Amik direct 3 hari.
Tukang urut ni duduk dalam Gelugor ni saja.
n perkhidmatan makcik ni still murah ok.
Mana nak dapat dah price macam ni sekarang.
Kalo kawasan lain dalam Penang dia still amik rasanya cuma kena tambah kos pengangkutanlah.
Makcik ni nama Shikin, taklah tua sangat, dalam 40an.
Dia urut best, sedap.
Lepas urut tak adalah rasa bera urat orang tua-tua kata.
Masa bersalinkan Naim dulupun amik dia jugak.
Hari ke-13 baru ni saja tambah lagi urut+tungku.
Amik Indon.
Memula amik sebab ada member rekemen.
Dia rekemen oang lain, tapi bila call orang tu tak bleh pulak.
Dia bagi contact no kawan dia yang lain.
So trylah 3 hari.
Tukang urut kedua ni nama Kak Umi, duduk area Bukit Jambul sana.
Kiranya dorang ni bukak ala-ala spa untuk perawatan lepas bersalin gitu.
Ada 3 orang tukang urut dia.
Servis sekali datang rumah RM90.
Urut dia bagi saya ok jugaklah, not bad.
Cumanya kalo orang yang jarang urut tu memang tersiksa sketlah jiwa raga. heheh
Dorang urut kuat, kasar sikit.
Malam 1st tu memang terasa sakit urat-urat badan yang kena tenyeh.
Rasa macam lebam-lebam belakang badan.
Tapi taklah lebam pun, rasa ja. heheh
Bila dah masuk 2nd day tu sedap dahlah tapi still kuat cara urutan dia.
So siapa suka dan tahan urut kuat-kuat bolehlah try.
Sebab dorang tak bakar batu dulu.
Dorang pakai batu yang dah dipunjutkan sesiap.
Ada 3 punjut sekali guna.
Dorang panaskan atas api lilin macam orang bakar minyak aromaterapi tu.
Jadiknya, batu dia tak panas.
Cuma kain luar yang balut batu tu saja yang panas.
Tuam sikit 2 3 kali kat badan, dah tak panas.
Kurang feel sikit disitu.
Isnin ni hari ke-18, nak tambah urut+tungku dengan makcik Shikin pulak.
Next week dan penutup pantang nanti pun nak urut+tungku lagi.
Kiranya kali ni punya urut bersalin almost RM900 spend kat situ saja.
16 session urut+tungku! Amekaw. haha
Last time urut takat 3 kali tu saja.
Tak teringat pun nak tungku-tungku semua sebab takut.
Kali ni dah tak setakut dolu. heheh
Lagipun bukan selalu pun nak bertungku-tungku bagai ni.
Time-time cenggini sajalah, dan memang terasa perbezaan tau bila rajin urut nih.
Badan tak rasa lenguh, rasa syiok ja =)
edited : no contact Makcik Shikin : 012-428 1792