20 November 2012

Whoaaaaaaaaaaaa

Hasil soping-sopingan Ahad lepas hanyalah tilam baby.
Eh adalah lagi sikit :P
Towel mandi baby 2 lai lagi, baju tido Naim sepasang, ngan Mamy Poko pants Naim dan maternity pad ibu punya.

Beli tilam ni bukan apa, senang buat bawak jalan-jalan.
Amik yang kecik saja senang nak berangkut ke mana-mana.
Set tilam kecik ni pun boleh tahan harga dia rm90++ dengan bantal kepala sebijik dan bantal peluk dua ketul.
Tapi sebab kain dia 100% cotton maka mahallah sikit.
If not yang 50++ dan 70++ pun ada tapi kain dia not fully cottonlah
Dah alang-alang amik jelah yang elok kan, tambah pulak pakai duit husband. hahaha.

Tilam baby untuk guna kat umah nanti mak nak buat sendiri.
Hari tu dah beli kekabu sesiap.
Sekilo rm14 kat Campbell Street.
Untuk tilam ngan bantal beli 4 kg, cukup rasanya.
Tinggal kain untuk buat sarung luar ja belum beli lagi.
Nak carik cotton chumel-chumels punya.


Dua lai blouse terakhir untuk pregnancy kali ini.
Boleh caya ke? haha
Satu blouse untuk pegi keja, satu lagi yang hitam tu sleeveless boleh pakai dengan cardigan sedia ada ;)
Silalah percaya, last dah nih.
Tinggal sebulan lebih je lagi.
Maksima pun dua bulan kot.


Perspirex brand ni bagus untuk kurangkan peluh tau.
Sapa yang ada masalah peluh boleh try ini.
Peluh tu act memang tak berbau tapi bila kerap berpeluh jadi tak selesa.
Tapi mahal sikit, 25ml rm52.88 tapi memang berbaloi.
Boleh guna untuk tangan, kaki dan ketiak.
Tak perlu pakai hari-hari pun.
Sapu malam masa nak tido, esok pagi mandi ja macam biasa.
Rasanya boleh tahan berminggu-minggu jugak.


Pembawakan baby girl kali memang menjadik-jadik betul tau.
haha salahkan bawaan eh :P
Tapi memanglah, rasa suka gila dengan aksesori yang selama ni tak minat sangat pun.
Sudah in luv dengan aksesori dari Bonita jugaklah.

Act brand Bonita, mekap Elianto ngan kasut Tiamo tu bawah satu company yang sama.
So bila dah ada member card sebab dok beli Elianto, makanya bila beli Bonita ni pun boleh dapat 10% diskaun.
Itupun dah rambang mata pilih tau. haha
Last-last amik yang putih ni sebab rasa macam cantek n stylo.
Bila nak pakai pun entah.
Act Bonita ni aksesori dia kualiti boleh tahan.
Harga asal unt uk gelang macam ni baru 29.90.
Nanti-nanti boleh tambah koleksi lagi.
Tapi tak taulah kalo lepas beranak ni mood nak beraksesori ni hilang pulak ke.
Save.


Dan mari jugak menambah kupon mani-pedicure selagi tawaran masih ada =)
Hujung bulan Julai hari tu dah beli 1 buku. 
Tapi dah abih guna dah pun :P

1 buku berharga rm199.50 ada 5 kupon untuk 5 kali mani n pedicure. 
Boleh pakai sampai lepas beranak nih.
Lagipun kupon ni valid setahun.
Memang untung amik kupon nih.
Kalo tak, satu sesi mani-pedi ni untuk member pun rm58.
Kalo 5 kali dah nak dekat 300, save gak 100 =)


Well, lama jugak saya setia dengan salon kuku nih.
Sejak dari nama kedai dia bermula dengan nama Bloom lagi, masa Queensbay baru bukak.
Sejak belum kawen lagik, betapa setianya aii kan. heheh