27 November 2012

Kek Besday Naim


Baru nak share pic kek besday Naim yang ke 2 tahun hari tu.
Dah basi dah pun.
Piclah yang basi, keknya sihat walafiat.

Order thru Melting Bites

Besday Naim 30/7 tapi memandangkan time tu bulan puasa maka ditunda ke 31/8.
Cuti Merdeka, sekali open house =)

Yang lori ni kek rainbow.
Memang mabeles.
Lebih dari 2kg tetiap kek ni.
Memang puas hati.



Kek upin ipin ni layer coklat ngan oren.
Pon sodap jugak.
Berat pun lebih 2kg.


Dua bijik kek tu rm250 saja, harga adik beradik. heheh


So yang ada pic kek aje ler sebab lain-lain pic tak menjadik.
Akibat photographer amik pic tapi langsung tak tengok hasil time tangkap.
Gambar SEMUA, semua okeh, jadik gila cerah.
So idok ler nak disharekan di sini.

Makanya ada kenangan pic kek sajolah yang cantek sikit.
Ini pun sebab ibu Naim dah amik sesiap pakai henpon.

Sekian, terima kasih.

20 November 2012

Whoaaaaaaaaaaaa

Hasil soping-sopingan Ahad lepas hanyalah tilam baby.
Eh adalah lagi sikit :P
Towel mandi baby 2 lai lagi, baju tido Naim sepasang, ngan Mamy Poko pants Naim dan maternity pad ibu punya.

Beli tilam ni bukan apa, senang buat bawak jalan-jalan.
Amik yang kecik saja senang nak berangkut ke mana-mana.
Set tilam kecik ni pun boleh tahan harga dia rm90++ dengan bantal kepala sebijik dan bantal peluk dua ketul.
Tapi sebab kain dia 100% cotton maka mahallah sikit.
If not yang 50++ dan 70++ pun ada tapi kain dia not fully cottonlah
Dah alang-alang amik jelah yang elok kan, tambah pulak pakai duit husband. hahaha.

Tilam baby untuk guna kat umah nanti mak nak buat sendiri.
Hari tu dah beli kekabu sesiap.
Sekilo rm14 kat Campbell Street.
Untuk tilam ngan bantal beli 4 kg, cukup rasanya.
Tinggal kain untuk buat sarung luar ja belum beli lagi.
Nak carik cotton chumel-chumels punya.


Dua lai blouse terakhir untuk pregnancy kali ini.
Boleh caya ke? haha
Satu blouse untuk pegi keja, satu lagi yang hitam tu sleeveless boleh pakai dengan cardigan sedia ada ;)
Silalah percaya, last dah nih.
Tinggal sebulan lebih je lagi.
Maksima pun dua bulan kot.


Perspirex brand ni bagus untuk kurangkan peluh tau.
Sapa yang ada masalah peluh boleh try ini.
Peluh tu act memang tak berbau tapi bila kerap berpeluh jadi tak selesa.
Tapi mahal sikit, 25ml rm52.88 tapi memang berbaloi.
Boleh guna untuk tangan, kaki dan ketiak.
Tak perlu pakai hari-hari pun.
Sapu malam masa nak tido, esok pagi mandi ja macam biasa.
Rasanya boleh tahan berminggu-minggu jugak.


Pembawakan baby girl kali memang menjadik-jadik betul tau.
haha salahkan bawaan eh :P
Tapi memanglah, rasa suka gila dengan aksesori yang selama ni tak minat sangat pun.
Sudah in luv dengan aksesori dari Bonita jugaklah.

Act brand Bonita, mekap Elianto ngan kasut Tiamo tu bawah satu company yang sama.
So bila dah ada member card sebab dok beli Elianto, makanya bila beli Bonita ni pun boleh dapat 10% diskaun.
Itupun dah rambang mata pilih tau. haha
Last-last amik yang putih ni sebab rasa macam cantek n stylo.
Bila nak pakai pun entah.
Act Bonita ni aksesori dia kualiti boleh tahan.
Harga asal unt uk gelang macam ni baru 29.90.
Nanti-nanti boleh tambah koleksi lagi.
Tapi tak taulah kalo lepas beranak ni mood nak beraksesori ni hilang pulak ke.
Save.


