29 August 2012

Raya 2012

Rasanya masih belum terlewat saya nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Sebenarnya nak hapdet entry baru sehari sebelum raya tu tapi blogger ni problema pulak time tu.


Rerasa ceria tak pic raya nih? heheh

Haah memang nampak Naim macam ceria lah sesangat kan.
Tapi silalah jangan terpedaya dengan ini pic ;)
Berlakon ja tu. Tapi okeh la jugak, selepas berhempas-pulas-pusing dapatlah pic dia sengih cenggini.
Ni antara sekeping dua pic yang paling senonoh utk pic familylah kiranya.
Punyalah menyiksa nak amik pic time ni sebab mood dia entah ke mana.
Last-last bagi pegang lori barulah okeh sikit.
Kalo tak asyik menggeliat ja dia tau.

Dan akibat ibu Naim tak ada tudung biru, maka tudung kelabu pun ok, layankan sajo.
Kononnya nak carik tudung electric blue jugak untuk raya tapi sampai ke sudah tak beli pon.
Pakai saja apa yang ada, asal masuk ;)
Baju raya pun itu sajalah sepasang, coz perut pun dah besar macam rugi pulak nak beli baju bebanyak, nanti tak tau lepas ni nak boleh pakai lagi or not.
Ke longgar pulak lepas ni.
Sapa tau kan? kahkahkah


Raya tahun ni pepegi kat Gelugor dulu, petang baru balik Batu Maung.
Tahun ni Naim jadi tukang bagi duit raya kat budak-budak yang datang umah.
Siap ajak masuk umah lagi tau ;) heheh
Dia sua duit  raya macam gangster oooo "Nah amik!"
Dah tu siap wish kat sensorang " Selamat Ari Aya!"
Pandai anak teruna ibu tu ;)


Selalunya pukul 2 tu dah berangkut balik, means kalo ada kat Gelugor, berangkut balik Batu Maunglah.
Tapi kali ni Naim dilanda angin kuskus, pukul 1 lebih tu punya mengamuk puncanya takmau pakai pampers.
Dari tak mau pakai pampers meleret nangeh tak mau-mau.
Bagi susu pun tak jalan jugak.
Last-last terlena sendiri sampai ke pukul 5.
Maka lambatlah berangut pulang, cian tokwan dok tunggu Naim.

Menu rutin tetiap tahun adalah nasik impit, lemang balut dalam daun pisang, rendang daging cili api (my fav nih), sayur lodeh, rendang ayam dan kuah kacang.
Dan semua clear menjelang petang.
*pic lupa amik daa.

Raya ke 2 aktiviti adalah melawat sedara-mara belah MIL kat area Baling nun.
Nasib baik tak terlepas ke Kota Bharu. hahaha
Keta FIL jalan dolu, kitorang singgah beli KFC kat Tesco untuk Naim, singgah Gelugor amik tali pinggang lakilah, siap membuang lagik :P

Memula nak ke Klian Intan, area jalan lama nak ke Grik tu (betoi kan?) tetengok terlepas sampai RnR Sungai Rui.
Patah balik, singgah makan KFC Baling sementara tunggu FIL patah balik area Kupang/Baling.
Nak membeli KFC pun dekat setengah jam punya beratur.
Dahlah orang ramai sepasal, pastu kena pulak kaunter yang lembap nak mam!
Dah tu dapat zinger keras pulak, memang sueyyylah.
Terbantut abih selera yang membuak-buak sebelumnya. Cisss!

Dah abih makan barulah start jalan rayo.
Sempatlah beraya 4-5 rumah kalo tak silap.

Dan bestnya jadik budak-budak zaman sekarang kan.
Tambah pulak jadik Naim, untung sebab da only cucu dalam dua-dua belah family.
Dulu-dulu kita nak dapat 100 pun payah. huhu
Duit raya Naim sajo dah nak dekat 700 setakat ni. phewww
Lepas banyak lai kalo beli Fareeda nih. haha
Eh taklah :P Haruslah simpan dalam buku kan ;)
Habuan Naim nak pegi Universiti nanti.

Ok sekian hapdet suam-suam untuk cerita raya =)
Tata

09 August 2012

Raya Theme

Setelah berlenguh-lenguhan kaki dan tangan mencari baju raya yang sedondon untuk Naim dan bapaknya, maka theme raya tahun ini adalah ELECTRIC BLUE!


Kaler lelain tu, tang baju Naim ok, tang bapaknya pulak kain tak kena.
Panaslah, macam kain buruklah.
Macam-macamlah.

Akibat ibu Naim tak jumpa baju siap warna senada yang berkenan, maka diputuskan beli je kain kat Kamdar hantar jahit ja kat Bukit Jambul nun.
Dahlah hantar masa dah start puasa, nasib baik ada kedai boleh amik lagi.
Itupun sebab dah biasa buat kat situ.
Dan sebab buat baju kurung sajo.
Kalo pesen-pesen konfem akak tu tak nak dah :P

Baju raya Naim yang kasual semua sudah ready, baju 6 lai, seluar 4 lai.
Cukuplah kan, beli bebanyak nanti kejap ja dah tak boleh pakai.
Kasut tak payah beli sebab baru ja beli sandal kat Garfield bulan sudah.
Rugi beli banyak-banyak kasut sebab abih bertahan pun takat dua bulan, lepas tu dah tak muat kena beli lain pulak.

Baju ibu ngan abah ni sepasang aje lah sorang.
Kasual-kasual semua tak ada.
Pakai je apa yang ada kan.
Lagipun bila dah ada anak ni janji lepas tang keperluan anak pun dah cukup baik.
Mak bapak dah tak kisah sangat pun ;)

Lagipun perut dah besarlah, dah 4 moths lebihkurang.
So rasa macam rugi pulak beli baju siap, nanti kena amik saiz besar sikit.
Maklumlah lepas bersalin kali ni plan nak bagi turun berat banyak sikit so nanti kalo beli baju besar-besar rugi pulak dah tak boleh pakai.
Ewahhhh apa pun, semangat tu penting kan. haha

Insyaallah kali ni nak pantang betul-betul takmau main-main.
Hopefully boleh beranak normal, baru boleh bengkung-bengkung semua.
Kalo operate jugak? hhhmmmmm lambat pulaklah perut nak turun.

Sekarang sedang survey-survey private hospital untuk bersalin nanti.
Takmau beranak kat MH dah :P
Serik, boleh meroyan. haha

Nak carik yang harga berpatutan sebab kena amik kira kos if kena operate jugak.
Sebab kemungkinan tu tetap ada.
Dan yang paling penting kali ni nak carik dokter pompuan.
Tak mau dokter laki, segan uuuu.
Kalau kat MH kot mana pun konfem akan dapat dokter laki jugaklah walaupun dokter pompuan ada sekali time tu.
Yelah, MH mana boleh demand nak pilih-pilih.
Terima ajelah seadanya.

Hahaha tajuk raya tapi melalut masuk bab beranak puloks :P