27 July 2012

Welcome Clarins ;)

Sehari dua ni datang angin kus-kus nak juga-jugak *tak boleh tidak :P, beli new skincare.
Puncanya sekarang kulit muka jadi makin kasar sebab cuma guna pencuci ja sekarang ni.
Itupun ikut dan, kat umah guna HD Tab kat umah MIL time weekend guna Clinique.
Toner n cream semua dah tak pakai.
Dah tak ada nafsu nak pakai complete set HD Tab ngan Clinique tu lah.

Kena carik something yang new n banyak positif feedback.
So far skin saya ok pakai brand apa pun, tak banyak karenah.
Cuma malas ja melampau-lampau nih.
Pembawakan kot! hahaha

Semalam baru selak-selak baca review pasal Dermalogica, tengah harinya dengan tak menyempat-nyempat terus terjah cawangan dorang yang dekat Queensbay.
Not bad rasanya dekat kualiti.
Yang badnya dekat hargalah.
Ya ampun mahal mereput.
Complete set pun dah over 1k.
Tak masuk facial lagi.
Satu sesi facial dorang ja dah rm259. Semput :P

Dan itu juga belum masuk problem untuk kulit saya lagi.
Kononnya kulit saya sensitif.
So kena pakai set untuk redakan kulit sensitif, then baru boleh teruskan dengan set yang sepatutnya.
Set kecik-kecik untuk redakan kulit sensitif tu pun dah 7++, belum masuk set sebenar lagi.
Telan air liur ai :P
Terus tak jadiklah, rasa macam over the bajet yang melampau-lampau.
Lagipun kulit saya tak kritikal pun, jerawat kecik-kecik yang naik ni pun sebab pregnant ja.
Jadik kita carik skincare untuk mantain harian sajo.

Maka tengah hari tadi terrrrrpegilah kat Jusco nun.
Terrrrtengok, terrrtanya dan terrrrrbelilah menatang-menatang ini :P

: Yang belinya 4 barang bebesor tu ja ;) yang lain FREE ::

Beli 4 barang ja :-

1) Gentle Foaming Cleanser with Cottonseed 125ml (RM 92)
2) Toning Lotion with Iris 200ml (RM 90)
3) HydraQuench Intensive Serum 30ml (RM 190)
4) HydraQuench Cream-Gel 50ml (RM 190)
*rega ni utk rujukan masa depan kalo repeat brand ni lagi ;)

Yang lelain semua free sample.
I loike benda-benda free ni.
Sapa tak suka dapat free weyhhh heheh

Dan free beg mekap ini jugak!!
N of coz I loike sesajo lah kan ;)
Tambahanpulak memang tengah plan nak carik beg mekap macam ni jugak.
Walaupun sekarang jarang pakai mekap.
Kalo pakai pun bedak dan eye liner ja.
Itupun selalunya bedak tak pakai. Malas! hahaha



Mulai saat ni, *ewahhh azam tak mau-mau, kenalah rajin mengikuti rutin harian penjagaan mukaku ini.
Supaya set Clarins ini tidak menjadi seperti nasib kawan-kawannya yang lain. haha

Nanti kalo ada feedback bila guna Clarins ni saya update ek ;)
Kalo rajinlah! hahahaha :P