-harap dia seronoklah nanti.

Ok kenapa Nur Cemerlang?
Sebab tengok banyak feedback yang positif dengan tadika ni.
Saya cari yang menggunakan pertuturan Bahasa Inggeris.
Dan penekanan dalam agama juga.
So sekali arung belajar dua-dua.

Nak share maklumat utk sesapa yg berminat nak hantarkan anak masuk Nur Cemerlang.

Ok ini untuk panduan :-


A. Registration, ada 3 type.

1) Full Daycare-sampai 6 ptg atau
2) Half Daycare-sampai 3 ptg (rm 650)
3) Akademik shj-sampai 12tgh (rm 600)

* akan dibekalkan 2 pasang baju sekolah dan sehelai baju sukan untuk pakai hari Jumaat.
* alat tulis pun akan dibekalkan.


B. Yuran Semester (bukan masuk U ja ada yuran sem tau. haha) 

Setahun rm300.

*perlu settle rm150 masa bulan Feb & rm150 bulan Mac.


C. Yuran Bulanan

8pg - 12thgr (RM250)
8pg - 3ptg (RM320)
8pg - 6ptg (RM420)


Macam Naim ni ingat nak ambil Full Daycare sampai pukul 6 gitu kot.
Tak pun sampai pukul 3.
Tengoklah cemana.
Kalau ada bibik baru bolehlah ambil sampai pukul 3 ja kot.
Nak kena cari bibik baru jugak nih.
Untuk jaga Medina disamping buat kerja rumah sikit-sikit.

Untuk kelas umur 4 tahun dorang limit sampai 17 orang ja kalau tak silap saya.
Masa daftar semalam Naim orang ke-7 kot.
So bila dah cukup kuota memang dorang tak ambil dah.
Kalau kelas 5 tahun ke atas memang dorang boleh ambil lebih.
Mungkin sebab umur 4 tahun kan baru nak mula sekolah.
So cikgu kena tumpukan betu-betul kat dorang ni.

Oklah nanti Naim dah start ai update lagi pasal tadika ni.
2 bulan lagi ;) heheh
Daaaaaa