18 August 2011

Hari Membakar Sedunia

Semalam cuti Nuzul Quran. Tak ada plan ke mana-mana. So merajinkan diri buat kuih raya sejenis dengan kek coklat. Eh brownies. haha

Kuih ni resepi dia ikut majalah ja, biskut nestum + kelapa.


Sambil buat kuih tu bancuh kek sekali. So kena ikut turnlah sapa nak masuk oven dulu. Dan akibatnya sebijik kek telah bertukar menjadi brownies. Macam tak cukup kembang. Sebab biar lama kot lepas dah bancuh :P Alasan...haha Tapi dah letak coklat tu, ok ja.

Kek ni dibuat akibat keterajinan yang melampau semalam. Dan juga akibat permintaan daripada ibu-ibu yang tak mengandung kat opis ni ha. Dah 2 tahun tahan telinga dorang asyik dok suruh buat kek ni. Skill pun dah hilang akibat lama tak buat. haha


Petangnya saya try resepi drpd blog Ainee. Tuan blog kata resepi ni tak ada nama :P Tapi rasa dia ala-ala lasagna macam tu. Senang gila nak buat. heheh Meh nak letak resepi kat sini :-
  1. Rebus Brokoli, lepas tu toskan, susun dalam loyang.
  2. Pukul telur 3 bijik + sikit serbuk lada + garam + susu cair
  3. Tuangkan telur yang dah dipukul tu dalam loyang
  4. Tabur hirisan cheese mozarella. Lagi banyak lagi best
  5. Bakar sampai perang-perang. ('',)

Malamnya pegi urut badan akibat lenguh-lenguh melampau. eceeeh mengada. Taklah, act dah set nak urut dari hari Isnin lagi. Lega. Malam pun tido dengan jayanya sampai sahur pun terlajak. huhu

Tata