27 March 2014

Pariss Hotel, Skudai

8 Feb 2014 (Sabtu) hari tu kitorang dah start cuti-cuti Malaysia.
9 hari 8 malam kau. Amikkkk
hahaha

Memulanya plan nak pegi tempat yang boleh naik flight.
Sebab nak bawak Naim merasa naik flightlah kononnya.
Dulu-dulu naik masa dia baby lagi so dia dah tak ingat.

Punyalah survey.
Nak ke Langkawi asalnya tapi sebab nak cuti seminggu takkan nak duduk pulau tu sampai seminggu kot.
Jenuh mati kebosanan.
Lepas tu survey KK pulak.
Macam mahal la pulak bila pikir ke ongkosnya.
Tambah pulak husband nak kena spend untuk lawyer fee sebab beli rumah.
So cari yang save-save sikit.
Nak dekat 2 minggu punya gila survey.
Last-last ke Johor kita!
Main place haruslah Legoland!

8hb tu tak abih packing lagi sbenarnya.
Tup tap tup tap pukul 6 petang baru gerak dari rumah.
Lapar punya pasal singgah makan kat Kulim dulu.
Jalan pun rilex-rilex ja sebab hotel kat Skudai tu booking 9hb hari Ahad.
Kononnya nak stop Ipoh sebab co-pilot dah ngantuk sangat.
Tapi memandangkan drivernya ok lagi maka terus ja jalan sampai Senawang N9.
Sampai sana pukul 2 pagi gitu.
Cari hotel bajet sajo sebab nak tido sekejap ja pun.
Jumpalah hotel baru jugak sebelah kiri bila masuk susur keluar Senawang tu.
RM120 utk king bed.
Oklah not bad.
Hotel baru.
Facilities pun bau best ja.

Esoknya 9hb berangkat ke Johor.
Pun jalan relax-relax jugak.
Sampai sana pukul 3 petang gitu.

Memusing jugak carik jalan ke hotel.
Google map mengong, padahal dah nampak dah hotel tu depan mata.
Dok Pariss hotel u!
Tak pi Paris dok Hotel Pariss pun kira oklah jugak khennnn. Haha
2 malam kami dok sini.







Hotel ni 3 bintang kalo tak silap.
Yang penting ada kolam.
Dah ada anak ni hotel kena ada kolam.
Baru complete.
Kasik depa syok main air.



Kolam dia kecik ja tapi memandangkan bukan masa cuti sekolah atau weekend, maka tak ada orang pun kolam tu melainkan kami sefamily sajo ;)
Heaven!



Ini pic 1st day, ibu depa tak mandi.
Warm up ja dulu.
Amik-amik pic ja.
Esoknya baru join mandi sakan ;)

Pariss hotel ni saya book thru website dia sebab thru Agoda dll tak ada family room.
Katil biasa macam tak berapa nak selesa menampung 4 orang.
Jadiknya amik Family Jumbo Room.
Serius sangat berbaloi.
RM202/nite.
Katil dia lebar 8 kaki.
Selesa sangat untuk 4 orang.




Katil paling besar sepanjang sejarah dok hotel.
So kalau yang plan nak ke Legoland tu bolehlah pikirkan untuk menginap sini.
Nak ke egoland pun taklah jauh sangat.
Lebih kurang 20 minit macam tu ja.

Tapi tang breakfast tu biasa-biasa saja ler.
Basic-basic gitu
Pada saya still ok ja sebab lepas pada tu kitorang ada plan ke hotel lain yang dirasakan lebih best tang makananya.
So oklah, balance blk ;)

13 January 2014

Taraaaaaaaaa :P

Lama betul tak update blog kan?
heheh

Mood bukan ke laut dah la ni.
Tah ke mana-mana hala pun tak tau.

Seminggu dua ni bizi dengan anak pulak.
Kesihatan yang kurang memuaskan gitu.
Memula hari tu Naim demam kot.
Habis Naim sambung Medina pulak.
Dah tu dengan ibu dia sekali sampai tersumbat-sumbat hidung seminggu lebih selsema.
Dah tu boleh Naim sambung balik.
Ni Naim dah ok Medina punya batuk datang balik.
Nasib baik demam dua hari ja.

Tu la macam-macam tara nak besar.
Harap-harap lepas ni tak ada yang menyambung virus pulaklah.
Penat weh nak bagi anak makan ubat.
Sekali nak makan jenuh, macam nak perang.
Duit ubat tak kira lagi tu.

Walaupun ada panel klinik utk opis tapi serius tak konfiden.
Sebab dorang selalunya bagi ubat tak ikut dos yang betul.
Macam specialist budak-budak yang selalu pegi tu bagitau la.
Dos kena ikut umur, berat.
Kalau bagi dos tak cukup, makanya tak cukup la utk ubat tu nak lawan penyakit.
So makan ubat tu sesia sajo ler.
Makanya start Naim 6 bulan kot kalo tak silap memang kalo demam ja tuju situ dulu.
Kecuali kalau memang dah tak ada ubat or hari Jumaat klinik tu tutup baru cari klinik lain.