Dan mari jugak menambah kupon mani-pedicure selagi tawaran masih ada =)
Hujung bulan Julai hari tu dah beli 1 buku. 
Tapi dah abih guna dah pun :P

1 buku berharga rm199.50 ada 5 kupon untuk 5 kali mani n pedicure. 
Boleh pakai sampai lepas beranak nih.
Lagipun kupon ni valid setahun.
Memang untung amik kupon nih.
Kalo tak, satu sesi mani-pedi ni untuk member pun rm58.
Kalo 5 kali dah nak dekat 300, save gak 100 =)


Well, lama jugak saya setia dengan salon kuku nih.
Sejak dari nama kedai dia bermula dengan nama Bloom lagi, masa Queensbay baru bukak.
Sejak belum kawen lagik, betapa setianya aii kan. heheh

19 November 2012

Weekenday..haha

Whoaaaaaaaaaaaaa
Sakit punggung hari ni.
Penangan berkejaran, berdukungan dengan Naim kat Queensbay tadi.
Itu tara pegi dengan maktok sekali tu.
Kalo berdua ja dengan Naim, yang pasti destinasinya adalah Parking-Kenny Rogers-Parking.
Tak merasa la nak ronda-ronda apatah lagi nak bersoping-sopingan.

Hi abah! Missed me? 
Bebaru ni jumpa alternatif baru cara nak bawak Naim jalan-jalan tanpa abahnya.
Bawak stroller!
Yer stroller keta tolak tu ler.

Act stroller dah lama dah simpan sebab start dia dah boleh berjalan masa umur setahun hari tu memang dia taknak duduk dah.
Rupa-rupanya helah nak bagi si kenet tu duduk dalam stroller adalah tidak menjadi okeh.

Last week pegi berdua, turun keta ja iya-iya dia duduk dalam stroller.
Padahal sekentut ja dari parking bawah QB tu nak ke Kenny Rogers.
Lepas makan pun ok jugak iya-iya nak duduk.
Dah lepas dua tiga lot kedai dan-dan dia menggeliat suruh bukak safety belt, nak turun.
Terus ibu tolak pegi parking.
Balik umahlah apa lagi.

Biar dia nangeh daripada hilang dalam QB tu :P
Dahlah lari laju, nanti mana ibu dia ni nak hambat anak, nak tolak stroller, nak pedo perut lagi.
Silap-silap terberanak pulak kat QB tua akibat mengejor anak. haha

Dengan Naim ni act bukan penat nak bawak dia jalan, cuma dia suka buat keras, kasik berat dia punya badan tau.
Kalo kita tarik ke kiri dia dengan sepenuh jiwa raga tarik badan dia ke kanan.
Penat tarik menarik ja.

Kalo bawak jalan then dia nak ikut arah mana ibu dia nak pegi should be no problemlah nak bawak ke mana pun.
Kalo tak ikut karang, nangeh ja tak mau-mau.
Adushhhh fenin :P

Tadi petang pun sebab mengantuk tu yang dia nak jugak duduk.
Itupun pandai bagi reason nak turun okeh.
Dia kasik tau dia panas duduk dalam tu.
Duduk dalam stroller panas?
Padahal aircond QB boleh tahan sejuk.
Pandai carik alasan tu.
Akai panjang nau.

Hari ni kan budak kenet tu asyik menyound ibu ja.
Ibu dia ni baru dok belek sandal garfield sambil try-try kat kaki dia.
Boleh dia sound "Nyin dah ada dah kashut ni. Tak payah beli"
Hadoilah anakku.
Terbantut hasrat ibu nih.
Padahal sandal dia dah ketat dah tu yang nak beli lain.

Time tengok baju tido pun macam tu lah jugak.
Dia kata "Baju Nyin ada banyak dah!"
hahaha

Ibu beli maternity pad untuk bersalin nanti pun kena sound.
"Ibu, jangan beli banyak-banyak"
Ewahhhh pandailah.
Gigit karang baru tau.

Bila lalu ja kat tempat mainan Jusco tu lagi la mngeletis dia nak keluar dari stroller.
Tak apa, ibu kasik chan.
Macam biasa, tempat mainan tu dia buat macam umah sendiri.
Tak kiralah time orang ramai atau tak.

Iya-iya dia bawak keta tu.
Jangan memain ;)


Berpusing-pusing stereng haaaa
Nak angkat keluar menyiksa oooiiiii.
Jenuh pujuk, tak makan jugak.
Last-last kena dukung kasik keluar.


Sambung main menda alah lain pulak.


Semua benda dia nak main tau.
At last bagitau nak tukar pampers baru boleh beredar.
Itupun kenalah tipu sunat, ada ke istilah tipu sunat? haha

Lepas tukar pampers kita datang balik :P
haha 
Nanti-nanti kita pegi lagi yer Naim.
Tunggu abah balik.
Ibu tak laratlah.

