23 May 2013

Aturan Penggunaan SK-II

Nak ucapkan tahniah untuk diri sendiri!
Sebab berjaya pakai Sk-II secara konsisten.
Tanpa culas.
Setakat ni lah. ahaks!

I am in love with SK-II.
Pertama sebab dah beli mahal-mahal *bajet sendiri okeh! bkn sponsor :P
Kedua sebab hasilnya nampak best walaupun time tu baru 2-3 hari guna.
Ketiga sebab dia selamat dipakai dulu, kini dan selamanya.
*dah macam slogan umno pulak.
Diam tak diam hampir sebulan jugaklah pakai.

Yang penting dia tak mengandungi bahan yang boleh menghakis dan memudaratkan diri.
Pendek kata, enjoy!
Enjoy betul tetiap kali nak pakai.
Serius.
Rasa seronok ja nak pakai.
Semangat gitu.
Harap-harap berpanjanganlah.
Jangan jadi macam Clinique dan Clarinsku.

Time beli ritu orang kan ramai, so tak sempat nak dapat penerangan yang betul-betul clear pasal aturan pemakaian.
So dua kali jugaklah pakai moisturizer sampai tiga jenis sekali. hahaha
Padahal memang la ada 3 jenis, tapi pilih pakai 1 ja dalam satu-satu masa.
Nasib baik  teringat nak call kaunter sk2 Sunshine tu untuk konfemkan.

Meh nak share aturan pakai untuk rujukan penggunaan produk sk2.

1. Facial Treatment Cleansing Oil



Pakai sekali ja sehari.
Time balik keja petang tu, time muka penuh dengan bedak dan lain-lain alat solek.
Cuci muka pagi tak perlu pakai sebab muka dah bersih kan.

Pamkan setengah or satu pam berdasarkan keperluan.
Kalo rasa hari tu mekap terlebih pamlah lebih sikit supaya boleh cuci dengan lebih coverage. heheh
Then urutkan seluruh muka, especially kawasan yang banyak pakai mekap.
Macam saya, lebihkan kawasan matalah.
Maklumlah mekap pun tang mata ja kasik beso :P

Dah abih urut-urut tu basahkan dedua tapak tangan, urutkan muka kali ni campur air sikit.
Sampailah rasa hilang kesan minyak kat muka sebab bila minyak kat muka tu bercampur air dia akan totally bertukar menjadi air.
Dah tak rasa berminyak dah.
Then cuci dengan air dulu muka tu.


2. Cleanser



Lepas tu teruskan dengan Cleanser.
Letak secoet ja dah cukup.
Campur air sikit, gosok kasik buih.
Then cucilah muka.


3. Whitening Source Clear Lotion atau Facial Treatment Clear Lotion



Lepas lap-lap muka, amik salah satu Lotion (dlm bahasa biasa adalah toner. sk2 panggil lotion) yang disyorkan pamkan *kalo jenis pam. dekat kapas muka.
Sapukan seluruh muka termasuk leher.
Lotion ni berfungsi mengclearkan kulit-kulit mati kat muka kita.
Sk2 tak ada scrub untuk hilangkan kulit mati macam lain-lain produk.
Rasa macam best ja sebab tak payahlah nak menyental-nyentalkan.
Main sapu ja kulit pun licin.


4. Facial Treatment Essence



Tuangkan sikit atas tapak tangan.
Lepas tu sapu dedua tapak tangan, terus tepuk-tepuk kat muka dan leher sampai rasa essence tu sebati dengan kulit.

Boleh jugak guna kapas muka tapi saya rasa macam membazir pulak sebab dia nanti serap lebih banyak kat kapas.
So disyorkan guna tapak tangan saja.
Mudah dan jimat.


5. Facial Treatment Repair C



Sapu kat muka dan leher.
Repair C ni best, tak melekit.
Lepas sapu kejap ja dia masuk dalam kulit.


6. Eye Cream



Colek sikit guna jari manis.
Sikit ja cukup untuk area keliling mata.
Then ratakan guna dedua jari manis.
Sapu area kedua-dua mata.
Siap!

Eye crem ni boleh pakai pagi dan malam.
Tapi saya pakai malam ja, jimat masa.


7. Facial Clear Solution atau Stempower atau Cellumination Deep Surge Ex


Pakai salah satu ja.
Oleh kerana saya ada ketiga-tiga menda alah ni, siang saya pakai Solution.

Malam pakai Stempower atau Cellumination Deep Surge.
Mostly pakai Deep Surge tu sebab lebih cepat meresap.
Kurang melekit dan wangi jugak.


8. UV Lotion (siang)



Kalo siang, lengkapkan dengan pemakaian UV Lotion.
Lepas tu baru pakai bedak dan lain-lain mekap.

* Masker kalo nak guna adalah selepas Lotion.
Lepas abis pakai mask tu tak perlu cuci, ratakan dan lap ja lebihan dengan kapas muka tu.
Then terus pakai essence dan teruskan step rutin biasa.


Kesimpulannya :-

PAGI

Cleanser  >> Lotion >> Mask (jika ada) >> Essence >> Repair C  >> Solution >> UV Lotion

MALAM

Cleansing Oil >> Cleanser  >> Lotion >> Mask (jika ada) >> Essence >> Repair C >> Eye Cream >> Stempower or Deep Surge

Sekian laporan penggunaan Sk2 dari saya untuk kali ini.

Mekasseyyy!