07 September 2011

Update Raya

Lama betul rasanya tak bersiaran. Nasib baik lalang belum tumbuh lagi. heheh

Nak mula update dari mana pun dah tenggelam punca. Maklumlah ingatan dah tak kuat sangat sekarang, aktiviti yang lebih pada 3 hari konfem dah ingat-ingat lupa. Plus dah tak berapa excited nak update sebab rasa macam aktiviti tu dah nak basi.

Mulakan dari malam raya lah eh.

Malam raya tu kat umah FIL kat Batu Maung. Aktiviti masak-mamasak tak banyak sangat sebab MIL saya masak 1-2 jenis saja. Ketupat palas, nasik impit dengan rendang. So tidaklah kebizian sangat kalo dibandingkan selalu.

Umah mak saya selalunya masak macam-macam. Standardlah kan, menu orang belah selatan nun, ada nasik impit, pulut, rendang daging cili api, rendang ayam, masak lodeh, kuah kacang.

Pepagi raya, aktiviti rutin bersalam-salaman, bermaap-maapan, bermakan-makanan. haha

Pukul 1 lebih tu bersiap-siap balik Gelugor pulak. Haruslah nak raya sana jugak. Seumur hidup tak penah tak beraya ngan mak sendiri u. heheh

:: Excited dengan daun pulok ::

Pic pagi raya ada banyak kat kamera 1 lagi. Ujung minggu baru boleh upload sebab semua sudah ditransfer ke desktop kat Batu Maung. Ini ajalah yang ada dalam kamera saya. Layannnn.

Wah memantang merdeka raya, ada je idea budak-budak ni. Siap pacak bendera kat songkok lagi.


Petang tu pegi beraya umah tok-tok sedara husband. Then ke umah maklang sebab tok husband saya ada kat sana. Tok ngan tokwan belah abah saya baru tahun ni tak ada. Pelik pulak rasa. Selalu beraya ngan orang tetua dulu, kali ni semua dah tak ada. Serentak pulak tu, berselang sebulan ja. huhu

Malam tu balik dari tengok tok, singgahlah beraya umah maklong saya pulak.

:: Sofa kecik ni chumel tau ::

Excited Naim naik turun sofa chumel ni ha.


Seumur hidup saya, ini 1st time jumpa kuih raya cenggini. Macam batu kapur ja. haha.

Adik saya beli kat kawan dia kat Seremban nun. Sekali rasa macam kureng ja. Try lagi, sedaplah pulak. Rasa kacang + cornflakes camtu. Kacang dia banyak, tu yang sedap tu. Syarat dia, kena makan seketul-seketul, baru feel. haha macam-macam =)


Ha, kan dah blurrr dah. hahaha

Nanti sambung lagi k.. Tata ;)