18 November 2012

JS & PH. heheh

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa
Mari berubah angin sikit ;)
Saja nak try Jelitasara & Pearl Haya.

Entah macam mana boleh terbukak hati nak try pun tak tau.
Mungkin sebab dah boring dengan kebiasaan asal.
Asyik setia dengan 3 layer Fareeda n DNE sajo setahun lebih nih :P


If memuaskan, maybe next time boleh tambah lagi.
Baru perasanlah, dua kaler fuchia ni sama tapi satu JS n 1 lg PH.
Tak apalah janji kaler cun n chumels.

Next week sampai bolehlah rasmi.
Tak menyempat dah ni.



Nanti senang-senang bila dah dapat kat tangan aii kasik review naaa ;)

12 November 2012

Terrrbesar

Naim dah bertukar botol susu yang paling besar now.
330ml.
Yang biasa guna 260ml dah tak berapa muat sebab bila nak goncang botol dah tak ada space.

Act selalu guna botol yang warna coklat sikit.
Ingatkan botol putih ni susah nak basuh.
Tapi sebenarnya ok ja, tak payah basuh pakai sabun pun.
I loike!
Kalo tau awal-awal dulu beli ja yang putih nih, save cost =)


Bila beli botol 330ml ni puting tak payah beli lain dah.
Kalo tak, beli botol 260ml kena beli puting lain sekali sebab puting yang ada dengan botol tu utk 3 bulan sajo.

Specialnya puting jenis nih cuma kena adjust nombor-nombor tu ke arah hidung baby bila nak bagi minum.
Ada no I, II & III.
Nombor III macam dalam bulatan tu hanya perlu halakan ke bahagian atas untuk heavy flow, baby 6 bulan ke atas.
Tapi kalo baby jenis suka isap sambil pusing-pusing botol, no point jugak :P


Cer tengok pic bawah nih.
No 3 tu dok atas, so lubang puting akan terbukak lebih besar.
To da max!


Harga adalah RM55.90 per bottle selepas 20% diskaun.
di Peekaboo =)

1st time beli yang besau ni, xsurelah mahal ke murah =)

04 November 2012

Hasil Sopingan

Salam Ahad!
Bersiaran dari Gelugor weekend ni.
Tak balik Bt Maung sebab Naim demam.
Tapi today dah oklah sikit, dah tak panas.
Cumanya selsema dan batuk masih ada.

Masa kat klinik semalam =)

Dan hasil-hasil yang dibawa pulang selepas jumpa dokter.

Telan air liur Naim bila tengok botol-botol ubat nih.

Dah nak keluar dari bilik dokter tu Naim kata "Bye doktar, Nyin nak balik dah, nak main papan loncoq kat luaq!"
*ada papan gelongsor kat klinik tu, tu yang dia tak sabar nak keluar balik.
haha gelak besar dokter Yeow tuh.
Dia kata Naim banyak cakap ek sebab dari mula masuk tu dia cakap tak berhenti :P

Hopefully esok bertambah baik.
Tak senang ibu nak buat keja kalo anak demam.
Asyik terpikir ja nanti.
Itu tara umah ngan opis dekat tu, 5 minit ja.
Kalo jauh lagilah risau memanjang.

Whoaaaaaa
Mari teruskan dengan hasil soping-sopingan minggu ini :P
Today baru sempat load =)
Ini bukan apa tau, pembawakan bb girl jadiknya cenggitulah.
Rasa nak beli barang-barang yang berkaitan dengan kecantikan, perhiasan membuak-buak tanpa dapat dibendung. hahaha

Loike Versace Versus nih sebab bau dia suweeet.
Tak penin kepala.
Saya ni payah sangat nak dapat perfume yang berkenan kat hidung sendiri.
Sebab tu tak banyak pilihan yang ada kat hati.


Antara yang suweeeet di hidungku adalah
VersaceVersus nih,
Versace Bright Crystal,
DKNY Pink Delicious
& Paul Smith Roses.

Dalam 5 tahun ni dok rotate yang itu sajalah.

Semua yang berada dalam pilihan saya adalah perfume berwarna pink atau pepel.
Kalo warna kuning tu slalunya dah tau memang tak boleh blah.
Dior memang tak termasuk dlm list.
Ramai suka Jadore, Poison semua tu kan.
Tp aii cannot go maaa.
Seriusly fenin.

