15 August 2011

Jalan-jalan Ahad Pulak

Wahwahwah...

Bukan setakat Sabtu, Ahad pun dah jadi hari jalan-jalan pulak. heheh

Hari Ahad around 11 am saya pegi facial kat Real Heaven. Baru ni kan saya beli kupon diskaun thru Mydeal dengan harga RM18.80 untuk VVIP facial tu. So dengan tak menyempatnya pegilah buat facial last week. So far facial dorang, bolehlah. Not bad tapi tak lawan Lucy Bell punya facial. Lucy Bell lagi best. sekarang ni Lucy Bell dah tukar nama jadi Diva. Kat E-Gate ada, kat area luar Queensbay pun ada.

Sampai-sampai tu, macam biasalah isi detail semua dulu. Then dorang interview sikit pasal sejarah facial sebelum-sebelum ni, tanya kalo ada alergik apa-apa dll. 

:: Pakai mesin ni untuk light therapy ::

Tapi rupa-rupanya kupon diskaun ni tak termasuk untuk picit-picit blackhead & whitehead sekali. Dorang bagi basic ja walaupun VVIP. huhu Kena tambah rm48 untuk buat yang tu sekali. Dah alang-alang, takkan nak facial tapi tak nak korek-korek blackheadkan. Baik tak payah facial. So tambah jugaklah memandangkan blackhead kat muka adalah melambak.

Kat bawah ni pic lepas buat ear candle. Pic candle je pun. haha Dorang kata dengan buat ear candle ni boleh tahu tahap mana kadar toksin dalam badan kita. RM18 untuk 2 batang candle bagi kedua-dua telinga. Macam candle saya ni, dorang kata kadar toksin dalam badan boleh tahan jugak. Lepas dah habis bakar candle tu dorang bukak puntung dia tunjuk. Yang ada macam titik air tu tanda ada toksin dalam badan. Kalo normal dia cuma ada habuk-habuk kaler cream tu ja. Dia suruh kurangkan makan KFC. haha Macam tau-tau ja!


Satu yang bagus kat sini, dorang tak push kita untuk beli pakej treatment macam  kat Lucy Bell dulu. Aman sikit dunia, kalau tak asyik dok promote ja memanjang. Kita tau lah nak amik treatment cemana yang sesuai dengan badan & poket kita sendiri kan. Kalo dah asyik dok push suruh amik memacam treatment, customer pun naik menyampah. Tapi treatment Lucy Bell tu memang da bestlah.

Then balik daripada facial, bawak Naim keluar sekali. Kalo tak bawak sekali payah pulak mama nak masak. Memula ingat nak pegi tukar saiz baju melayu bapak saya yang dibeli kat Komtar hari sebelumnya. Sebab bila dah bawak balik tu rasa macam singkat & kecik pulak. Singgah umah mak saya kat Gelugor (weekend saya di umah FIL) sebelum pegi tu nak kasik bapak saya try pakai dulu. Lebar cun-cun dah, singkat sikit ja. Then dia kata tak payah tukar. So tak jadiklah pegi Komtar.

Terus pegi Kamdar Bukit Jambul pulak. Beli baju kat adik saya yang kecik tu ha. Memula dia jual mahal konon tak payah beli, last-last kata kalo nak belanja apa salahnya. Ketuk kang baru tau. Stok kat Kamdar tu tinggal tak banyak, saiz M memang clear terus untuk kaler yang ok-ok sikit. So tak ada pilihan dah amik saiz L je kaler coklat-coklat sikit. Dia request kaler emas, macam-macamlah. Tapi kira emas jugaklah tu.

Habis Kamdar, menyinggah Guardian pulak. Beli Sebamed Naim. Since sekarang dah ok pakai brand ni, tak payah pakai Eubos dah. Sebamed ni wangi lagi berbanding Eubos nun.
* Pic Google

Lepas tu terbeli pulak si losyen cocoa butter nih. Katanya boleh kurangkan bekas stretch mark. Maka berkobar-kobarlah nak menerai. Jangan termalaslah sudah :P

* Pic Google

Then ke pasar ramadhan kita. Pegi kat Bayan Baru punya. Tak meriah sangat pasar ramadhan tahun ni. Tak ramai orang sangat. Semua orang masak kat umah agaknya.

Beli laksa kedah yang sedap tu, kuih-muih ngan air tebu.


Dah tu apa lagikan, balik umahlah prepare apa-apa yang patut sebelum berbuka. Walaupun adalah sorang budak tu tak puasa pun! kahkahkah

Opsss hari ni dah start puasa balik ;)