13 January 2014

Taraaaaaaaaa :P

Lama betul tak update blog kan?
heheh

Mood bukan ke laut dah la ni.
Tah ke mana-mana hala pun tak tau.

Seminggu dua ni bizi dengan anak pulak.
Kesihatan yang kurang memuaskan gitu.
Memula hari tu Naim demam kot.
Habis Naim sambung Medina pulak.
Dah tu dengan ibu dia sekali sampai tersumbat-sumbat hidung seminggu lebih selsema.
Dah tu boleh Naim sambung balik.
Ni Naim dah ok Medina punya batuk datang balik.
Nasib baik demam dua hari ja.

Tu la macam-macam tara nak besar.
Harap-harap lepas ni tak ada yang menyambung virus pulaklah.
Penat weh nak bagi anak makan ubat.
Sekali nak makan jenuh, macam nak perang.
Duit ubat tak kira lagi tu.

Walaupun ada panel klinik utk opis tapi serius tak konfiden.
Sebab dorang selalunya bagi ubat tak ikut dos yang betul.
Macam specialist budak-budak yang selalu pegi tu bagitau la.
Dos kena ikut umur, berat.
Kalau bagi dos tak cukup, makanya tak cukup la utk ubat tu nak lawan penyakit.
So makan ubat tu sesia sajo ler.
Makanya start Naim 6 bulan kot kalo tak silap memang kalo demam ja tuju situ dulu.
Kecuali kalau memang dah tak ada ubat or hari Jumaat klinik tu tutup baru cari klinik lain.

Sebenarnya banyak benda nak story.
Especially bab Naim masuk tadika.
Tapi tu lah.
Mood oooo mood.
Mana kau :P