Sebab tu husband bila nak beli perfume pun dia akan suruh bini pilih.
Sebab nanti kalo tak kena dengan hidung aii dia tak bole pakai. haha
Macam perfume masa buat hantaran kawen dululah, smpai sekarang masih ada lagi rasanya.
Act masa beli untuk hantaran tu rasa macam bau dia ok.
Bila lepas kawen dah start pregnant terus tak boleh bau sampai ke hari ini.
So husband cuma guna time tak ada dengan aii sajo. hehe

Khamis br ni pegi repair gelang emas yang dok pakai selalu.
Ada beberapa tempat kat joint dia dah crack.
Kalo biar lelama boleh tercicirlah nampaknya.
Nasib baik perasan, kalo tak hmmm jenuh menangis tak berlagu la kalo hilang.
Almost 5k tu. huhu

Pegi kedai biasa kat Campbell Street.
Plan nak beli seketul kecik untuk kegunaan harian.
haha gelang pun ada untuk kegunaan harian eh :P
Nak carik yang kecik-kecik chumels tapi tahan lasak.
Pilih punya pilih dapatlah seketul kat bawah nih.
So pulanglah dengan senang hati.
Sambil bawak keta sambil jeling-jeling gelang baru.
Jakun jap. heheh


Well, set bersalin Tropical Herbs Amway pun sudah sampai.
Love their packaging.
Dan baunya jugak.
Tak lah kuat sangat macam jamu-jamu lain tu.
Macam tak sabar pulak nak guna.
Tapi takut pulak nak beranak. huhu


Barang baby kebanyakannya dah ready.
Baju bajan semua dah siap berbasuh =)
Belum packing ja lagi.

Tak lama dah nak bersalin nih.
Now dah bulan 11, next month dah bulan 12.
Bulan 1 tu dah kena standby anytime walaupun due 22 Januari.
Tak sabarnya =)
Walaupun takut. haha

02 November 2012

Naim Demam.. huhu

Last nite Naim demamlah pulak.
Bermula dengan selsema waktu siangnya.
Dan bila selsema tu hidung dia tersumbat mulalah dia nak meradang ja.
Kalih sini tak kena, kalih situ tak kena.
Pendek kata serba tak kenalah semalam.
hmmmm

Selambak dia muntah dalam bilik tetengah malam tu.
Selalu ada abah jadik assistant handle bila anak demam, tapi kali ni ibu soranglah kat bilik layan dia.
Kelam-kabut jugaklah.
Dok tido elok-elok tetiba ja muntah manalah tak kalut.
huhu cepat baik tau anak ibu.


Kool fever tu berjaya berada kat dahi dia kejap ja tu. 
Dalam sejam cenggitu saja.
Bila dia tersedar jangan harap menatang itu boleh melekat kat dah.
Nangeh-nangeh macam kena pukul ja nanti. huhu
Kenalah bukak buang.

Esok nak kena pegi Kids Carer kat Pekaka Square.
Ubat selsema Naim dah habis.
Last makan pagi tadi ja.
Tapi ubat tu memang makan sehari sekali ja so untuk esok kena pegi amik jugaklah.
Dah tak cukup.
Lain-lain ubat still ada lagi.

Tengah hari tadi ibu dia ni tak baliklah sebab sebelum tu dah call tokwan tanya Naim ok or not.
Oleh kerana ingat dia dah ok, so berjimbalah ibu time lunch tadi kat Queensbay dengan kawan-kawan :P
Time dah nak balik tokwan call bagitau Naim panas pulak.
Harus zassss nak balik umah tengok anaklah kan.

Memang panaslah badan time balik td.
Now still panas jugak, cuma risau malam je la sebab malam badan tak aktif kan.
So konfem-konfem temperature naiklah selalunya.
Malam ni kena berkampung kat bawahlah nampak gayanya.
Boleh maktok tengok-tengokkan sekali.

Tapi yang bagusnya walaupun hari ni demam dia mau jugak makan nasik.
Siap mintak lagi.
Syukur sangat.
Sebab selalunya memang payahlah dia nak makan kalo tak sedap badan nih.
Susu pun minum macam biasa jugak.

Yang tak tahannya petang tadi time nak bagi ubat demam dan-dan dia bangun pegi dapur.
Kononnya nak pegi mandi. hahaha
Asal nak makan ubat tu, ada-ada ja akal dia tau.
Bukan apa, nak mengelak ler tu :P

Tonite tak balik Bt Maung.
Esok kot kalo Naim dah sihat sikit.
Harap-harap demam Naim tak lama.
Insyaallah.