Tempat : Queensbay Mall, Penang, Malaysia Boleh!
Tujuan : Konon-konon nak celebrate besday budak kecik 1 tahun tu.
Motif utama kejadian adalah nak pegi makan kek eskrem abang Robin yang telah digembar-gemburkan sebagai sangat sedap sehingga menjilat jari. Namun apakan daya rupa-rupanya kek eskrem kedai abang Robin yang kat Queensbay tu kena tempah dulu kalo nak. Kat lain pun kena tempah-tempah ke? Entah i dun no. Tak pernah makan pun sebelum ni.
Akibat keterbantutan hasrat nak makan kek eskrem itu, maka lokasi seterusnya ditransitkan sementara ke KFC sebelum ke Tutti Frutti. Kecewa dengan Robin, beralih arah kepada kak Tutti pulak. Kena singgah cari tempat duduk nak bagi Naim makan kenyang-kenyang dulu sebelum ke Tutti Frutti yang kat luar mall tu. Dah singgah KFC haruslah order jugak side dishnya, at least. Takkan nak pegi duduk-duduk makan angin ja kan. Tetiba rasa kenyang pulak walaupun hanya makan nugget & fries ja pun.
Asyik ek ek ja dia semalam tau. Manja betul. Mentang-mentanglah besday boy. Kejap-kejap yang ni tak kena. Kekejap yang nun pulak tak kena. Dia pegang belon, lepas tu dia yang lepas sendiri. Then nanges. Dah kita amikkan balik dia sesaja lepaskan lagi. Pastu nangeh lagi. Uish. Penin kepala.
:: Abah suruh Naim lap meja tu sampai berkilat. haha :: |
:: Hidung busuk! :: |
So jalan-jalan saja. Singgah Popular & Borders nak cari buku Wardina ni. Tapi tak ada lah pulak. Agaknya sebab buku ni launched last year, sekarang kat bookstore dah tak ada kot. Kena beli onlinelah nampaknya.
Pastu terlintas pulak nak tangkap pic Naim kat studio sempena umo setahun ni tapi kat Queensbay pulak tak ada studio. Kedai gambar je yang ada. Frust i. Huhu
Jalan-jalan masuk Jusco. Nak beli sandal Naim kat Larrie Kids. Dah try-try, then SA tu pegilah nak amik yang baru kat stor. Tunggu punya tunggu tetiba boleh pulak dia datang balik bagitau kunci stor dorang ada staf lain amik tak return lagi. Hmmmm Nasib baik mood ok sikit.
Hello Jusco, kunci stor uols ada 1 saja ke??
Then layankan besday boy ni naik menatang-menatang kat bawah ni. Excited betul dia. Terjerit-jerit dia time nak angkat keluar. haha
Gambar ibu haruslah kena ada sikit. Pic kena pilih yang feeling-feeling kurus punya. Kahkahkah
Baru terperasan pic abah takdelah Naim. Haha Cian abah. Lenkali eh.
Sebelum balik tu sempat lagi singgah balik kat kedai abang Robin makan eskrem! Kek takde eskrem pun jadiklah. Tadi merajuk eh!
Sempena besday Naim ni abah belanja dinner kat Tomyam Udang Bukit Dumbar. Menu biasa, ikan stim haruslah kena ada. Ikan 3 rasa, tomyam campur, ayam gajus, daging pedas & kailan ikan masin. Maktok, tokwan & pakngah join sekali. Tapi Naim tak boleh makan pun. haha
Burppp..Alhamdulillah kenyang. =)