08 October 2012

Amway vs Tanamera

Tuan tanah sedang gila survey set bersalin :P

Mula-mula dalam 2 minggu lepas iya-iya rasa nak beli Tanamera.
Hari-hari tengok review menda alah tu.
Tapi bila pikir balik, Tanamera ni lebih tertumpu kepada penjagaan sebelum bersalin.

Penjagaan lepas bersalin dia macam kureng sikit.
For me lah. Untuk orang lain tak sure pulok :P
Dia more tu penjagaan luaran.

TANAMERA POSTNATAL CARE SET 

• Cold Pressed Virgin Coconut Oil 100ML

• Brown Formulation Soap 125G
• Herbal Massage Oil 100ML
• Lavendar Floral Water 70ML
• Feminine Herbal Wash 14 SACHETS X 10GM
• Herbal Bath 14 SACHETS X 10G
• Herbal Tea 14 SACHETS X 2G
• Firming Herbal Blend Paste 14 SACHETS X 15G
• Abdominal Wrap 
• Calming Blend Paste 4 SACHETS X 20G
• Boreh Body Scrub 4 SACHETS X 20GM

TOTAL ITEMS = 11



Penjagaan dalaman cuma ada herbal tea sajo.
Ehhh ada VCO (Virgin Coconut Oil) tu, tapi macam tak berapa nak jamulah.

Setnya nampak murah, RM360 per set.
Kiranya masih harga yang berpatutan untuk set bersalin coz dulu masa Naim saya beli set NR pun dah 4++.

Tapi sila jangan terpedaya dengan set Tanamera ni okeh. hahaha
Ye lah, sebab dalam set tu jumlahnya memang tak mencukupi untuk kegunaan 44 hari.
So sapa yang berminat dengan set ni rasanya perlu beli tambahan jugak untuk produk-produk yang tak mencukupi tu.

Harga tambahan seperti kat bawah ni :-

Minyak Kelapa Dara , RM34 
Herba Pembersih Wanita , RM26.50
Herba Mandian , RM26.50
Minyak Urut Herba ,RM33
Bengkung, RM70 
lulur Badan Herba, rm46 
Sabun Mandi Herba , rm15
Air Bunga Lavender ,rm36

Untuk makluman juga, Herbal Tea untuk diminum tu memang tak ada jual secara loose.
Abih tu cemana ek?
Dalam set hanya ada 14 sachet, 1 uncang boleh guna dua kali @ 1 hari.
So 14 sachet hanya tahan 14 hari.
Selebihnya kena minum teh boh la kot. kahkahkah
Takkan nak kena beli 2 set kan?
360 x 2 = 720? Pheeewwwww

Dahlah herbal tea ni satu-satunya untuk penjagaan dalaman yang berasaskan herba.
How?

Setelah dipikir semasak-masaknya, saya decide nak beli VCO (Virgin Coconut Oil) & Brown Formulation saja from Tanamera.
VCO tu dikatakan dapat mengurangkan luka kat private part if  bersalin normal.
Dan boleh guna untuk sapu pada perut untuk kurangkan stretch mark jugak.
Brown Formulation Soap tu untuk penjagaan kulit ja ;)
Sabun ala-ala scrub if tak silap.

Dalam sehari dua ni rasa nak beli Amwaylah :P hahaha
Sebab tgk review macam menarik kebabom ja.
Dan sebab packaging dia nampak cool gitu.


Tapi yang penting sebab review dia nampak memuaskan.
Herba dia tak sekuat NR, so kurang risau la nak makan if baby kuning nanti.
Rasanya kebanyakan baby sekarang ni memang akan kuning jugak walaupun sikit.
Tambah pulak ibunya darah O, memang konfem-konfem risiko tu lagi besar disamping faktor-faktor pemakanan semasa.

Setakat ni harga yang paling murah untuk set ni RM270 bersih.
Cukup untuk kegunaan 44 hari.
Bayo duit, tunggu Poslaju mai depan pintu umah saja :P

Meh kita tengok apa yang ada dalam set Tropical Herb Amway nih ;)

