03 October 2013

Daftar Tadika Naim (",)

Setelah dipikir-pikir, ditimbang-timbang makanya kami laki bini sepakatlah nak hantar Naim masuk tadika bermula tahun depan.
Pertamanya sebab dah tak ada bibik nak jaga kat rumah.
Maktok kalut dengan kedai, dengan Medina lagi.

Lagipun kalau ikut tahun, tahun depan umur Naim dah masuk 4.
Kena hantar bagi bergaul.
Berkawan.
So far memang nampak dia desprate sangat nak ada kawan. haha
Pantang betoi kalo ada budak-budak datang rumah, semua dia nak ajak main.
Abih dia suruh budak-budak tu kejar dia.

Start kelas sepatutnya bulan 1/2014.
Tapi sebab nak dia biasakan diri makanya kena start bulan 12 ni.
Tak sabar pulak nak tengok Naim pegi sekolah.
Harap-harap dia seronoklah nanti.

Ok kenapa Nur Cemerlang?
Sebab tengok banyak feedback yang positif dengan tadika ni.
Saya cari yang menggunakan pertuturan Bahasa Inggeris.
Dan penekanan dalam agama juga.
So sekali arung belajar dua-dua.

Nak share maklumat utk sesapa yg berminat nak hantarkan anak masuk Nur Cemerlang.

Ok ini untuk panduan :-


A. Registration, ada 3 type.

1) Full Daycare-sampai 6 ptg atau
2) Half Daycare-sampai 3 ptg (rm 650)
3) Akademik shj-sampai 12tgh (rm 600)

* akan dibekalkan 2 pasang baju sekolah dan sehelai baju sukan untuk pakai hari Jumaat.
* alat tulis pun akan dibekalkan.


B. Yuran Semester (bukan masuk U ja ada yuran sem tau. haha) 

Setahun rm300.

*perlu settle rm150 masa bulan Feb & rm150 bulan Mac.


C. Yuran Bulanan

8pg - 12thgr (RM250)
8pg - 3ptg (RM320)
8pg - 6ptg (RM420)


Macam Naim ni ingat nak ambil Full Daycare sampai pukul 6 gitu kot.
Tak pun sampai pukul 3.
Tengoklah cemana.
Kalau ada bibik baru bolehlah ambil sampai pukul 3 ja kot.
Nak kena cari bibik baru jugak nih.
Untuk jaga Medina disamping buat kerja rumah sikit-sikit.

Untuk kelas umur 4 tahun dorang limit sampai 17 orang ja kalau tak silap saya.
Masa daftar semalam Naim orang ke-7 kot.
So bila dah cukup kuota memang dorang tak ambil dah.
Kalau kelas 5 tahun ke atas memang dorang boleh ambil lebih.
Mungkin sebab umur 4 tahun kan baru nak mula sekolah.
So cikgu kena tumpukan betu-betul kat dorang ni.

Oklah nanti Naim dah start ai update lagi pasal tadika ni.
2 bulan lagi ;) heheh
Daaaaaa