22 December 2012

6, 7, 8 Pearl Haya

My latest koleksi Pearl Haya =)

Pepel polkadot ni adalah rm169 if tak silap.
Dapatlah diskaun sikit jadik rm165.

Walaupun baru ni amik yang saiz muka M, still oklah sebab dah try real.
Sebab ada jugak yang saiz muka M tapi ketat ya ampun.
Yelah tukang jahit pun manusia, kekadang lari jugak ukuran dia.
Tapi if beli online lebih selamat amik muka L sajo.
Konfem-konfem selesa.
Maklumlah muka bulat tapi comei. kahkahkah



Coklat kat bawah ni beli last week.
Beli kat tempat yang sama.
Butik Munawwarah kat Bayan Baru.
Siap tambah batu sikit kat awning ngan kat depan.
Tambah batu akak tu charge rm10 ja, so dgn tudung dapatlah total rm170.

Real adalah sangat cun okeh.
Coklat is my fav color so kat mata aii of cozlah bebila pun coklat tetap cun khennn :P

pic credit to : issofia.onlineshoppe

Ini masih dalam penantian.
Baru buat payment tadi.
Isnin baru tuannya nak pos =)
Beli atas tangan orang tapi still new with tag.
rm170.

Ok stop tudung untuk bulan ini =)


Tak taulah kenapa pembawakan baby kali ni betul-betul tak lalu tengok or nak pakai tudung 3 layer.
Terutamanya masa awal-awal.
Dan sekarang masuk hujung-hujung pregnancy ni dia jadi pulak dah.
Rasa nak termuntah ja tengok tudung shifon 3 layer itu.
Hadoiiii

Mungkin sebab dah jatuh cinta dengan yang baru nih kot :P
Gud bye 3 layer.

05 December 2012

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan

** edited :  tulisan merah ni edisi tambahan sebab mulai 2013 ada beberapa perubahan yg dibuat oleh Bhgn Pinjaman Putrajaya.

Tajuk gila skema. hahaha

Today nak share apa yang diperlukan untuk permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan.
Sharing is caring kan ;)

Act ini untuk prosedur pembelian rumah atas tangan orang.
Kalo rumah baru dll tidaklah dapat dipastikan pulak prosedur keperluan borangnya.
Rasanya lebih kurang tapi mesti berbezalah kan.

So sesiapa yang nak buat panduan, apa yang kita perlukan bila nak mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan, bolehlah rujuk senarai di bawah.


Perlu drpd PEMOHON :-

1) Salinan IC Pemohon.

2) Slip Gaji Original (1 bulan).

3) Kiriman Wang (untuk bayaran wang proses) kepada :-

Setiausaha,
Bhgn Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia,
No 9, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA


(RM1 bagi setiap RM1,000.00 utk pinjaman pertama)
means kalo rumah yang kita nak beli tu harganya RM150,000.00 wang prosesnya akan jadi RM150.00

- mulai 1 Januari 2013 WANG PROSES adalah RM100 untuk setiap permohonan tak kira berapa pun harga rumah.

4) Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
* Makesure dapat borang baru sebab tahun 2012 ni dah ada borang format baru.


- borang permohonan di atas tak lagi digunapakai. Pemohon perlu isi permohonan secara online. Boleh rujuk SINI.

5) Borang 1 - Permohonan Laporan Penilaian utk Pinjaman/ Pembiayaan Jenis I/II/III/IV/V/VI/VII

6) Borang 2 - Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Sera Faedah/ Keuntungan Dari Gaji, Apa-apa Faedah Persaraan Dan Terimaan Daripada Kerajaan.
*HR akan bagi sekali dengan surat yang mengandungi maklumat jawatan dan gaji pemohon.

7) Borang 6 (Pindaan Borang 10) - Akujanji Pemohon Mananggung Rugi Kerana Membeli Harta Daripada Penjual Yang Masih Ada Hutang Bank.


Perlu drpd PEJABAT LAWYER

8) Surat :-

(i) Akujanji Pemegang Pertaruhan (Kes Gadaian)
(ii) Perakuan Pemegang Pertaruhan
(iii) Perakuan Firma Guaman Yang Bertindak Sebagai Pemegang Pertaruhan

9) Borang 4 - Hakmilik Strata

10) Borang 14A - Pindahmilik Tanah Bahagian Atau Pajakan

11) Statement 6 bulan drpd bank dimana  si penjual membuat pinjaman. 

