31 October 2011

Soping Weyyyhhh

Ahad semalam pegi Jusco, soping!

Soping menda alah ni je pun :P
Stok dah penalti, so harus dibuat pertambahan segera.

:: 12.90 : 27.90 : 8.85 ::


Rasa-rasanya ada tak komen dalam hati orang yang baca entry ni cenggini :-

"Beli pad pun nak letak harga ke?"
"Elleh macam dia sorang je beli pad"
 hahaha

Jangan silap paham okeh.

Letak harga macam ni bukan apa, next time nak ulang beli boleh refer balik harga ni.
Tak kuasalah nak korek-korek resit balik.
Perbelanjaan berhemah kan.

Sebelum ni saja try brand yang Yuna carry tu.
Libbresse tu lah.
Murah dan tebal jugak, tapi tak sesuai dengan sayalah.
Gatal je bila pakai. haha mengada eh :P

Macam diaper Naim pulak ibu ni, ada yang sesuai ngan tak sesuai. heheh

Sampai ja QB amik dulu troley chumel ni ha.

Banyak kali dah pegi dia asyik dok nak naik tapi abah tak layan!
Kali ni ibu kasik can sikit.


Sejam rm3.50 - dapat belon sebijik.
Deposit rm30. Nanti balance dorang kasik balik time return keta.
Kalo tak nak deposit balik buleh bawak balik main kat umah. haha

Naik sejam je pun.
Lelama kalo dia boring jugak dok dalam ni je.

Lepas tu, haaaa amik habuanlah abah.
Tak larat kejar Naim.
Kejap jalan.
Kejap berlari.
Kekejap berhenti bila ada something yang menarik perhatian dia.
Kekejap ketuk orang dengan belon!
Sorilah sesapa yang jadik mangsa semalam. heheh

Fuhhh semput :P

Heran betul.
Tak penat ke budak kecik ni??


Balik tu haruslah Naim tergedang tido.
Hujan lebat pulak petang semalam.
Zzzzzzz


Ibu layan tenetlah.
Apa lagi?

Tata.

27 October 2011

Last Katanya

Update tudung baru n last buat masa ini.
heheh iye?

Yang ni beli 2nd hand ja since tuan punyanye kata baru pakai 3 kali.
Condition, oklah not bad..
But not too good jugak.

If mine, kalo pakai 3 kali tu konfem tip top like new lagi =)
Bolehlah.

Latest stok is JUST 13 =)


 

26 October 2011

Baby Teringin Naik Stroller Balik

Sejak dah boleh berjalan sendiri ni, bila keluar jalan-jalan memang kitorang tak bawak stroller dah.
Lagipun Naim dah tak berapa nak duduk sangat.
Buat tempat letak beg ja kalo bawak pun.

So baru-baru ni saya basuhlah seat stroller tu sebelum nak simpan dalam kotak balik.
Dah siap pasang tu letak je kat hall.

Jadilah mainan budak kecik ni.
Tolak sana sini bawak tiger ngan otomen dia.
Abah Naimlah ni tak simpan-simpan lagi.

Lambat lepa ja dia nak panjat nak naik sendiri dalam stroller ni.


Asyik nak naik sangat.
Ibu pun angkatlah Naim letak dalam ni.
Elok ja dia duduk.
Teringin agaknya. heheh


Layan kartun sambil landing dalam tu.




Sekarang ni kalo panggil dia baby je, dan-dan dia merangkak tau!
Baby kan kena merangkak takleh jalan lagi :P
Kalo tanya cemana baby nangeh, dan-dan jawab 'ek....ek....'
Macam-macam :P

Best kan ada anak ni.
Kalo pegi memana pun asyik teringat kat dorang ja.
Kat laki ok lagi. Taklah teringat sangat-sangat. hahaha
Tapi tak bermakna tak sayang tau!

25 October 2011

12th Fareeda Pulokkkk =)

Petang semalam balik keja, 1 lagi parcel udah tiba.

Naim buat bola okeh parcel ni.
Amboi rotan kang! :P

:: Cantiknya balut =) ::

 Isinya adalah ini :-


V-dania hitam + putih.
Beli dari fb : Wanny Jibril.

Tengah hari semalam sempat lagi singgah kedai jual patung kat sebelah Gama nun beli hanger untuk gantung semua tetudung itu.

Beli memahal haruslah kena jaga elok-elok kan.
Sayang u...

Kat dealer fareeda mahallah sket, then nak kena tambah duit pos lagi.

Bali sendiri rm1.50 je satu untuk jenis high quality macam ni.
Kalo yang plastik biasa tu baru rm1 je.


Dan tertambah pulak rak besi ini untuk digantung tudung.

Rak yang sedia ada kat umah tu sudah tak muat.
Lagipun rak tu dah diguna untuk gantung baju keja yang siap iron untuk seminggu.
Space sudah penuh.

Rak macam kat bawah ni rm35 sajeeee.
Though sikit berbanding rak beli kat Jusco nun.


Dan hasilnya......


Note : Sedang menanti ketibaan lagi selai v-dania pink =) 

10th & 11th Fareeda


Ehem ehem....

Dia datang.
Ewaaahhhh sapa yang datang?

Sapa lagi kalo tak abang poslaju :P

Naik-naik opis semalam tetengok dah ada atas meja 2 lai saramarissa =)
Luv luv luv




Note : Pic di atas bukan saya ye. 
Itu tokei tudung yang chumelss.

Saya tidak chumel seperti ini. haha