29 April 2013

Katakan TIDAK kepada TABITA

Tabita skincare.
Siapa pernah dengar?
Siapa yang taksub nak cepat dapat kulit cantik *kononnyalah... konfem pernah dengar.
Produk ni dari Indon.
Biasalah benda macam ni dia macam tsunami.
Naik mendadak turun pun mendadak jugak.



Seriuuuuussly, dis product tidak disyorkan sama sekali!!!
Jangan beli.
Jangan beli.
Dan jangan beli.
Tapi kalo nak beli jugak terpulanglah.
Rm masing-masing.
Sebab saya pun dah terpedaya dek promosi kat blog-blog mereka yang menjual tabita nih.

Saya kan.
Pompuan yang tamak. haha
Masa beli tu, tak mau-mau beli yang besau terus.
Act memula dah bayar untuk trial set rm186.
*Trial set pun repacking oleh dealer uols.
Lepas tu cemanalah boleh ubah fikiran tukar yang exklusif set terus rm330.
Kononnaya boleh pakai lama.

Hari barang sampai tu, masa 1st time nak pakai tetiba cleanser dia terjatuh dalam bilik air.
Maka berteraburlah isi perut botol tu.
So cepat-cepatlah saya kaut dengan dedua tapak tangan isi dalam botol balik.
Rugi wehhh beli mahal!

Lepas dah cuci tangan semua rasa tapak tangan pedih.
Masa tu rasa macam dah tak sedap hati.
Dekat tapak tangan pun menatang ni dah pedih apa lagi kalo sapu kat muka kan.
Tapi dasarrrrr nak cepat cantik.
Pakai jugak uolllssss.

Then pakai smooth lotion dia pulak.
Bau tu memang bau asid.
Sebab tu orang mengandung tak boleh guna produk ni.
Tapi dasarrrrr lagi.
Kan nak cepat cantek.
Pakai jugak dengan day n night cream dia.

Masuk hari ke-2, baru 4 kali pakai kulit dah rasa menggerutu.
Serius menyesal gila babis beli tabita tu.
Kalo tak, lepas beli Pearl Haya 2 lai tau.
Kalaulah kutahu...

Lepas dah stop pakai tu baru muka mula mengelupas.
Then bahagian yang disapu dengan benda alah ni jadik macam terbakor.
Jadik merah nak gelap.
Macam pakai topeng gitu.
Lakiku kata macam alien. Cisssss

Rasa tak tau nak habaq orang utara kata.
Rasa nak nangeh pun ada.
Ye la kulit elok-elok saja cari pasal.
Ehh taklah elok sangat, misi sebenarnya nak mengurangkan dan mengatasi open pores.
Itu aja.

Tak pernah lagi rasa menyesal nak mampuih macam ni tahu.
Serius gila menyesal.
Haaa amik kau nak gambarkan ayat menyesal yang tak dapat digambarkan kemenyesalan itu.
Menyesal menyesal dan menyesal.

Selepas ni cukupkah pakai produk yang well known.
Bukan setakat well known, tapi biarlah dengan feedback yang positif atau sekadar biasa-biasa aja.
Yang pasti bukan feedback yang menakutkan seperti ini.

Dan dengan ini saya secara seikhlasnya menasihatkan sesiapa yang berhasrat nak guna produk ni berfikirlah beribu-ribu kali sebelum menyesal *menyesal lagi.. seperti saya.

Sekian.

* ini tabita original okeh. kang ada pulak makhluk yang kata ni fake punya.
* yg asli pun dah bau asid, yang fake bau cemanalah agaknya. tepuk dada tanya selera dan kulit muka memasing.