10 November 2011

Demam

Naim start demam hari Khamis lepas.
Rabu tu ibu dia yang rasa macam nak demam tetiba tak jadik, terpindah kat Naim pulak.
Cian dia.

Hari mula nak demam tu mantain boleh memain lagi.
Habis dibagi selerak baju-baju kotor dia.


Jumpa star pulak kat baju ni ha.
Sekarang dah tak panggil bintang.
Sudah jadi omputih yuuuu..
STAR okeh!


Time on off.
Nak naik car tapi tak larat.
Landing dulu.


Ini baru 2 bantal peluk dia sekali tido buai.
Selalu ada 3.

Well.
Ada orang risau bagi anak tido buai kan takut pegi memana kena mengangkut buai jugak.

So far Naim ok ja.
Kalo balik Batu Maung ujung-ujung minggu tu tido atas katil tak payah berbuai-buai pun.
Kiranya kalo tak ada buai pun boleh ja dia tido, cuma lambatlah skit.
Kena dodoi lelebih sikit.
Tapi kalo dah ngantuk sangat tu kat mana pun boleh.


Jom kira ubat Naim ada berapa :P

Nama nak bawak pegi spital taklah kot selagi panas dia boleh dikawal.
Lagipun dokter sendiri tak galakkan masuk wad kalo demam tak berapa tinggi.
Kat spital lagi banyak kuman ada.
Silap-silap daripada demam boleh meleret jadi macam-macam penyakit pulak.

Abah Naim jadi dokter kasik sumbat ubat punggung.
Ibu takot! haha

Yang penting bila anak demam kena sentiasa pantau suhu badan dia.
Kalo makin panas tu kenalah rajin lap-lap dengan tuala basah especially tang sendi-sendi dia.
Dan perut jugak.


Hari raya haji tu dah tak panas tapi ada ulser dalam mulut.
Sebab tu dia tak boleh nak isap puting pun.
Isap kejap je dia dah luah balik.
Sakit agaknya.
Semua orang beraya kat umah je lah.
Baju raya pun tak pakai.
Pukul 12 baru mandi.
hahaha

So malam tu pegi Hope Hospital kat Sg Ara.
Check ulser dengan bintik-bintik kat muka dia sekali.
Bila dokter kata bukan denggi & bukan chicken pox, lega...

Antibiotik dengan ubat demam tu tak makan pun sebab esoknya Naim dah ok.
Terbanglah rm130 tapi puas hati sikit bila dengar penjelasan specialist.
Alhamdulillah.

Plan asal nak pegi Child Carer kat Pekaka Square, Sungai Dua tu.
Tapi public holiday dorang tutuplah pulak.
Suka pegi situ.
Saya suka service dokter-dokter & staf dorang.
Puas hati, berbaloi dengan duit yang keluar.

Dah abis jumpa dokter kat Hope nun, singgah sekali kedai gunting rambut.
Memang nak potong rambut Naim pun sebelum raya haji tu.
Tapi dah dia demam tak jadiklah.
Ni dah ok, kasik potong!


Wah-wah kali ni Naim baaaaik sangat okeh.
Pasrah je.
hahaha


:: Layan cermin ::


Dahlah sekarang kat wayang keluar Alamak Toyol!
Dengan kepala Naim macam ni, macam iras-iras pulak.
hahaha


Dah baik demam tu cengginilah dia.
Tak dok diam.
Tapi tak apalah, asalkan Naim sihat sudaaaa.


Lebiu mmuah muahhhh Naim!