12 August 2011

Dua Tiga Boleh Kucari, Manakan Sama Gearbox Seekor

Gearbox April 2008 - 11 Ogos 2011

Sob..sob..hurmmmppp

Sedih.

Semalam dilanda kesedihan yang melampau akibat kembalinya kucingku yang tersayang akibat kemalangan jalan raya. Tak taulah sapa yang langgar. Padahal Gearbox kalo lintas jalan slow ja, bukan jenis tetiba lari mengejut. Lagipun depan umah tu cerah je memalam. Itu pun tak nampak ke??

Pepagi buta semalam kecoh kat umah saya sebab ada darah depan pintu masuk. Adik saya yang nombor 3, Rizal keluar umah nak start moto dia pegi keja then terus balik umah sewa dia kat Kulim nun. Tetiba bukak ja pintu ada darah, banyak jugak kat depan umah. Siap ada tapak kaki. Dan memang tau lah yang tu darah kucing sebab ada tapak kaki dia. Tapi time dorang bagitau tu memang saya tak keluar umah lagi. Takut. Takut kalo tetiba tengok Gearbox mati. Dalam hati memang sangat berharap itu bukan darah Gearbox. Tapi kalau bukan Gearbox kenapa dia nak masuk sampai depan pintu umah kan. Aduhh serius sedih.

Pagi tu, nak keluar start enjin keta pun takut, seriau. Suruh husband keluar dulu, check bawah-bawah keta, dalam parit tepi umah semua. Tak ada lah pulak. Lega sikit. Dalam hati berdoa mintak-mintaklah bukan Gearbox.

Tengah hari saya balik umah kejap sebab Naim demam sikit. Balik-balik ja adik saya yang kecik tu bagitau Gearbox dah mati. Dia dah siap tanam dah. Memula tak percaya jugak. Lepas tu dia tunjuk gambar. Apa lagi, merambu-rambulah air mata. Duyung kan. Dia tolong bagi mandi Gearbox sebab badan dia kotor terendam dalam air parit. Dah melelong-lelong jalan agaknya, last-last termasuk dalam parit. Cian dia.

Gearbox ni saya rasa mengalami kecederaan dalaman, sebab luka luaran dia sikit ja. Then kaki patah sebelah. Darah yang kat depan umah tu pun rasanya darah dari dalam, dia muntah. Sedih la bila pikir balik. Kesian sangat.

Naim nakal tau, siap ejek-ejek ibu nangeh pulak. Rotan baru tau.

Sekarang dalam misi mencari pengganti Gearbox. Huhu

Note : Tak nak letak pic Gearbox. Sedih!