19 August 2011

Tersedak Susu Lagi

Cer kita renung-renungkan...

:: Kosmo 18 Ogos 2011 ::


Berapa banyak dah kes baby meninggal akibat tersedak susu yang keluar kat media-media kita? Tu pun masih ramai lagi yang amik mudah dengan benda-benda remeh macam ni.

Kalo sesapa pikir benda-benda macam ni dah takdir, yes u are rite! Tapi kejadian-kejadian macam ni adalah takdir yang boleh dihalang. Boleh dielakkan!

Pleaselah. Kesian betul bila terbaca, terdengar berita-berita melibatkan baby cenggini. Tak terbayang saya, kalau anak yang kita kandungkan dengan penuh susah payah selama 9 bulan 10 hari plus nak menahan kesakitan bersalin pulak, tetiba pegi macam tu saja akibat kecuaian diri sendiri! Memang time tu nak menyesal pun dah tak berguna.

Ini yang keluar kat suratkhabar, kat tv. Berapa banyak pulak kejadian cenggini yang tak sempat keluar kat media massa? Sila percaya bahawa kejadian yang tak dilaporkan oleh media adalah lebih banyak lagi bilangannya!

Selalunya yang kita baca adalah kes baby tersedak kat nursery, kat umah pengasuh. Puncanya, biasalah, kecuaian manusia. Dah tau bagi baby minum susu, bagi baby makan, tunggulah bagi dia betul-betul habis kalo nak tinggal seminit pun. Kalo ikutkan, baby ni kita tak boleh tinggalkan sorang-sorang walaupun sesaat. At least kena jugak ada orang dewasa yang tolong tengok-tengokkan. Dalam seminit, dalam sesaat macam-macam boleh jadik.

Yang nak breastfeed baby, time tetengah malam tu bagilah sambil duduk. So potensi nak terlelap & nak tertindih anak adalah ditahap yang sangat minima. Kalo bagi sambil baring, tambah plak tengah malam time betul-betul mengantuk selalunya memang mudah sangat nak terlena balik. Buat apa nak letak risiko pada anak-anak yang kita sayang kan.

So ibu-ibu, bapak-bapak sekalian, please sangat-sangat silalah alert dengan perkara remeh macam ni. Jangan ambik mudah! Takdir memang Allah dah tentukan, tapi kita berhak bagi yang terbaik buat insan-insan yang kita sayang. Kan??