05 December 2012

Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan

** edited :  tulisan merah ni edisi tambahan sebab mulai 2013 ada beberapa perubahan yg dibuat oleh Bhgn Pinjaman Putrajaya.

Tajuk gila skema. hahaha

Today nak share apa yang diperlukan untuk permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan.
Sharing is caring kan ;)

Act ini untuk prosedur pembelian rumah atas tangan orang.
Kalo rumah baru dll tidaklah dapat dipastikan pulak prosedur keperluan borangnya.
Rasanya lebih kurang tapi mesti berbezalah kan.

So sesiapa yang nak buat panduan, apa yang kita perlukan bila nak mohon Pinjaman Perumahan Kerajaan, bolehlah rujuk senarai di bawah.


Perlu drpd PEMOHON :-

1) Salinan IC Pemohon.

2) Slip Gaji Original (1 bulan).

3) Kiriman Wang (untuk bayaran wang proses) kepada :-

Setiausaha,
Bhgn Pinjaman Perumahan, Perbendaharaan Malaysia,
No 9, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA


(RM1 bagi setiap RM1,000.00 utk pinjaman pertama)
means kalo rumah yang kita nak beli tu harganya RM150,000.00 wang prosesnya akan jadi RM150.00

- mulai 1 Januari 2013 WANG PROSES adalah RM100 untuk setiap permohonan tak kira berapa pun harga rumah.

4) Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
* Makesure dapat borang baru sebab tahun 2012 ni dah ada borang format baru.


- borang permohonan di atas tak lagi digunapakai. Pemohon perlu isi permohonan secara online. Boleh rujuk SINI.

5) Borang 1 - Permohonan Laporan Penilaian utk Pinjaman/ Pembiayaan Jenis I/II/III/IV/V/VI/VII

6) Borang 2 - Surat Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Sera Faedah/ Keuntungan Dari Gaji, Apa-apa Faedah Persaraan Dan Terimaan Daripada Kerajaan.
*HR akan bagi sekali dengan surat yang mengandungi maklumat jawatan dan gaji pemohon.

7) Borang 6 (Pindaan Borang 10) - Akujanji Pemohon Mananggung Rugi Kerana Membeli Harta Daripada Penjual Yang Masih Ada Hutang Bank.


Perlu drpd PEJABAT LAWYER

8) Surat :-

(i) Akujanji Pemegang Pertaruhan (Kes Gadaian)
(ii) Perakuan Pemegang Pertaruhan
(iii) Perakuan Firma Guaman Yang Bertindak Sebagai Pemegang Pertaruhan

9) Borang 4 - Hakmilik Strata

10) Borang 14A - Pindahmilik Tanah Bahagian Atau Pajakan

11) Statement 6 bulan drpd bank dimana  si penjual membuat pinjaman. 

12) Sale And Purchase Agreement antara Penjual & Pemohon (perlu ada 1 Original *yg distamping & 3 yang Disahkan oleh lawyer)

* Original utk simpanan Pemohon
* 3 lagi Salinan yang Disahkan utk submit ke Bhgn Perumahan, Bhgn Penilaian & Simpanan Pejabat yg memproses.

13) 2 Salinan Sale And Purchase Agreement ASAL (antara pemaju & penjual) yang Disahkan oleh lawyer.
* 1 salinan utk submit ke Bhgn Perumahan dan 1 lagi utk simpanan pemohon.

14) Borang 10 (Kes Sekunder).

15) Kebenaran Pindahmilik dan Menggadai.

Sekian, daripada pemohon yang pening sebab nak tunggu settle satu-satu borang pun berzaman akibat kelembapan pejabat lawyer yang dipilih.