29 August 2013

Tv Baru Kiteeee ngeeeeee

Kelmarin 2 hari gila cari tv baru.
Tak plan pun sebenarnya.
Tetiba ja petang tu kat Tesco ada promo tv.
Then terus terasa nak tukar tv kat umah. haha

Tv kat umah ni tv kotak 20" jenis zaman dahulu kala.
Mak saya beli rm200 kot sebab ada orang tolak, nak pakai duit.
Tu yang tetiba terasa nak ganti baru.
Kasik besaq sikit.


Memula aim Led Tv 32" ja.
Lagipun harga pun tak mahal sangat.
800++ gitu ja.

Tapi laki pulak hasut suruh amik ja yang besar.
Dah alang-alang katanya.
Maka otak pun pusing-pusing pening.
Kejap Led, kejap plasma.
Kejap besar, kejap kecik.
hahaha

Malamnya pun sanggup pi Jusco nak survey tv.
Maklumlah ai kalo mau mana boleh nak tunggu lama-lama :P
haha

Maka malam semalam pegi Jusco QB.
Belek punya belek kat Jusco.
Pening lagi.

Tak puas hati, pegi Seng Q dalam QB tu jugak.
Punyalah belek.
Tak final lagi plasma or Led.
Tetiba Smart pun boleh masuk senarai.
Tapi hat ni bajet over sangat.
Smart katakan.

Patah balik masuk Jusco.
Ok final! Nak amik Led lah.
Salesperson tu suh mai hari Jumaat pulak sebab masa tu boleh dapat kupon sekali.
So plannya Jumaat lusa barulah nak pegi.
Sebab dah aim Sony 40".
Harga baru 1600.

Tetiba hari ni terasa nak pegi Panashop belah town nun.
Hari tu beli mesin basuh lebih murah kat situ.
Murah 100++ jugak berbanding kedai-kedai lain.
Sebab uncle tu dealer Panasonic.


So dia rekemen yang 39" saja.
Murah banyak la berbanding 40" ke atas.
Bila dah masuk range lebih 40" harga dah jauh beza padahal 39" dgn 40" tu bukan beza mana pun kan.

Maka angkutlah tv ni balik umah tengah hari tu jugak.
Balik tu dan-dan suruh adikku pasang.
Dah rasmilah pun ;)


Harga rm1,330.00 sajo ;)
Kat lain tak taulah berapa, sebab tak survey dah model ni.
Terus amik ja.
Maleh pening-pening + tak menyempat dah. :P

Daaaaaa!