21 July 2012

Puasa Jangan Tak Puasa

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan ;)


Di kesempatan ni saya sekeluarga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua. 

Walaupun lama dah tak hapdet, sebulan lebih jugaklah, masih ramai yang menjengah blog ni. 
Tq the very much yer.

Well puasa di hari pertama ni so far oklah. 
Lapar tu tak, dahaganya yang lebih.
Pukul 6 tu rasa dah tak keruan gilos. 
Rasa lembik ya hamat. Jaranglah rasa cenggitu.
Akibat pembawakan baby sama kot.
Dahlah susu tak minum.
Asid folic pun tak selera langsung nak telan, haaa amikkk.

Terus tadi petang pesan kat husband beli susu kotak sesiap.
Kena minum gaklah posa-posa ni.
Kalo tak rasa macam tak berdaya-sedaya-dayanya ja.

Ya ampunlah pregnant kali ni mana punya peel pelik yang merasuk pun entahlah.
Asyik rasa nak tido ja selalu.
Tetiap hari mesti kena tido siang, kalo tak rasa macam tak lengkap idup. haha

Tengok baju-bajan yang jual kat shopping mall tu pun boleh tak lalu, tak selera.
Rasa meloya gilos, rasa nak muntah.

Bukan takat baju, tengok tudung Fareeda pun boleh rasa nak muntah.
Padahal kalo tak tu tetiap hari without missing asyik tengok pic tudung baru je kejanya.
Dan akibatnya, tudung-tudung yang restock sebelum ni kebanyakannya dijual kat walk-in customers sajo.
Bawak gi opis, alhamdulillah ramai jugak peminatnya ;)

Nasib baiklah dah 13 weeks pregnancy sekarang ni mood pelik tu dah beransur-ansur hilang.
Kalo tak, hmmm abih la tak berhapdet fb fareeda ai tu nanti :P

Pregnancy kali ni rasanya macam teruk sikitlah berbanding mengandungkan Naim dulu.
Kali ni bukan setakat loya, siap pakej pening-pening lalat sekali.
Dalam dua bulan ni berderet mc ai tau.
Tu tak masuk coti sendiri lagi tu.
Kalo dah rasa tak larat nak pegi klinik bantai cuti tahun sajo.

Instinct sendiri kata kali ni baby boy jugak kot :P
Sebab macam malas bersiap, tengok baju, tudung, kasut pun meloya..huhu
Tapi if instinct tersilap pun ok jugak, bole dapat girl pulak ;)
Asyik tengok ja baju-baju pink kat shopping mall nun.
Takkan nak beli gaun kat Naim pulak kan ;)

Wateva pun yang penting semuanya sihat walafiat dan lengkap sifatnya pun dah syukur sangat-sangat =)
Wa talak demand punya, terima dengan tangan terbuka ;)
heheh