12 May 2013

Pengalaman Bersalin Nur Medina

Lamanya entry bersalin Nur Medina ni duduk dalam draf.
Sementara ada masa ni meh nak kasik abih.



Pengalaman bersalin kali ni rasanya lebih mudah dan simple.
Sebab tak ada babak-babak suspen yang tak dijangka dan sebagainya.

Seperti yang sedia maklum, date operation Dr Quah bagi 25 Januari 2013, Jumaat.
Sepatutnya hari Isnin & Khamis ja dia buat operation.
Tapi memandangkan Khamis 24hb tu public holiday, Maulidur Rasul maka date diinjakkan ke hari seterusnya.
24hb tu start pukul 11 malam dah tak boleh makan.
Kena puasa.

Pepagi 25 Jan tu berangkatlah saya ditemani mak, abah, adik dan Naim sekali checkin kat Hospital Lam Wah Ee bilik 271.
Masa pendaftaran bayar sesiap RM4,850.00 untuk pakej czer/single room 4h 3m.

Tapi memandangkan sy balik awal sehari, dorang refund rm5oo lebih gak.
Boleh cover duit nursery baby.
Nursery baby dalam 600 lebih camtu untuk 2mlm.
So kena topup rm 48 ja.
Tak sangka pulak spital nak refund sebab kita request sendiri.
Rezeki lah tu.
Kalo tak kenalah topup duit nursery asing pulak lagi.

Kalo anak sulung oklah dok spital lama-lama.
Tapi bila dah ada anak lain, rasa hari ni beranak terus nak balik.
Serius rindu gila kat Naim time tu.

Ok sambung cerita. hehe

Masa masuk bilik tu dah blurr tak tau nak buat apa.
Then nurse pun masuk pasang pelapik kat katil, suruh tukar baju.
Terbalik-terbalik baju tu saya pakai.
Sepatutnya kan yang tali ikat-ikat tu kat belakang. haha
Lepas tukar baju nurse pun masuk shave bulus-bulus semua. hahahahaha
Gila segan wehh.
Lepas tu dia masukkan ubat bontot bagi berak siap-siap.
Masa nak masuk ubat tu pun dah seriau.
Maklumlah ai kan alergik bab seluk-menyeluk nih.
Nasib baik tak sakit, sebab dia masuk ubat air ja pun.
Lepas tak sampai 5 minit terus rasa nak membuang pun datang tak dapat ditahan-tahan lagi.
Tapi bukan ada apa hasil perlaburan sangat pun sebab dah tak makan dari malamnya.

Lepas dah melabur semua nurse pasang mesin CTG untuk dengar jantung baby.
Time ni FIL semua dah sampai.
Lega sikit sebab ada orang boleh tengok-tengokkan Naim sekali sebab time tu adik ngan abah saya dah balik, nak bukak kedai pulak lagi..
Dorang duduk kejap ja, lepas sembahyang Jumaat baru abah saya datang kejap.

Dah settle bab mesin tu, nurse pasang jarum kat tangan tu pulak untuk drip air ngan ubat.
Nasib baik sekali cucuk ja.
Ai alergik tau sebab kat MH dulu berkali-kali kena cucuk nih akibat kebengongan dokter yang tak reti carik urat.
Padahal nurse buat sekali je dah dapat.

Tapi kali ni yang paling seriau tu bila nak pasang tiub kencing.
Pun alergik akibat pengalaaman hitam *hitam terus. haha. kat MH dulu.
Nasib baik kali ni sekali jolok ja tiub tu dah settle, pedih sikit ja.
Bukanlah nak memperlekehkan MH tapi dulu smpai tak tau berapa kali punya jolok baru ok.
Manalah tak alergik wehhh.

10.30 pagi nurse dah tolak saya ke OT.
Masuk ja dewan tu tak terus masuk OT, transit dulu kat kawasan luar sikit.
Dorang interview serba sikit, amik blood presure, kena bukak baju dsbgnya.
Then dokter bius pun datang interview, bagi briefing sikit pasal jenis bius yang dia nak bagi.

Nak dekat pukul 11 baru dorang tolak masuk OT.
Seram jugak, tapi memandangkann staf hospital semua friendly, rasa ok aja.
Lepas dorang angkat saya letak atas katil OT tu dokter bius pun suruh duduk.
Tapi kali ni tak ada kena peluk bantal tau.
Kali ni punya bius memang tak perasan langsung bila yang dokter tu inject.
Saya cuma rasa macam mata pen dekat kulit.
Ingatkan dia tengah tanda tempat mana nak bius, rupa-rupanya dah siap bius uuu.
Tak sakit langsung.
Dalam 10 minit dah rasa kebas dari pinggang ke bawah.