KELEBIHAN PRODUK SET BERSALIN AMWAY – TROPICAL HERBS
1. HERBA MANDIAN – Herba dan bunga tropika yang sangat harum untuk menyegarkan semula tubuh dan membangkitkan mood. Herba-hrba lain seperti serai wangi dan daun limau purut melegakan lenguh-lenguh dan sakit otot manakala kunyit dan usnea barbata memberikan khasiat antibakteria dan antifungus untuk menangani masalah kulit yang ringan termasuk kegatalan dan ruam. Herba ini juga boleh diletakkan di dalam periuk sauna ketika bersauna untuk menyegarkan badan.
2. MINYAK URUT HERBA – Minyak yang dicampur khas daripada herba-herba yang direbus secara teliti. Rumusan zaman berzaman yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan, memberikan khasiat antibakteris, antispasmodik, antifungus dan astringen. DIbuat menggunakan minyak kelapa sawati yang kaya dengan vitamin E dan A, ia juga dapat menghangatkan kulit dan merangsang peredaran darah untuk merehatkan otot yang tertekan akibat proses bersalin.
3.  MINYAK BAYI – RUmusan semulajadi yang berkesan untuk mencegah angin dan kembung perut bayi. Ia dirumus menggunakan 100% tumbuhan dan minyak pati tanpa mengandungi menthol atau mentil salisilat. Boleh digunakan setiap hari ke atas bayi, hanya satu atau dua titis setiap penggunaan sudah mencukupi.
4. CAMPURAN PENGHANGAT BADAN – Apabila disapu pada seluruh badan, ia membantu peredaran darah dan mengurangkan bengkak air. Herba-herba yang digunakan dalam campuran ini termasuk halia, biji hitam, buah pala, bunga cengkih dan kunyit.
5. CAMPURAN PENENANG – Mengandungi herba yang menyamankan seperti biji hitam, daun turi dan asam jawa. Ia membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kurang tidur. Calit sedikit pada dahi juga mennyegarkan dan mengurangkan rasa berat di sekitar mata.
6. CAMPURAN PERAMPING PERUT – Tanah liat yang ditulenkan dengan air limau nipis dan herba-herba yang dikisar digunakan bersama dengan bengkung membantu ibu-ibu mengetatkan bahagian abdomen dan membantu mengempiskan perut disamping mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin. Juga berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda hitam pada bahagian perut.
7. HERBA PEMBERSIH WANITA – Melegakan ketidakselesaan disebabkan keradangan di bahagian alat sulit. Campuran herba yang begitu harum ini dapat menhilangkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit. Ia juga tinggi kandungan tanin yang membantu mengecutkan tisu alat sulit dan mempercepatkan penyembuhan. Mengandungi herba-herba seperti sirih,kunyit,manjakani,halia hutan dan daun jambu batu.
8. TEH HERBA – Tonik yang diilhamkan daripada rawatan selepas bersalin yang diamalkan oleh keluarga diraja Perak. Ia digunakan sejurus selepas bersalin untuk membersihkan sistem dan menyingkirkan darah beku dari rahim. Mengandungi kunyit, manjakani, halia, jintan putih dan hitam. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan keradangan tisu vagina.
9. PIL SELEPAS BERSALIN 1 – Pil yang membantu mengembalikan tenaga , melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Menggabungkan herba yang digunakan secara tradisional dalam sistem ayurveda dalam bentuk kapsul sayuran juga shatavari yang meningkatkan pengeluaran susu.
10. PIL SELEPAS BERSALIN 2 – Pil ini membantu ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal secara dalaman an luaran. Mengandungi kombinasi herba yang sangat astrigen untuk membantu pengecutan rahim dan otot vagina.
11. BENGKUNG KAPAS – Digunakan bersama-sama campuran peramping perut, ia memejalkan otot dan kulit perut, menggalakkan postur yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi dan membantu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin disamping mengempiskan perut.
Macam best kan?

I loike ;)

29 September 2012

DNE (De'Noorish Elegance) Reseller

Pheeewwwwww

haha asal mula entry ja merungut-rungut eh sebab sedekad sekali baru nak hapdet. Sapa suruh kan. heheh

Well :P
Latest news?
Macam banyak benda nak cerita, sampai tak tau nak mula yang mana satu dulu.
Topic by topic la eh, baru tak serabut ;)

Officially, now saya sudah tak carry jenama Fareeda dah sekarang.
Beralih kepada sesuatu yang mempunya kualiti dan keselesaan yang sama tapi harga murah sikit compare to f itu.
haha kasik short form pulak f tu sekarang :P

Act saya start apply jadi reseller DNE (De'Noorish Elegance) pertengahan bulan Sept baru ni. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan walaupun ada sikit ja kekosongan masa tu.
Rezekilah, sebab DNE pun terhad jugak peluang nak jadik reseller dia, stokis apatah lagi kan.
Untunglah sapa yang dari mula kewujudah DNE dulu dah jadik dealer so dorang automatik sudah jadik stokis sekarang.
Tapi bukan mudah jugak untuk dorang naik masa awal-awal dulu. Iye tak? ;)

And tolong jangan tanya saya kenapa sudah tak jadik reseller f itu.
Tak payahlah saya nak bukak pekung mana-mana pihak since dulu pun saya pernah menambah pendapatan dengan brand tu.
Cumanya sekarang cinta itu sudah tiada.

