27 March 2012

Kesian Kesian Kesian

Hmmmm kesian ini belog kan.
Macam kanak-kanak terbiar :P 
Lamanya tak hapdet secara detail, sepenuh hati. huhu

Agak bizi sekarang, start dengan aktiviti jual-beli Fareeda.
Dengan kesihatan anak yang kurang memuaskan.
Dengan batuk, dengan selsemanya. At last demam terus anakku itu. huhu

Dah nak masuk 2 minggu dah Naim start batuk.
Masa tu refer Thoong Child Specialist kat Bukit Jambul tu tapi macam tak serasi dengan Naim.
Dalam seminggu tu tak hilang-hilang jugak batuk dia.
Khamis dah start panas badan.
Jumaat tu bertahan lagi dengan ubat demam dari klinik panel yang dah spare sesiap saja memandangkan Child Carer kat Pekaka Square tu tutup setiap Jumaat.
Nak pegi Hope memag taklah since tak berapa emergency masa tu.
Hope hosp. macam kurenglah for us, baik Sg Ara, baik Perak Road.
We all suka pegi Sungai Dua tu lagi.

Entry dolu-dolu dah bagi, tapi nah la sape nak amik je :-


Kids-Carer Children Specialist Centre
  2-G-6, Bangunan Lip Sin, Lebuh Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor, 11700, Malaysia
  046582557
Hari : Sabtu - Khamis (Jumaat & Public Holiday TUTUP) 
Time : (9pg-1ptg & 6ptg - 9mlm)

So hari Sabtu tu pegi tengah hari.
Time pegi pulak dah boarder time dorang nak tutup, dokter pun dah balik.
Petang pulaklah jawabnya.

Makanya petang tu bawak Naim, of coz kena sedut gas bagi cair kahak sebab banyak sangat.
Kalau biar lama-lama boleh jadi asma.
Ahad ngan Isnin pun kena lagi pagi dengan malam.

Alhamdulillah demam dia dah kurang start semalam.
Tinggal batuk ja, selsema pun dah kurang.
Tapi still kena monitor lagi coz selagi batuk dia tak betul-betul baik ada kemungkinan untuk hensem boy ibu tu demam balik. huhu

Yang bestnya, walaupun demam kali ni tak seteruk masa dia nk cukup umur setahun dulu.
Kali ni makan tak berapa nak lalu tapi susu ok dia tak tolak.
Dulu tu dengan susu pun tak nak minum langsung, harap air kosong je.
Kali ni siap jatuh-jatuh katil lagi. Aktif bebenor :P
Nasib baik kat Gelugor, lantai papan.
Kalo tiles tu mau bincut pulak dia :P

Itu tara katil dia bersambung dengan katil ibu tu.
Boleh bergolek-golek terjun kot ujung kaki.
Ape daaa Naim :P

Okeh la, nanti hapdet lagi.
Mood update blog sedang meningkat sikit grafnya. haha