10 September 2011

Pulang ke Pangkuan Pulau Mutiara

Raya ke-5 haruslah pulang semula ke Pulau Mutiara terchenta. ahaks!

Kononnyalah.

Tetiba masa dalam keta terpikir, Isnin saya still cuti lagi, so malam tu boleh jalan-jalan KL dulu. Ahad sempat lagi nak balik Penang. Isnin boleh rest.

Dan cadangan diusulkan kepada ketua rombongan. Bapakku ler! Memula cam berat ja. Al maklumlah orang tetua ni bukan minat sangat nak berjalan-jalan sakan. Hasil pujukan berbau hasutan, ditambah pulak sokongan ahli-ahli rombongan yang lain, maka malam tu tido umah maksu saya.



Balik tu bapak saya bawak sang kancil putih tu ke KL. Kereta busu saya, baru-baru ni transit kat kampung kejap. Tuan punyanya dok tunggu hari nak meletup. Dah tak upaya nak drive jejauh.



Tanah tumpah darahku. ahaks. Kuala Pilah. Tapi kat spital la, bukan kat tepi jalan ni ha.


Bukit Putus yang sangat fofular. Memang jalan utama yang kena lalu kalo nak ke Temerloh, Muadzam Shah. Dulu jalan bengkang-bengkok. Masa kecik-kecik asal lalu je jalan ni konfem muntah. Dah tua-tua ni ok dah lah, dah stabil. haha

Jalan baru ni dibuka kepada orang ramai pada Oktober 2009 sepanjang 7 km. Satu daripada 5 jambatan kat jalan baru Bukit Putus ni adalah jambatan ke-2 tertinggi kat Malaysia dengan ketinggian 48 meter.

Dulu...

** Google

:: Simpang ke jalan lama ::

Sekarang...

Jalan baru yang menyingkatkan masa perjalanan dan mengurangkan risiko kemalangan.

Tapi ada jugak driver-driver yang mengong lagi selfish yang memotong ikut sedap kepala otak dorang. Korang kalo nak mati cepat sila jangan libatkan orang lain. Tak ada sivic punya driver. Budus.


Malamnya,  ke i-City Shah Alamlah kita!