Mostly stok yang satu masa dulu saya gila-gilakan sudah diprelovedkan.
I'm not interested anymore.
Yang masih ada pun tinggal yang kerap dipakai sajo.
Dah kerap pakai takkan nak jual kat orang jugak kan.
Tak sesuai.

Lucky me, lepas seminggu saya jadik reseller DNE, sistem dealer n reseller bawah f diberhentikan sementara waktu.
Iye ke sementara?
Entahlah, hanya mereka dan keluarga mereka yang tahu :P

Saya pasti, management DNE dapat banyak pertanyaan untuk permohonan nak menjadi reseller.
Sebab dalam masa dua minggu saya jadik reseller ni pun banyak pertanyaan (termasuk drpd bekas-bekas reseller f) macam mana nak apply jadi reseller.
Mana-mana pertanyaan, silalah pm management DNE direct yooo coz saya tak ada kuasa mau jawab apa-apa.


So far, sambutan terhadap DNE adalah sangat menggalakkan okeh.
DNE ada peminat tersendiri, bukan cikai-cikai jugak peminatnya sebab harga sehelai pun sekitar 155-165 ;)


Sesiapa yang belum pernah mencuba, meh la try.
Dijamin best dan selesa.
Berbaloi dengan harga!
Dalam dua minggu ni saya baru balas 4 lai masuk dalam koleksi sendiri.hahaha

Ijau printed macam kat bawah ni saya ada 1!
Cantik tau ;)
1 lagi sudah sold out ;)


So, jangan lupa add me kat fb (sama ja fb masa jual f dulu) : DNE Fadelina

Jumpa lagi!

29 August 2012

Raya 2012

Rasanya masih belum terlewat saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Sebenarnya nak hapdet entry baru sehari sebelum raya tu tapi blogger ni problema pulak time tu.


Rerasa ceria tak pic raya nih? heheh

Haah memang nampak Naim macam ceria lah sesangat kan.
Tapi silalah jangan terpedaya dengan ini pic ;)
Berlakon ja tu. Tapi okeh la jugak, selepas berhempas-pulas-pusing dapatlah pic dia sengih cenggini.
Ni antara sekeping dua pic yang paling senonoh utk pic familylah kiranya.
Punyalah menyiksa nak amik pic time ni sebab mood dia entah ke mana.
Last-last bagi pegang lori barulah okeh sikit.
Kalo tak asyik menggeliat ja dia tau.

Dan akibat ibu Naim tak ada tudung biru, maka tudung kelabu pun ok, layankan sajo.
Kononnya nak carik tudung electric blue jugak untuk raya tapi sampai ke sudah tak beli pon.
Pakai saja apa yang ada, asal masuk ;)
Baju raya pun itu sajalah sepasang, coz perut pun dah besar macam rugi pulak nak beli baju bebanyak, nanti tak tau lepas ni nak boleh pakai lagi or not.
Ke longgar pulak lepas ni.
Sapa tau kan? kahkahkah


Raya tahun ni pepegi kat Gelugor dulu, petang baru balik Batu Maung.
Tahun ni Naim jadi tukang bagi duit raya kat budak-budak yang datang umah.
Siap ajak masuk umah lagi tau ;) heheh
Dia sua duit  raya macam gangster oooo "Nah amik!"
Dah tu siap wish kat sensorang " Selamat Ari Aya!"
Pandai anak teruna ibu tu ;)


Selalunya pukul 2 tu dah berangkut balik, means kalo ada kat Gelugor, berangkut balik Batu Maunglah.
Tapi kali ni Naim dilanda angin kuskus, pukul 1 lebih tu punya mengamuk puncanya takmau pakai pampers.
Dari tak mau pakai pampers meleret nangeh tak mau-mau.
Bagi susu pun tak jalan jugak.
Last-last terlena sendiri sampai ke pukul 5.
Maka lambatlah berangut pulang, cian tokwan dok tunggu Naim.

Menu rutin tetiap tahun adalah nasik impit, lemang balut dalam daun pisang, rendang daging cili api (my fav nih), sayur lodeh, rendang ayam dan kuah kacang.
Dan semua clear menjelang petang.
*pic lupa amik daa.

Raya ke 2 aktiviti adalah melawat sedara-mara belah MIL kat area Baling nun.
Nasib baik tak terlepas ke Kota Bharu. hahaha
Keta FIL jalan dolu, kitorang singgah beli KFC kat Tesco untuk Naim, singgah Gelugor amik tali pinggang lakilah, siap membuang lagik :P

Memula nak ke Klian Intan, area jalan lama nak ke Grik tu (betoi kan?) tetengok terlepas sampai RnR Sungai Rui.
Patah balik, singgah makan KFC Baling sementara tunggu FIL patah balik area Kupang/Baling.
Nak membeli KFC pun dekat setengah jam punya beratur.
Dahlah orang ramai sepasal, pastu kena pulak kaunter yang lembap nak mam!
Dah tu dapat zinger keras pulak, memang sueyyylah.
Terbantut abih selera yang membuak-buak sebelumnya. Cisss!

