19 September 2013

Bayview Batu Ferringhi

Jumaat 6/9 baru ni kami sefamily pegi bercoti.
Lokasi nuuuun dekaaaaat ja pun.
Orang kata kalau kentut pun dengar :P

Pegi Bayview Bt Feringghi sajo.
1 malam cukup.
Tujuan utamanya nak bawak Naim mandi kolam.
Bagi dia seronok sikit sebab next week abah Naim dah nak naik kapai balik.

Ini semua lakonan semata-mata. haha

Bilik ok.
Walaupun hotel lama tapi oklah sebab hotel ni dijaga elok.
Bilik sederhana, standardlah.
Kemudahan macam Vistana gitu.


Saya kurang minat sikit nak bagi anak berendam dlm tub mandi kalo tub tu saja yang dorang sediakan utk madi dan berendam.
Sebab tak bersihlah op cos.
Ye lah, kat situ lah nak mandi dah tentu-tentu jugak dlm tu jugak orang kencing time mandi!
Kalau disediakan tempat mandi berasingan barulah konfiden sikit nak bagi Naim berendam.


Aktiviti malam adalah makan saja.
Ingatkan boleh menyinggah night market batu ferringhi tu tapi hujanlah pulak malam tu. huhu
Maka aktiviti dalam bilik ajalah.


Naimlah orang yang paling syiok.
Memang pebretlah budak-budak kalau jumpa air.
Tak hengat punya.
Itupun jenuh nak ajak naik.

Kolam Bayview best!
Besar pulak tu.
Untuk dewasa ada, baby ada.
Untuk budak-budak main tu pun ada.
Memang bestlah kalau bawak budak-budak.


Next time kalo plan nak bawak anak mandi kolam dan aktiviti pantai, Bayview Batu Feringghi adalah antara pilihan yang terbaik.
Dari segi harga dan kemudahannya.
Harga untuk 1 malam, weekdays gov. rate sekitar rm250 untuk hillview.
Oklah, berpatutan sangat.


Ok.
Ibu dan Medina kena tengok saja.
Tunggu Medina dah besar sikit lagi baru seronok bawak masuk kolam ;)

Budak kena bungkus sebab hujan :P
Sekian laporan untuk kali ni.
Ada jodoh jumpa lagi!
=)