Dorang pasang palang betul-betul  2 inci depan muka.
Memang tak nampak langsunglah apa yang dorang buat kat perut.
Jangan kata kat perut, bayang lampu pun tak nampak.
Nampak dokter bius saja kat tepi kepala.
Siap tanya kat dokter bius, dah start ke.
Dokter tu suruh bertenang ja jangan takut.
Bukannya takut apa cuma seriau ubat bius tak berkesan ja. heheh

Sepanjang operation tu cuma dengar dorang letak alatan ngan bunyi macam vacum ja.
Dokter vakum air dalam perut agaknya.
Tak lama lepas tu baby pun keluar =)
Suara masyaallah punya kuat.
Dorang cuci baby kat tepi ja, boleh nampak dorang masukkan tiub sedut peparu baby tu.
Then dorang tunjuk ngan bagi kiss baby ;)
Lepas tu baby kena masuk nursery.

Rasanya saya dalam OT tu setengah jam saja.
Yang lama sikit sebab kena pantau dulu kat luar OT sebelum boleh masuk bilik semula.

Lepas dah masuk bilik dalam pukul 12 tu still ok lagi.
Dalam pukul 1 lebih, bila ubat bius dah beransur hilang barulah terasa tak tau nak khabor.

Last time saya tak rasa macam ni tau.
Kali ni rasa sakit macam senggugut tapi tahap maksima punya.
Rasa kontraksi rupanya, nurse yang bagitau.
Kontraksi sebab rahim nak mengecut.
Serius yang inilah yang paling sakit berbanding sakit masa memula nak bangun.
Sebelum ni asyik takut time nak mula bangun dari katil, bila nak mula jalan.
Tapi kali ni masyaallah lagi hebat rupanya.

Nurse bagitau kalo rasa tak tahan inform dorang, nanti dorang bagi injection kat punggung.
Saya still cuba tahan sampai pukul 7, at last dah tak tahan sangat mintak dorang inject.
Tapi tak hilang jugak pun, try nak tido pun tak bolehnya nak lelap pun.
Malam pun cucuk lagi, then baru boleh tido kejap.

Esoknya alhamdulillah sakit kontraksi tu hilang terus. Lega sangat.
Tapi tengah hari tu dah nak kena start jalan.
Tapi dah ada pengalaman tu dia lain sikit.
Pandailah nak pedo kat mana patut.
Sakit memanglah sakit.
Kali ni rasa cepat recover.
Hari ke 6 dah tak rasa sakit langsung kat luka operate tu.
Jalan pun takyah cover-cover sangat dah.

Dan memandangkan susu tak mau keluar masa dok spital tu maka campurkanlah jugak susu formula.
Memula iya-iya sign surat nak fully breastfeed.
Tapi nak buat cemana kan.
Apa-apa ajalah asalkan baby tak lapar.
Hari ke 5 baru susu start keluar.

Kali ni memang banyak bagi direct kat baby.
Malas gila pulak nak mengepam.
Dan kali ni puting tak ada lah luka-luka macam masa Naim dulu.
Maybe sebab baby girl dan jugak dah tau cara yang betul.

Berat masa hari nak bersalin adalah 91kg okeh.
Memang membesar dengan jayanya.
Dalam seminggu dah tinggal 80kg gitu.
Tak taulah apa yang berat sangat dalam perut tu.
Medina baru 3.2 aje.
Hujung pantang dok statik 73kg

Masa Naim dulu berat max 89kg.
Tapi eloklah masa tu berat asal baru 66 gitu.
Naik 20 kg lebih kooo.

Sekarang masih dalam usaha nak menurunkan lagi berat yang memang berat betoi nak turun.
Target adalah 65 at least.
Oklah dengan tinggi 160 kan. heheh

Dan nama Nur Medina dipilih saat-saat akhir.
Sama macam abang Naim.
Idea, of coz dari ibu sebab abah pun tak ada idea.
Abah cuma bagi kelulusan sajo.

Memula ibu dah berkenan nama Nur Maryam.
Tapi abahnya pulak tak mau.
Makanya jadilah Nur Medina.
Nama naim urup N ikut ibu, maka nama Medina kena la ikut abah pulak.
Susah la nak cari nama perempuan urup M.
Tak banyak yang sedap dan bagi makna elok.
Yang makna elok banyak ja tapi tak sedap pulak.
Dah tu cemana.

Act saya suka nama yang bukan orang dok guna la ni.
Macam nama Naim.
Klasik sikit.
Ye lah, time orang dok guna rayyan, daniel, danish tetiba kita amik Naim.
Kan ke special sikit. heheh

Tapi Medina ni ramai la tapi tak seramai nama moden yang lain kot.

Untuk next baby bolehlah pertimbangkan nama-nama lain.
Calon-calonnya adalah.
Maryam.
Muaz.
Luqman.
Mungkin boleh buat rayuan dengan nama-nama ni nanti. hahaha