02 February 2013

Tropical Herbs Amway

Today berpantang hari ke-9.
Lamanya masa berjalan.

Alhamdulillah, bersalin kali ni lebih cepat recover daripada yang sebelumnya.
Banyak sebab yang menyumbang rasanya.
Persekitaran, pengalaman dan lain-lain.
Nantilah bila-bila rajin boleh buat entry pengalaman bersalinkan Nur Medina pulak =)

Kali ni nak buat review ringkas pasal Set Besalin Amway.

Untuk bersalin secara pembedahan rasanya mana-mana set bersalinpun kurang praktikallah.
Sebabnya banyak benda yang kita tak guna.
Or saya yang tak guna? heheh
Lagi praktikal guna yang boleh beli satu-satu.
Tapi banyak mana sangat perawatan bersalin yang jual loose kan.
Rugi la dorang.

Tapi so far Amway ni oklah.
Tak susah nak telan.
Tak dinafikan set NR lagi senang nak membuang.
Hari-hari konfem masuk jamban

Amway ni tahap pelawasannya so n so saja.

Teh Herba (day 5-9)
Teh perasa kunyit.
Rasa kelat-kelat pedas sikit.
Tapi ok ja, campur madu sikit, telan senafas.
Lepas telan teh ni, telan air milo sikit bagi hilang rasa dalam mulut.
Act lepas makan Pati Haruan Polleny pun saya buat cenggitu jugak.
Kalo tak, boleh bikin muntah oooo00oo

Kapsul Lepas Bersalin 1 (day 10-24)
Kapsul Lepas Bersalin 2 (day 25-44)
Dedua pil untuk hari ke 10-44 insyaallah tak ada masalah nak makan.

Herba Mandian
Yang ni cuma rebus uncang, macam buat teh o tu.
Then buat bilasan akhir masa mandi pagi.
Kalo rasa air tu panas, boleh campur air kolah ikut panas cemana yang badan kita tahan.
Adalah terskip dua kali akibat tak sempat rebus-merebus.

Herba Pembersih Wanita 
Setakat hari ni belum guna lagi menda alah ni.
Kalau bersalin normal mungkin dah gunalah.
Bila operate, part bawah tu tak terjejas so tak adalah kalut nak rawat ke apa ke. haha
Tapi boleh saja nak guna lepas ni, cuma sekarang tak sempat nak merebus-rebus.

Minyak Urut Herba
Bolehlah bolehlah.
Tak panas langsung.
Boleh buat minyak urut sajolah disamping campur minyak panas makcik urut.
Minyak Herbanika NR pun dah tak panas langsung sekarang. huhu

Campuran Peramping Perut
Pun tak boleh guna lagi sampai hari ke-30.

Campuran Penghangat
Tak guna jugak.
Gila weh, dahlah dah sedia hangat.
Nak kasik hangat cemana lagi kennn.

Campuran Penenang
Hari tu semangat nak tepek kat dahi.
Baru 10 minit dah cuci. haha
Panas cemana ntah.
Nampak dah harapan menda alah ni. heheh

Oklah nanti sambung lagi.
Nak makan dulu, menu hari ni nasik dengan sayur bayam.
Nyumnyum