Tetiba FIL call bagitau husband kata tak jadik pegi pulak sebab kat sana banjir.
Mati akal disitu. Tak ada plan nak ke mana-mana pun hari tu. Melepak kat umahlah jawabnya.
Tetiba mak saya bagi cadangan balik kampung je lah since semua orang tak ada apa-apa aktiviti. Plan asalnya nak balik raya ke-3. So kekemaslah apa yang patut, pukul 12 cenggitu gerak dari umah. Jalanpun rilex-rilex ja. Tambahan pulak kali ni muatan penuh 1 keta. Balik 1 keta ja, save. Lagipun cian bapak saya kalo nak kena drive jejauh. 7-8 jam jugak kalo direct ke kampung tu.
Nama pun rilex-rilex, singgah dulu umah paklang saya kat Hulu Langat nun. Sampai sana dia keluar beraya pulak. Ye lah kitorang datang pun tak kasik tau dia, suprise kononnya haaa amik. Nasib baik dorang pegi dekat-dekat situ ja. heheh
So melawat kawasan dulu. Cian budak kucen ni. Dari awal kitorang lalu depan umah tuan dia, dia dok ada kat tingkap ni. Kitorang patah balik pun dia ada jugak kat situ.
Wah best rupanya air sungai kat sana. Sepanjang pegi umah paklang saya ni tak penah pulak menyinggah. Lenkali boleh mandilah. Air macam best ja. Hari tu sampai dah 6 lebih, dah nak gelap. Lenkali boleh berendam.
Budak kecik ni marah wooo kita tarik dia dari pegi kat air tu. Iya-iya dia nak masuk dalam air tu, seriau ja. Dahlah air boleh tahan deras. Keras-keras badan dia bila orang dukung nak ajak balik. haha
Lepas maghrib baru bertolak balik kampung. Sampai pun dah tengah malam. Nasib baik ramai, seram jugak jalan nak balik kampung tu, geeelaaaaap :P
Note : Kamus Naim dah bertambah sekarang =)
amek = ambil
amau = tak mau
tok = maktok
bek = bibik
ka = bendera *singkatan utk merdeka! asal nampak bedera ja, KA! ahaks =)