12) Sale And Purchase Agreement antara Penjual & Pemohon (perlu ada 1 Original *yg distamping & 3 yang Disahkan oleh lawyer)

* Original utk simpanan Pemohon
* 3 lagi Salinan yang Disahkan utk submit ke Bhgn Perumahan, Bhgn Penilaian & Simpanan Pejabat yg memproses.

13) 2 Salinan Sale And Purchase Agreement ASAL (antara pemaju & penjual) yang Disahkan oleh lawyer.
* 1 salinan utk submit ke Bhgn Perumahan dan 1 lagi utk simpanan pemohon.

14) Borang 10 (Kes Sekunder).

15) Kebenaran Pindahmilik dan Menggadai.

Sekian, daripada pemohon yang pening sebab nak tunggu settle satu-satu borang pun berzaman akibat kelembapan pejabat lawyer yang dipilih. 

03 December 2012

SEGERA! Jawatan Kosong - Penang Area

SEGERA! Jawatan Kosong - Penang Area



** Lelaki 

** Kawasan : Gelugor, Pulau Pinang (Penghantaran sekitar kawasan BARAT DAYA & TIMUR LAUT)

** Basic Gaji : RM 1,000.00 dan lain-lain insentif apabila mencapai target jualan yang ditetapkan.


** Waktu Bekerja : 9.00 pagi - 6.00 ptg


HUBUNGI :


019-559 3536

013-455 6782

019-555 6782

02 December 2012

1st Batch of My Pearl Haya

Dis is hepen when pompuan bernama Norfadelina tu mula addicted pada sesuatu.
Seriusly, seminggu dua ini sangat gila dengan tudung.
Gila bangat especially dengan Pearl Haya.
Whoaaaaaaaa

Start order PH ni thru website dia seminggu dua lepas.
Try 2 lai.
Best wehhhhh :)
Tak payah jaga rapi-rapi sangat.



Last week jugak terrrterjah kedai kat Bayan Baru nun.
Terrrrberkenan 2 lai lagi.
Dah terrbekenan orang kata jangan tunggu, nanti makan tak kenyang, tido tak lena, mandi pun tak basah.
Nanti meleleh air liur baby.
Baby pulak jadik mangsa eh.kahkahkah

32nd weeks of pregnancy 


Tudung ni kalo bawak pi mandi laut memang ada harapan boleh dapat ikan, udang dengan ketam sekali nih. hahaha




Just realize saya lagi sesuai dan selesa dengan jenis P2-L
Masa order online ritu amik P2-M.
Tapi ok je pun, sebab lepas beranak ni kan muka nanti kecut sikit.
kan kan kan?
Iyekan ajalah ye dak.

Act  PH ni ada P1, P2 & P3 mewakili labuh tudung.
P1 Small, P2 Medium & P3 Large.

Untuk bukaan muka barulah kita tengok tang hurup tu.
S, M or L.
So macam saya ni tang labuh suka yang medium (P2) tapi bukaan muka ok je M or L.
If M memuat je lah, kalo amik L lagi selesa.
Both ok.

Yang lagi-lagi syiok, pakai PH ni tak payah pakai anak tudung.
Sebab material dia tang kepala semua lycra.
Walaupun ada design yang berlayerkan shifon dll, kat kepala still ada lycra sikit, best!
Selalu pakai 3 layer fareeda or dne nak kena pakai at least cekak kain supaya tudung tak melorot.
Tetiba rasa heaven ja, tak payah penin-penin kepala kalo cekak kain tertinggal, terhilang dsbgnya.

Tiga hari lepas rembat lagi selai, netto shiffon ruffles.
Setakat ni yang inilah paling mahal sikit antara 5 lai yang saya ada tu =)
Baru 5 lai ja, kesiannnnn :P

32nd weeks of pregnancy 

Akibat 5 lai PH dalam masa seminggu dua ni, kena mintak subsidi kat husbandlah sementara nak gaji.hahaha
Mintak nyawa mintak nyawa.
Purse dah tinggal ic, kad Tesco, kad Jusco ja. hahaha

opppsss nanti ada pulak yang baca entry ni sampai abis tapi tetiba kata *text missing!
heheh laki aii ler tu :P