02 November 2012

Naim Demam.. huhu

Last nite Naim demamlah pulak.
Bermula dengan selsema waktu siangnya.
Dan bila selsema tu hidung dia tersumbat mulalah dia nak meradang ja.
Kalih sini tak kena, kalih situ tak kena.
Pendek kata serba tak kenalah semalam.
hmmmm

Selambak dia muntah dalam bilik tetengah malam tu.
Selalu ada abah jadik assistant handle bila anak demam, tapi kali ni ibu soranglah kat bilik layan dia.
Kelam-kabut jugaklah.
Dok tido elok-elok tetiba ja muntah manalah tak kalut.
huhu cepat baik tau anak ibu.


Kool fever tu berjaya berada kat dahi dia kejap ja tu. 
Dalam sejam cenggitu saja.
Bila dia tersedar jangan harap menatang itu boleh melekat kat dah.
Nangeh-nangeh macam kena pukul ja nanti. huhu
Kenalah bukak buang.

Esok nak kena pegi Kids Carer kat Pekaka Square.
Ubat selsema Naim dah habis.
Last makan pagi tadi ja.
Tapi ubat tu memang makan sehari sekali ja so untuk esok kena pegi amik jugaklah.
Dah tak cukup.
Lain-lain ubat still ada lagi.

Tengah hari tadi ibu dia ni tak baliklah sebab sebelum tu dah call tokwan tanya Naim ok or not.
Oleh kerana ingat dia dah ok, so berjimbalah ibu time lunch tadi kat Queensbay dengan kawan-kawan :P
Time dah nak balik tokwan call bagitau Naim panas pulak.
Harus zassss nak balik umah tengok anaklah kan.

Memang panaslah badan time balik td.
Now still panas jugak, cuma risau malam je la sebab malam badan tak aktif kan.
So konfem-konfem temperature naiklah selalunya.
Malam ni kena berkampung kat bawahlah nampak gayanya.
Boleh maktok tengok-tengokkan sekali.

Tapi yang bagusnya walaupun hari ni demam dia mau jugak makan nasik.
Siap mintak lagi.
Syukur sangat.
Sebab selalunya memang payahlah dia nak makan kalo tak sedap badan nih.
Susu pun minum macam biasa jugak.

Yang tak tahannya petang tadi time nak bagi ubat demam dan-dan dia bangun pegi dapur.
Kononnya nak pegi mandi. hahaha
Asal nak makan ubat tu, ada-ada ja akal dia tau.
Bukan apa, nak mengelak ler tu :P

Tonite tak balik Bt Maung.
Esok kot kalo Naim dah sihat sikit.
Harap-harap demam Naim tak lama.
Insyaallah.