03 May 2013

Sk-ii Cleansing Oil

Yuhuuuuu
Semalam udah tambah sk2 punya cleansing oil.
Maklumlah selagi tak complete set ni pungkok tak senang duduk.
haha

Cleansing Oil : Rm212
Tapi menda alah ni memang superb.
Bau pun best.
Guna sekali sehari sahaja.
Specially untuk hilangkan kesan makeup.
Sebelum cuci muka petang or malam tu boleh pakai ini dulu untuk double cleansing.
Barulah kulit muka betul-betul bersih dan tak tersumbat.
So untuk pagi esoknya tak perlu pakai dah, terus ja cuci dengan cleanser.

Beli nih dapat voucher rm20.
Jadi cuma bayar 192 sajo ;)

Semangat betul promot sk2 eh.
Tapi memang berbaloi.
Sesuai dengan kulit saya.
Nasib baik, jadik tidaklah membazir.

1st thing yang perasan bila mula pakai sk2 ni adalah :-
- pores dekat hidung dan tepi-tepi hidung tu makin mengecik.
- kulit jadi glow. sikit ja, sebab baru pakai nak masuk seminggu.
- kulit jadi lembut gila. feel macam baru lepas scrub. serius tak tipu.

Sk2, i'm in love with you =)