Dah abih makan barulah start jalan rayo.
Sempatlah beraya 4-5 rumah kalo tak silap.

Dan bestnya jadik budak-budak zaman sekarang kan.
Tambah pulak jadik Naim, untung sebab da only cucu dalam dua-dua belah family.
Dulu-dulu kita nak dapat 100 pun payah. huhu
Duit raya Naim sajo dah nak dekat 700 setakat ni. phewww
Lepas banyak lai kalo beli Fareeda nih. haha
Eh taklah :P Haruslah simpan dalam buku kan ;)
Habuan Naim nak pegi Universiti nanti.

Ok sekian hapdet suam-suam untuk cerita raya =)
Tata

09 August 2012

Raya Theme

Setelah berlenguh-lenguhan kaki dan tangan mencari baju raya yang sedondon untuk Naim dan bapaknya, maka theme raya tahun ini adalah ELECTRIC BLUE!


Kaler lelain tu, tang baju Naim ok, tang bapaknya pulak kain tak kena.
Panaslah, macam kain buruklah.
Macam-macamlah.

Akibat ibu Naim tak jumpa baju siap warna senada yang berkenan, maka diputuskan beli je kain kat Kamdar hantar jahit ja kat Bukit Jambul nun.
Dahlah hantar masa dah start puasa, nasib baik ada kedai boleh amik lagi.
Itupun sebab dah biasa buat kat situ.
Dan sebab buat baju kurung sajo.
Kalo pesen-pesen konfem akak tu tak nak dah :P

Baju raya Naim yang kasual semua sudah ready, baju 6 lai, seluar 4 lai.
Cukuplah kan, beli bebanyak nanti kejap ja dah tak boleh pakai.
Kasut tak payah beli sebab baru ja beli sandal kat Garfield bulan sudah.
Rugi beli banyak-banyak kasut sebab abih bertahan pun takat dua bulan, lepas tu dah tak muat kena beli lain pulak.

Baju ibu ngan abah ni sepasang aje lah sorang.
Kasual-kasual semua tak ada.
Pakai je apa yang ada kan.
Lagipun bila dah ada anak ni janji lepas tang keperluan anak pun dah cukup baik.
Mak bapak dah tak kisah sangat pun ;)

Lagipun perut dah besarlah, dah 4 moths lebihkurang.
So rasa macam rugi pulak beli baju siap, nanti kena amik saiz besar sikit.
Maklumlah lepas bersalin kali ni plan nak bagi turun berat banyak sikit so nanti kalo beli baju besar-besar rugi pulak dah tak boleh pakai.
Ewahhhh apa pun, semangat tu penting kan. haha

Insyaallah kali ni nak pantang betul-betul takmau main-main.
Hopefully boleh beranak normal, baru boleh bengkung-bengkung semua.
Kalo operate jugak? hhhmmmmm lambat pulaklah perut nak turun.

Sekarang sedang survey-survey private hospital untuk bersalin nanti.
Takmau beranak kat MH dah :P
Serik, boleh meroyan. haha

Nak carik yang harga berpatutan sebab kena amik kira kos if kena operate jugak.
Sebab kemungkinan tu tetap ada.
Dan yang paling penting kali ni nak carik dokter pompuan.
Tak mau dokter laki, segan uuuu.
Kalau kat MH kot mana pun konfem akan dapat dokter laki jugaklah walaupun dokter pompuan ada sekali time tu.
Yelah, MH mana boleh demand nak pilih-pilih.
Terima ajelah seadanya.

Hahaha tajuk raya tapi melalut masuk bab beranak puloks :P

30 July 2012

Selamat Hari Lahir Naim


Hepi Besday our dear Naim.

Tup tap tup tap, terasa sekejapan sangat masa berlalu.
Genap DUA tahun sudah umur putera TERCINTA.


Sekarang hari-hari bertambah ceria dan bermakna sejak adanya dia.
Walaupun sedih, walaupun gusar, hati akan gembira bila mendepani keletahnya



Setiap perkembangannya mahupun setiap kenakalannya, hati ibu dan abah terhibur sentiasa.


Moga-moga Allah mengkurniakan kebahagiaan berterusan buat kami sekeluarga selagi adanya permata yang senantiasa ceria.


Hepi Besday Naim.
Ibu dan abah LOVE Naim SSSSooooooooo Much!!!!
Be a good boy ever ;)



Love,
Ibu & Abah  30/7/2012