Sebenarnya banyak benda nak story.
Especially bab Naim masuk tadika.
Tapi tu lah.
Mood oooo mood.
Mana kau :P

22 November 2013

Lalalalala

Skincare sudah bertukar sekarang.
Maleh guna SkII.
haha
Buleh? Main maleh-maleh pulak :P

So sudah bertukar ke Kose pulak.
Tapi maleh jugak nak menyapunya. hadoi.
Saja try yg spesific untuk open pores.
Coz SkII ok cuma tak spesific untuk tu.



Mask untuk keluarkan black & whitehead ni memang best! RM130 kalo tak silap.

Mungkinkan baby dalam perut kali ini lelaki?
Mungkin kot.
Sebab maleh nak mampuih jaga kulit.
Jaga muka.
Iron baju.
Iron tudung.
Hadoi la awat la maleh nak mampuih tak tau nak habaq ni.
Simptom yang lebih kurang sama masa pregnantkan Naim dulu.

Sekarang dah 2 bulan stop sementara pakai Ephyra.
Bagi perut besar sikit at least 5-6 bulan baru boleh start minum balik.
Dan.
Memang terasaaaaa sangat perbezaan masa minum dah stop Ephyra.
Now kulit rasa kering sangattttt.
Hishhh serius tak sabar nak minum semula.
Kalau tak, kulit rasa smooth ja.
Rasa moist saja.
Maklumlah siang malam dok dalam aircond, so bila kering ni rasa ketara sangat tekstur keringnya tu.

Ephyra dah semakin famous sekarang.
Banyak betul testi-testi yang berjaya.
Tapi tuan tanah maleh gila nak hapdet nih.
huhu

Okeh sebelum terlupa.

Janagan lupa dapatkan Ephyra dengan harga gila Istimewa!

RM500 untuk 3 kotak Ephyra.
Free Postage!
Free Shaker!
Free Recycle Bag!

Tahan untuk 3 bulan 3 kotak tu.
Memang berbaloi!

Call.Sms.Whatsapp 019-559 3536 laju-laju!

07 November 2013

Yehuuuuuu :D

Hati tengah manyak senang.
haha
Sebab esok husband mau balik.
Rindu wehh
Kali ni rasa lama sangat nak tunggu beliau balik.
Mungkin sebab rasa tak larat nak melayan Medina kot.
Nak berdukung ja.
Kalau abah dia ada tu oklah sikit.
Boleh pass-pass.
Dah la manja bebenor.
Pantang letak sikit berbunyi ja.

Dah hotel pun dah booking :P
Nak pegi short vacation next week.
Tiga hari ja :)
Tempat biasa.
Cameron lagi.
haha
Yang tu yang paling dekat dan tak makan cost sangat kot.

Act hari tu iya-iya plan nak bercuti 9 malam.
Amekaww
Iya-iya punya plan last-last laki plak tak konfem bila yang betul-betul boleh balik.
Cehh
Dan memang nasib baik pun tak booking hotel lagi.
Kalau tak, burn.
Nasibbbb.

Sebab plannya sebelum start cuti sekolah.
Maklumlah bila dah mula cuti sekolah orang pun ramailah.
Tak kuasa nak bersesak-sesak.
Plus hotel pulak mahal berganda.

Rasanya dah kali ke berapa tah pegi Cameron ni.
Sejak kawen ni tetiap tahun mesti pegi 2 kali.
Sampai dah blurr nak jalan mana kat Cameron tu.
Tapi tak kira.
Nak coti jugakkkk
hahaha

Ok tata!

# mood bunga-bunga #
(",)
 ------'---@
@----,-----

01 November 2013

Promosi EPHYRA Sepanjang November 2013

Ok, sukacita dimaklumkan bahawa buat julung-julung kalinya saya buat Promosi Beli 3 Kotak EPHYRA & Jimat!
Memang berbaloi-baloi tau.
Murah gila.

Selalunya sekotak pun dah rm197.
Tapi dengan promosi sepanjang November ni anda boleh beli Ephyra 3 kotak dengan harga RM500 sahaja.
Termasuk pos wehhhh.
Silalah percaya ;)
Dan silalah grab promosi ini sebelum abih bulan noooo ;)


Tapi valid untuk pembelian 3 kotak sajo tau.
Kalo sekotak tu still harga biasa jugaklah RM197.

Apa-apa boleh call.whatsapp.sms. 019-559 3536.

Jgn lupa add me kat fb : Ephyra Penang

Ig : Ephyra Penang

# Ephyra the best skinfood #